Wednesday, March 13, 2013

TIPS : Cara semulajadi merawat rambut berminyak


Memiliki rambut berminyak memang sangat menganggu penampilan kerana ianya tidak kemas dan membuatkan kita tidak selesa. Berikut cara merawat agar rambut berminyak kembali indah mempersona.

1 Siapkan sebiji buah lemon dan minyak kelapa, campur kedua bahan tersebut menjadi satu. Lalu, usapkan ke seluruh bahagian rambut hingga rata, tunggu kira-kira 20 minit hingga seluruh bahan menyerap. Setelah itu, bilas menggunakan shampoo dan air.

2 Siapkan yoghurt, putih telur dari sebiji telur, dan satu sudu madu. Campurkan menjadi satu, lalu oleskan pada rambut yang telah dibasahi terlebih dahulu. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air.

3 Siapkan sebiji buah avocado dan satu sudu madu. Hancurkan avocado lalu campurkan madu. Campurkan hingga rata dan basuhkan ke seluruh bahagian rambut hingga rata. Biarkan selama 20 minit lalu bilas menggunakan air. Sebaiknya gunakan air paip kerana air panas membuatkan kulit kepala dan rambut semakin berminyak.






.

Awas, ada banyak jerung di kawasan pantai


Berpuluh-puluh ribu jerung telah dikesan di sepanjang pantai Florida Selatan, dan membuatkan pihak berkuasa terpaksa menutup pantai di seluruh kawasan itu dan memaksa perenang keluar daripada air. Jerung sedang menuju ke utara selepas berhijrah di selatan untuk musim sejuk. Pakar percaya perenang boleh jadi hanya akan berada dalam 60 kaki daripada ikan-ikan jerung itu di dalam air di kawasan Palm Beach. Beberapa pantai telah ditutup kepada perenang dan amaran telah dikeluarkan untuk mengelak adanya sebarang aktiviti melibatkan air dikawasan pantai sekitar.


Craig Pollock, superviser penyelamat di Pantai Midtown, memberitahu Palm Beach News, beberapa hari lalu, merupakan hari pertama dia telah melihat jerung keluar dalam jumlah yang sangat banyak. Dr Stephen Kajiura, profesor madya biologi di Florida Atlantic University, kajian migrasi jerung telah memantau jerung seluruh Palm Beach County sejak 2011. Dan pelbagai spesis dari jerung ada disitu..-AGENSI





.

Gambar terkini penyanyi Lady Gaga


Walaupun dalam keadaan sakit, tidak sikit pun menghalang Lady Gaga untuk tampil glamor. Baru-baru ini pelantun Born This Way itu membuat kemunculan penuh bergaya meskipun dia kini berkerusi roda. Menarik kali ini, kerusi rodanya itu yang menjadi bahan bualan ramai kerana ianya diperbuat daripada emas 24 karat. Dicipta oleh Ken Borochov, kerusi roda istimewa itu menjadi teman Gaga sekaligus memudahkan pergerakannya sementara dia menjalani proses untuk sembuh seperti sediakala.


 "Saya gembira dapat mencipta sebuah rekaan istimewa yang saya namakan The Chariot. Kerusi roda ini memang sangat sesuai untuk si ratu (Lady Gaga)," kata Ken Borochov, seperti yang dilaporkan The Sun.co.uk Selain menggunakan bahan emas tulen, kerusi roda mewah ini juga memiliki pegangan dan tempat duduk dari bahan kulit. Tentunya, kerusi itu sekaligus menjadi aksesori luar biasa untuk Gaga. Pada bulan Februari lalu, Gaga menjalani pembedahan pinggul. Gara-gara pembedahan tersebut, dia terpaksa membatalkan beberapa konsert di beberapa negara.





.

Lelaki aneh yang menjadikan rumput sebagai makanannya


Lelaki pemakan rumput ini sudah hampir 2 tahun lebih mengamalkan memakan rumput sebagai makanannya. Anehnya, lelaki pemakan rumput ini tetap sihat. Li Sanju, adalah seorang lelaki berusia 50 tahun dan berasal dari Niwuei, China. Sudah hampir 2 tahun dia hanya memakan rumput dan akar-akar pokok, dan ternyata dia langsung tidak menderita gangguan kesihatan. Bahkan sebaliknya, tumor di kaki yang dideritainya sejak sekian lama, sembuh. Li Sanju makan rumput dan dedaunan tiap-tiap hari. Lelaki ini mulai terinspirasi makan rumput dan akar-akar pokok ketika melihat acara tv pada Oktober 2008 tentang seorang lelaki yang masih dapat meneruskan hidup selama 10 hari tanpa makan. Tontonan itu mengilhamkannya untuk hanya mengambil air dan dedaunan yang didapatinya di gunung.

Ketika keluarganya makan nasi dan lauk pauk, Li Sanju hanya makan rumput dan dedaunan. Tapi semuanya dilakukan dengan beransur-ansur. pada mulanya dia berhenti makan daging, namun tetap makan nasi. Setelah beberapa minggu, dia memutuskan berhenti makan nasi dan beralih ke rumput, akar pokok dan dedaunan. Awalnya, perut Li Sanju terkejut, dia segera cirit birit selama berhari-hari. Tapi dia tidak mengaku kalah. Dia menganggap ianya disebabkan rumput dan dedaunan di kampungnya telah terkena racun. Akhirnya Sanju memutuskan hanya memakan rumput, akar dan dedaunan pokok yang berasal dari gunung. -AFP





.

Dubai Miracle Garden, Taman bunga raksasa


Setelah membuka hotel tertinggi di dunia, kota di Timur Tengah ini kembali mengumumkan pembukaan Dubai Miracle Garden. Taman bunga raksasa itu dibangunkan di area seluas 72,000 meter persegi dan berlokasi di Dubailand. Dubai Miracle Garden juga memiliki koleksi lebih dari 45 juta jenis bunga dari seluruh dunia. Meskipun telah dibuka untuk umum, daya tarikan taman masih belum lengkap kerana beberapa outlet masih belum dibuka. Beberapa outlet membeli belah, restoran dan bibit tanaman masih dalam tahap pengembangan kedua, yang akan digarap pertengahan tahun ini.


Namun, taman bunga ini akan ditutup selama musim panas kerana suhu boleh mencapai 40 darjah Celcius dari bulan Jun hingga September. Keadaan ini tentu tidak begitu baik untuk tanaman bunga. Dubai Miracle Garden buka setiap hari, dari bulan Oktober hingga akhir Mei. Tiket masuk dijual seharga 20 AED per orang, anak di bawah tiga tahun adalah percuma. -CNN






.

Lagi syarikat telekomunikasi disaman


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman sejumlah RM920,000 kepada Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd. SKMM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata syarikat-syarikat itu disaman kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul. "Celcom Axiata menerima lapan saman berjumlah RM400,000, Merchantrade tujuh saman (RM240,000) dan U Mobile empat saman (RM100,000). "Maxis Mobile menerima tiga saman (RM150,000) dan Maxis Broadband serta Tune Talk masing-masing menerima saman sebanyak RM10,000," kata suruhanjaya itu.

Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu melihat kegagalan memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang tepat sebagai kesalahan yang serius. "Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes di mana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada syarikat telekomunikasi yang dimaksudkan," katanya.

Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti pasport, katanya. "Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!