Tuesday, March 26, 2013

Cristiano Ronaldo melakukan sesuatu yang mengejutkan umat islam dan dunia


Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?' Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin." Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. -ANTARA







.

Inilah wanita paling popular di Arab Saudi


Puteri Saudi, Amira al-Taweel menjadi wanita paling popular di laman Twitter. Hal itu dilihat dari jumlah follower Amira yang telah menembusi angka 662,170, seperti dilaporkan surat khabar Saudi, Asharq al-Awsat. Jumlah tersebut membuatkan Puteri Amira memiliki jumlah follower terbanyak di negaranya. Dalam laporannya, surat khabar Asharq al-Awsat juga menyebut Puteri Amira berada di senarai 19 di antara tokoh-tokoh Saudi paling berpengaruh di Twitter. Kembali ke wanita paling popular di Twitter, posisi kedua adalah aktres popular Saudi, Rim Abdullah. Dia memiliki follower sebanyak 404,078 dan penyampai tv Lujain Omran berada di tempat ketiga dengan jumlah 195,264 follower.

Awal tahun ini, Putera Mahkota Saudi, Salman bin Abdul-Aziz mengumumkan akaun Twitter rasmi miliknya. Sejak diumumkan, Salman bin Abdul-Aziz telah memiliki lebih dari 200,000 follower. Arab Saudi memiliki tiga juta pengguna Twitter, lebih dari negara mana pun di Timur Tengah, dengan tingkat pertumbuhan 300 peratus tahun-ke-tahun, menurut laporan terbaru oleh Klinik Sosial yang beribu pejabat di Jeddah.-Al-Arabiya






.

Gempar : Jutawan Rusia mati gantung diri


Multi jutawan Rusia Boris Berezovsky, yang mayatnya ditemui di kamar mandi terkunci di rumah mewahnya di dekat London, pada akhir minggu lalu, meninggal dengan cara gantung diri, kata polis London. Autopsi tak memperlihatkan tanda kekerasan tapi pemeriksaan lebih lanjut akan dilakukan, termasuk pemeriksaan toksikologi dan histologi, kata polis. Mantan multi jutawan tersebut, yang dulu terkenal sebagai "penyokong kuat" politik Kremlin. Dia pernah membantu Vladimir Putin memangku jabatan sebelum dia melarikan diri pada 2000 menuju ke London, tempat dia menjadi salah seorang pengkritik paling keras terhadap elit baru Rusia. Mayat Berezovsky (67) ditemukan di kediamannya di Ascot, beberapa kilometer dari Windsor Castle milik Ratu Elizabeth, pada Sabtu, demikian laporan Reuters.


Rakannya telah mendedahkan Berezovsky mungkin telah bunuh diri sebab dia sangat tertekan setelah kalah dalam proses perbicaraan bernilai enam milian dolar AS lawan multi jutawan lain Rusia, Roman Abramovich. "Hasil autopsi, yang dilakukan oleh seorang ahli patologi Pejabat Kementerian Dalam Negeri, telah mendapati penyebab kematiannya selari dengan tindakan bunuh diri," kata polis di dalam satu kenyataan. "Ahli patologi itu tak menemukan apa pun yang menunjukkan aksi kekerasan. Hasil pemeriksaan lebih lanjut nampaknya akan diumumkan beberapa minggu lagi, kata polis. -REUTERS





.

Kisah yang sangat tragis dari Munich, Jerman


Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya. Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu. Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil. Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis. Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.

Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya. Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah. Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. - Agensi






.

Awas ajaran sesat yang taksub menggunakan kitab


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh. Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung. Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan. Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka. Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

Ketua Unit Operasi JHE-AIPP Khairul Azman Azizan, berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat awam selain risikan lebih tiga bulan untuk mengenal pasti ajaran yang dilakukan apabila disyaki menimbulkan keraguan kerana membabitkan warga asing. Menurutnya, pihaknya mendapatkan waran tangkap dari mahkamah untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka disyaki cuba menyebarkan Islam, tetapi amalan digunakan dipercayai bercanggah daripada ajaran sebenar. Katanya, berdasarkan rissikan, ajaran terbabit turut menggunakan warga tempatan sebagai orang perantaraan dan ajaran itu sudah menular bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Cameron Highlands, Pahang dan Johor.

"Kegiatan mereka ini pelik kerana aktiviti mereka hanya dijalankan pada setiap Ahad dan pada waktu tertentu dan rata-rata pengikutnya warga Bangladesh dan warga tempatan yang ingin belajar agama," katanya. Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan itu juga beberapa buku agama, kitab, cakera padat, pemacu cakera keras, banting, poster serta gambar dirampas untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembabitan tiga lelaki tempatan berusia 30-an. Katanya, semua mereka diberitahu kesalahan serta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu Maung untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi diambil keterangan. -HM






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!