Saturday, March 16, 2013

BIARKAN IA BERLALU



Lulu suka beli novel secara online, sebab suka dengan perasaan teruja bila terima novel tu dari pos laju. Biasa beli dengan karyaseni, dan ini adalah kali pertama beli dengan lain syarikat pula, iaitu kaki novel. Dan bila belek-belek novel kat situ, dapatlah tengok banyak novel-novel baik, walaupun ada yang keluar sejak dari tahun lalu. Terutama novel yang satu ini.. hasil karya penulis yang sangat hebat, dan alhamdulillah, lulu dah miliki 2 daripada 3 novelnya (mungkinkah akan ada yang keempat?)

Novel Biarlah ia berlalu ini sangat tebal, dan kerana itu ianya menjadi pilihan lulu untuk bulan ini. (suka novel tebal) Ceritanya menarik, yang mengisahkan Nadia yang menyimpan rasa dendam kerana Tan Sri Khalid, rakan baik arwah ayahnya telah melakukan khianat sehinggakan arwah ayah Nadia bankrup dan Nadia percaya kerana itulah ayahnya sakit jantung dan meninggal dunia. Tidak cukup dengan itu, dia difitnah curang oleh kekasih sendiri, iaitu Johan. Nekad membalas dendam, dia membawa diri keluar negara selama 5 tahun. Dan dalam diam dia membina empayar perniagaan yang sangat maju dengan menggunakan nama dua sahabat baiknya sebagai peneraju.

Niatnya untuk membalas dendam hampir tercapai, namun tanpa disedari, dia mula jatuh cinta dengan pekerjanya sendiri. Seorang lelaki yang istimewa, yang juga turut menyimpan rasa padanya. Adakah Nadia berjaya membalas dendam? Mari baca novel tebal ini, yang padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan..


Tajuk : Biarkan ia berlalu
Penulis : Sya Ibrahim
Halaman : 1140 muka surat
Harga : RM37 / RM40





P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Bahaya : Sosej ayam halal ada DNA babi


Pihak berkuasa Britain mengesan DNA babi dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah. Dalam ujian lain, produk daging kisar yang dibekalkan kepada Majlis Westminster di sini menunjukkan adanya DNA kambing dan babi. Sosej itu adalah pilihan utama bagi 15 sekolah rendah, dua tadika dan sebuah sekolah khas serta sebuah unit rujukan pelajar yang menggunakan daging halal saja.

DNA babi itu dikesan selepas diuji di St Mary’s Bryanston Square, sebuah sekolah Kristian di barat London. Pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan ke atas pencemaran itu. Pegawai Westminster segera menarik balik semua produk itu daripada menu sekolah dan mengarahkan kontraktornya berhenti membekalkannya hingga isu itu selesai. Pasar raya Aldi juga mendedahkan, satu kajian rambang produk ‘Oakhurst Frozen Meatloaf’ pula didapati ada DNA kuda. - AGENSI





.

Dia menderita penyakit misteri setelah...


Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam. Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan. Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'. Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular. Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati. Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar. ''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.

Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin. Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan. Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi. Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah. Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI





.

SEDIH : Pengorbanan yang besar hanya untuk menuntut ilmu


Sekumpulan pelajar sekolah rendah di kawasan pedalaman di sini terpaksa berjalan kaki sejauh berbelas-belas kilometer semata-mata untuk belajar. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak dari Batetangnga, Binuang ini juga perlu bergerak awal ke sekolah ketika hari masih gelap dengan hanya berbekalkan obor untuk mengelak lewat tiba di sekolah. Mereka juga terpaksa menyeberang sungai, melintas jambatan gantung sepanjang 50 meter dan melalui jalan yang berbukit-bukit, lapor Liputan6.com.

Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai baju seragam sekolah kerana tidak mampu membelinya, tetapi pihak sekolah tetap menerima mereka kerana faham masalah mereka. Jika hujan, perjalanan mereka ke sekolah akan bertambah sukar, sekali gus menyebabkan mereka lewat tiba ke sekolah. Meskipun tanpa bekalan makanan dan duit poket serta kadang-kala sampai ke rumah selepas matahari terbenam, kanak-kanak itu tetap bersemangat untuk menuntut ilmu. Ibu bapa kanak-kanak itu hanya berharap pihak berkuasa dapat membina jalan dengan segera bagi memudahkan perjalanan mereka ke sekolah. - AGENSI





.

Pelik : Anjing ini duduk elok bila dibonceng atas motor


Ketika dibonceng di belakang motor, anjing peliharaan berasal dari Surabaya ini duduk elok dan diam. Malah aksinya ini menjadi perhatian pengguna internet. Seekor anjing di Surabaya bernama Ace di bonceng dengan menggunakan motor oleh pemiliknya yang bernama Handoko Njotokusumo dan anjing ini dilihat diam dan pandai duduk di atas kerusi motor tanpa harus diikat.


Handoko Njotokusumo memang biasa membawa anjing miliknya jalan menggunakan motor di jalan Surabaya. Dan adakalanya pengguna motor lain juga hairan dengan aksi Ace yang duduk elok bila di bonceng. Handoko Njotokusumo ketika membawa jalan anjing miliknya dengan motor tetap menyediakan anjingnya dengan perlengkapan keselamatan seperti helmet dan kacamata. -BBC.





.

Dia nekad bakar diri kerana putus asa gagal dapat kerja


Seorang penjaja jalanan di Tunisia dilaporkan meninggal dunia, kelmarin akibat melecur seluruh badan selepas dia membakar dirinya di jalan utama di ibu negara sebagai protes terhadap kerajaan. Pengarah pusat kesihatan, Imed Touibi memberitahu mangsa, Adel Khedhri, 27, dipercayai mengambil tindakan nekad itu, Selasa lalu kerana berputus asa selepas gagal mendapatkan pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya. Pada Disember 2010, penjual buah-buahan, Mohamed Bouazizi yang juga pencetus revolusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah bertindak membakar dirinya sebagai membantah amalan rasuah selepas trolinya dirampas majlis perbandaran, dipetik dalam laporan AP. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!