Monday, March 25, 2013

Adakah ini adalah katak terbesar didunia?


Ini mungkin katak terbesar yang pernah ada dimuka bumi , nama spesis ini adalah Goliath Frog atau dipanggil Conraua goliath. Spesis ini banyak ditemui di sungai Benito, Cameron di Afrika barat dekat Gabon. Panjang katak ini boleh mencapai sekitar 33 cm dan berat mencapai 3.3kg . Jika makhluk ini sedang duduk akan dilihat seperti kucing. Anak-anak di Afrika akrab dengan katak , mereka memperlakukan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan mereka, seperti anjing atau kucing.

Sayangnya jumlah spesis ini semakin menurun dan spesis ini akan menghadapi kepupusan kerana perburuan liar. Setiap tahun, ada sekitar 300 Goliat Frog di eksport ke luar negera. Katak Goliath Coraua boleh hidup hingga 15 tahun dengan panjang tubuh hingga 33 cm dan beratnya dapat mencapai 3 kg. Makanan dari binatang amfibia ini adalah serangga, kalajengking, katak kecil bahkan beberapa di antaranya kadang memakan anak itik juga. -AP





.

Minum teh pun ada kesan buruk tau, jika...


Seorang perempuan berasal dari Michigan, Amerika Syarikat, telah ketagih teh. Kerana ketagihannya, dia menghabiskan 100 uncang teh dalam sehari, selama 17 tahun. Akibatnya, di usia 47 tahun, perempuan ini harus kehilangan seluruh giginya. Sebab teh telah merapuhkan deretan gigi itu. Tidak hanya gigi saja yang bermasalah. Dia juga kerap merasakan ketegangan di tulang punggung, lengan, kaki, serta pinggul. Dan berdasarkan hasil sinar-X hospital Henry Ford di Detroit, perempuan ini juga menghidap penyakit tulang. Doktor mendiagnosis fluorosis tulang, penyakit yang disebabkan terlalu banyak pengambilan flourida. Fluorosis tulang menyebabkan keabnormalan kepadatan di area tulang punggung, serta pengerasan di ligamen tulang lengannya. Dan ketika diuji, kadar flourida perempuan itu empat kali lebih tinggi dari ukuran normalnya.

Di Amerika, flourosis jarang terjadi. Penyakit ini biasanya dialami penduduk India dan China, yang kadar flouridanya tinggi dalam air. Air minum di Amerika dan England, memang diberi tambahan mineral, tapi jumlahnya sangat kecil. Sehingga dapat memperkuatkan gigi dan mencegah gigi berlubang. Tapi kadar flourida di tubuh perempuan ini jauh dari paras selamat. "Disarankan, kandungan flourida dalam air tak lebih dari 4 miligram per liter," kata Dr Sudhaker Rao di hospital Henry Ford. "Tapi pesakit ini mengambil 20 miligram flourida per hari." -Mail Online





.

Preview Filem : The Croods


JIKA anda tercari-cari filem sesuai ditonton seisi keluarga, terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil, maka anda harus menonton filem animasi terbitan Dreamworks Animation, The Croods. Filem arahan Kirk De Micco dan Chris Sanders ini menggunakan suara-suara pelakon popular seperti Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener dan Emma Stone ini, membawa penonton ke zaman prasejarah iaitu pada zaman batu. Ia menceritakan kisah keluarga Epp (Stone) iaitu The Croods yang menjadi satu-satunya keluarga pada zaman batu yang masih hidup kerana peraturan ditetapkan ayah Epp, Grug (Cage). Selain Epp dan Grug, keluarga ini turut terdiri daripada Ugga (isteri Grug), Thunk (anak lelaki Grug), Randy (anak bongsu Grug) dan Gran (ibu mertua Grug) tinggal dalam gua yang sempit dan hanya keluarga beberapa kali dalam seminggu untuk memburu makanan.

Namun suatu hari, Epp bertindak melanggar peraturan dan keluarga dari gua pada waktu malam kerana ternampak satu cahaya yang disangka matahari. Cahaya itu rupanya datang dari seorang jejaka, Guy (Reynolds) yang berusaha untuk memulakan kehidupan baru dan lari dari kemusnahan dunia. Bagaimanapun, ketika cuba kembali ke gua, berlaku gempa bumi dan menyebabkan gua tempat tinggal keluarga Grug punah dihempap batu besar. Epp yang sememangnya mahu melihat dunia luar, meyakinkan keluarganya untuk memulakan kehidupan baru. Bermula konflik yang melucukan apabila misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.

Secara keseluruhan, biarpun ianya hanya sebuah filem animasi, namun perjalanan cerita yang membawa tema kekeluargaan berjaya mendekatkan cerita ini dengan penonton. Pengembaraan mereka dalam memulakan kehidupan baru menjadi kelucuan kepada penonton kerana Grug sentiasa menentang segala idea Guy dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa. Malah sepanjang perjalanan, ada sahaja idea Guy yang cuba dibantah, namun hari semakin hari keluarga Grug mula menerima idea Guy. Pendek kata, setiap kali bertemu benda baru, ada sahaja perkataan dan perbuatan keluarga ini yang mencuit hati.

Di sinilah kita akan memperlihatkan kasih dan pengorbanan seorang ayah dalam memastikan keluarganya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Begitu juga dengan sikap seorang ayah yang begitu berhati-hati untuk menyerahkan anak perempuan mereka kepada lelaki luar. Malah, filem ini juga akan memperlihatkan kasih seorang anak, biarpun degil, namun tetap mengutamakan keluarga dalam segala hal. Kehadiran Belt iaitu haiwan jenis Sloth sebagai kawan dan haiwan peliharaan Guy turut menimbulkan kelucuan dengan aksinya yang bersahaja. Apatah lagi, Belt turut bertindak sebagai tali pinggang dan tukang masak kepada Guy.


Keindahan sinematografi 

Dari segi intonasi pelakon yang terlibat, pemilihan setiap pelakon sangat bertepatan dengan watak yang dimainkan. Biarpun hanya menyumbangkan suara, namun keserasian mereka masih dapat dirasai. Manakala dari segi visualnya pula, tidak sekadar menonton dalam format biasa, filem ini juga turut menggunakan format tiga dimensi (3D). Justeru, bagi penonton yang ingin kelainan dan menikmati warna-warna serta momen menarik dalam filem ini, anda disarankan menonton dengan format 3D. Ia akan membuatkan anda juga seolah-olah berada sama di dalam filem ini. Bagi mengetahui kesudahan pengembaraan keluarga ini, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.






.

Kisah peminat fanatik Najwa Latif yang sanggup lakukan apa saja


MEMPEROLEH 4A dalam Sijil Malaysia (SPM) baru-baru ini, penyanyi Cinta Muka Buku mendedahkan, dia sering diganggu peminat fanatik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya. Menurut Najwa Latif, peminat lelaki itu sering mengekorinya jika dia membuat persembahan di sekitar Johor Bahru atau Singapura.

Tindak tanduk peminat itu membuatkannya tidak selesa, namun setakat ini Najwa masih cuba bertahan. “Selagi masih dalam kawalan, saya mampu untuk berhadapan dengan perkara ini. “Cuma kadang-kadang perbuatannya di luar jangkaan sehingga sanggup menunggu selama enam jam di sebuah stesen radio semata-mata ingin berjumpa dengan saya. “Tetapi kalau sudah keterlaluan, saya akan buat laporan pada pihak berkuasa,” kata Najwa. -SH





.

Ketagihan yang memang tak masuk dek akal


Seorang bekas model Inggeris kini terpaksa mendapatkan nasihat pakar psikologi selepas mengaku 'ketagih' menjalani pembedahan bagi mencantikkan wajah dan badan dengan menjalani lebih 330 prosedur kosmetik sejak berusia 17 tahun. Alicia Douvall, 34, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan komposer muzik terkenal Simon Cowell mendakwa, dia telah menghabiskan lebih sejuta pound (RM5 juta) untuk memperbaiki bentuk badan, payu dara, wajah dan juga kulit.


 Ibu kepada dua anak itu juga pernah menjalani pembedahan memendekkan tulang rusuk untuk kelihatan lebih langsing dan jari kaki untuk 'kelihatan cantik ketika menyarung kasut bertumit tinggi'. Douvall, 34, berkata, dia melalui beberapa pembedahan yang menyakitkan dan berbahaya, termasuk pernah satu ketika menjalani beberapa siri pembedahan dengan selang tempoh hanya seminggu kerana merasakan dirinya hodoh.

Wanita itu berkata, dia menjalani pembedahan plastik kerana mahu menjadi seperti anak patung popular, Barbie. "Saya membawa patung Barbie kepada perunding kecantikan dan memberitahu mereka saya mahu kelihatan seperti patung itu," katanya. Namun menurutnya, tiada seorang pun pakar bedah yang ditemui menolak permintaannya menyebabkan dia semakin seronok melakukannya.


"Disebabkan keghairahan melakukan pembedahan plastik, saya tidak boleh melakukan ekspresi muka lagi, tidak boleh tersenyum dan terpaksa bernafas hanya melalui hidung," katanya. Douvall kini terlibat dengan kempen 'Hentikan Pembedahan Plastik Bukan Profesional' dan bertemu pakar bagi mengembalikan keyakinan terhadap dirinya. Perunding bedah plastik, Kevin Hancock, dari Pertubuhan Estetik dan Pembedahan Plastik Britain (BAAPS) berkata, secara fizikal terdapat individu yang tidak layak menjalani pembedahan plastik terutama sekali sekiranya mereka kelihatan sangat bimbang dengan kesan yang bakal berlaku. - AGENSI






.

Aneh : 2 anak bersisik di bahagian kaki dan badan


Pasangan suami isteri runsing memikirkan keadaan dua anak mereka yang dilahirkan dalam keadaan bersisik di bahagian kaki dan dan badan. Mohd Firdaus Fazurin, 2, dan Mohd Zulfadli, 1, dari Kampung Belakang Masjid Batu 1, Kuala Ketil juga sering menangis dan demam sejak dilahirkan. Ayahnya, Fazurin Ghazali, 26, berkata, bahagian bawah kaki keduanya anaknya itu bersisik keras dan sering mengelupas. Menurutnya, dia telah membawa kedua anaknya itu ke hospital, namun, doktor hanya memberikan ubat sapu tanpa menjelaskan penyakit sebenar anaknya itu. Fazurin yang sekadar bekerja kampung itu berkata, terdapat beberapa pihak yang pernah tampil bagi membantu keadaan kedua anak itu.

“Ada juga beberapa orang yang datang melihat keadaan anak. Ada kalangan mereka yang memberikan madu agar disapu di bahagian kaki anak. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keprihatinan semua pihak. Namun begitu, tiada sebarang perubahan yang berlaku setakat ini,” katanya semasa menerima kunjungan Penyelaras Dun Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah. Katanya, dia kini hanya bergantung kepada ubat sapuan bagi mengelakkan kulit anaknya itu mengelupas seterusnya mengurangkan kesakitan anaknya itu. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ichtyosis (Perkid) Kedah, Mohd Firdaus Mehat berkata, dua beradik kemungkinan berhadapan dengan penyakit Ichtyosis.


Menurutnya, pihaknya akan melawat keadaan kanak-kanak itu bagi melihat sendiri keadaan mereka yang dikatakan mempunyai kulit bersisik. “Antara salah satu ciri penyakit ini adalah kulit bersisik selain mata yang kemerahan. Penyakit ini amat jarang ditemui. Justeru, kita akan melawat dalam masa terdekat untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit,” katanya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!