Thursday, March 28, 2013

Buat renungan : Haiwan pun faham apa erti sahabat..



Mungkin ada yang pernah disakiti teman atau sahabat? Sebagai manusia yang punya tempat teratas antara semua mahluk, kita ternyata tetap harus belajar pada naluri haiwan. Bahkan pada sepasang tikus putih ini. Di sebuah zoo, Hangzau Zoo di provinsi Zheijang, China Timur, terjadi pemandangan unik sekaligus mengharukan. Ketika dua ekor tikus putih dimasukkan ke dalam kandang ular untuk makan malam, salah satu tikus tadi langsung didekati ular sebagai santapan pertamanya. Namun, apa yang terjadi? Teman tikus putih tersebut dengan gagah berani mendekati ular dan menyerang untuk menolong temannya yang sedang dalam bahaya, menunggu ajal dalam mulut ular.


Tentu saja tindakan ini sangat nekad, kerana ular hijau ini adalah sejenis ular yang berbisa. Jadi, bukan saja jauh lebih besar dari ukuran tubuh si tikus, kekuatan ular ini memang tidak mungkin diragui. Seorang penjaga yang bertugas memberi makan ular ini, menyaksikan dan mengabadikan kejadian tersebut. Dia dengan rasa terharu, mengambil kembali tikus yang menyerang ular pemangsanya.


Menurut si penjaga, tikus ini punya hak untuk memperolehi peluang untuk hidup. Kisah ini mungkin boleh jadi renungan, begitulah seharusnya kita memperlakukan seorang sahabat, tidak hanya ikut tertawa saat bahagia, tapi juga hadir ketika dia dalam duka dan perlukan pertolongan. Subhanallah... -AGENSI






.

Gaya fotografi yang sangat unik..


Gaya fotografi Ben Heine memang unik, pada mulanya dia mencari objek untuk di gambar, lalu dia menggambarkan suatu bahagian yang akan menutupi sebahagian dari objek tersebut dengan pandangan yang berbeza. Gaya fotografi pensil vs kamera, cara baru ini, tidak hanya memerlukan kemampuan fotografi yang baik tapi juga kemampuan menggambar yang baik juga. Termasuk tingkat kreativiti yang tinggi. Ben Heine adalah seorang seniman yang lahir di Ivory Coast. Dia membesar di negara tersebut selama 7 tahun. Setelah itu, dia bersama keluarganya pindah ke Brussels, Belgium di tahun 1990.


Baru di tahun 1994 di ingin serius dalam dunia menggambar. Diantara semua hobi yang dia miliki diwaktu kecil seperti menulis puisi, bermain drum, piano dan gitar, dan lumba lari, bakat menggambarlah yang paling dominan. Ben telah memulakan gaya fotografi pensil vs kamera sejak tahun 2010. Pensil vs kamera memadukan objek foto yang berwarna dengan lukisan Ben di bentukkan kertas yang berwarna hitam putih.


Kebanyakan yang menjadi tema dalam pensil vs kamera adalah kehidupan manusia, potret, alam, haiwan, arkitektur dan banyak lagi. Mengenai tujuannya menciptakan gaya fotografinya ini, Ben mengatakan bahawa dia ingin orang lain untuk bermimpi dan melupakan masalah seharian yang mereka hadapi. -AP






.

Biarpun terjadi tragedi 'memalukan', David Beckham tetap nampak bergaya


DIA memang terkenal dengan kebolehan mengambil tendangan percuma di padang bola. Bagaimanapun benarlah, tiada manusia yang sempurna, walaupun keahliannya diakui dunia. Buktinya, David Beckham juga boleh tersungkur di tengah padang, ketika mahu menunjukkan tendangan 'hebatnya' di hadapan ribuan orang baru-baru ini. Peristiwa itu berlaku ketika dia membuat pertunjukan di hadapan beberapa pemain bola sepak remaja di daerah Hubei, China. Di situlah, David Beckham secara tidak sengaja telah terjatuh. Satu insiden yang boleh dikatakan agak memalukan untuk bintang bola sepak bertaraf dunia sepertinya tetapi Beckham melaluinya secara professional. Malah, dia masih sempat menghadiahkan senyuman kepada orang ramai yang menyaksikan 'kegagalannya'. Pemain bola sepak terkenal dunia berumur 37 tahun itu berada di negara tersebut selama lima hari untuk sesi jelajah ke beberapa daerah.


Sesuai dengan imejnya, kehadiran Beckham di atas padang tersebut tetap kemas dengan pakaian mewah. "Semuanya nampak serba salah apabila dia kehilangan pertimbangan badan dan akhirnya terjatuh. "Bagaimanapun Beckham jatuh dalam keadaan penuh bergaya dan semangat yang hebat," ulas pemerhati yang turut berada di lokasi kejadian. Antara sebab mengapa pemain dari kelab Paris St. Germain (PSG) itu terpaksa melalui pengalaman tersebut adalah kerana dia memilih untuk menendang bola dengan memakai kasut kulit mewah. Tanpa kasut bola khas berjenama yang selalu dipakainya ketika di padang menyebabkan dia berhadapan dengan risiko tersendiri. Sementara itu ketika berada di negara tersebut, Beckham turut berjanji untuk berada lebih lama di sana bagi memastikan sukan bola sepak negara itu berada di kedudukan yang lebih tinggi di mata dunia.


"Terima kasih kerana menerima saya di bandar yang hebat ini," katanya ketika tiba di daerah Qingdao. Sebelum itu, Beckham yang baru saja menandatangani perjanjian dengan kelab Perancis, PSG, sudah menamatkan permainan penuh 90 minit minggu lepas, sebelum mengambil cuti panjang untuk menyempurnakan lawatan itu. "Saya mahu mereka tahu, ini bukan usaha jangka pendek saya. Secara peribadi, lawatan sebegini adalah sesuatu yang memang saya mahu lakukan. "Semoga kehadiran kami berjaya untuk merubah pemikiran mereka dan seterusnya membawa mereka berada di dalam liga berkelas dunia. "Saya memang meminati bola sepak di China kerana percaya mereka ini sangat berbakat," katanya optimis. -AP






.

Leher gadis cantik ini sangat panjang.. (3 Gambar)


Gadis cantik ini bernama Lyudmila Tichenkoya. Dia berasal dari Ukraine dan dia di gelar dengan gelaran gadis pemilik leher yang terpanjang di dunia. Memang tidak dinafikan, gadis ini seorang yang cantik dan manis, tetapi lehernya seperti zirafah.





Kemana-mana pun Lyudmila pergi, dia selalu menarik perhatian orang-orang sekitar yang melihatnya. Jika dilihat sepintas, leher Lyudmila dalam gambar seperti leher buatan atau mungkin gambar yang telah di photoshop.



Tetapi sebenarnya itu tidak benar, leher Lyudmila ini benar-benar semulajadi panjang! Aneh, bukan?






.

Itu pun boleh jadi pecah rekod tau.. (6 Gambar)


Bagi kebanyakan pemandu berpengalaman, meletakkan kereta secara selari bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi jika perbuatan kita sedang diperhatikan oleh pemandu lain yang boleh menganggu cara pemanduan kita. Namun, dua beradik dari Britain berjaya melakukannya, walaupun di ruang letak kereta paling sempit dan dengan cara pemanduan yang laju dan hanya menggunakan brek tangan serta teknik pusingan tayar.
 

Atas kemahiran mereka, Alastair dan John Moffatt, berjaya memecah rekod dunia meletakkan kereta di ruang paling sempit, dengan hanya meninggalkan ruang sekecil 13.1 sentimeter antara kereta depan dan kereta belakang. Dua beradik dari Gloucester itu mempamerkan kemahiran pemanduan dan ketepatan mereka untuk mengenepikan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Ronny Wechselberger, dengan jarak yang tinggal sekecil 14 sentimeter.


Dalam cabaran terbaharu tersebut, Alastair dan Moffatt perlu menggelincirkan kereta ke dalam ruang letak kereta yang sempit tanpa menyentuh kereta lain atau terkeluar daripada garisan putih yang ditetapkan.


Mereka menggunakan kereta Mini Mayfairs untuk melengkapkan misi mereka itu, sambil diperhatikan oleh para juri dan beberapa kamera. Moffatt, 31, yang merupakan orang pertama memecahkan rekod tersebut berkata, dia terkejut dengan pencapaiannya memecah rekod sebelum disusuli oleh adiknya.


Alastair, 29, pula berkata, dia berasa sangat lega selepas melakar kejayaan tersebut. "Saya hanya mempunyai satu atau dua percubaan untuk menyahut cabaran itu, menyebabkan tekanan semakin meningkat.


 "Kejayaan kami memegang rekod dunia ini secara bersama merupakan pencapaian yang hebat dan kami akan bersaing sesama sendiri untuk mencipta rekod baharu," katanya. Cabaran mereka itu dirakam pada Disember lalu untuk rancangan Officially Amazing yang memaparkan kisah-kisah lucu, pelik, mengarut, menakutkan dan percubaan memecahkan rekod dunia. - Agensi





.

Drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'


BUAT pertama kali pelakon cantik, Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini. Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac setiap Jumaat jam 9 malam. Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula. Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya. Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf. Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama. Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya. -SH






P/S -Review dari novel [BACA]






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!