Monday, April 1, 2013

Kanak-kanak ini dilihat 'dewasa' begitu cepat



Keadaan di Syria memang sangat membimbangkan ketika ini. Situasi yang meruncing dan tidak aman di negara itu seakan tidak mungkin akan reda. Dilaporkan, setiap hari keadaan itu semakin tragis sehinggakan seorang anak kecil pun sudah ikut berjuang mempertahankan hidupnya, dengan diberbekalkan senjata, sama seperti orang dewasa. Tidak cukup dengan itu, dalam foto yang dimuatkan di media The Sun baru-baru ini, anak yang bernama Ahmed itu sedang merokok.


Seolah-olah seorang perokok profesional, wajah anak lelaki pejuang Syria itu dilihat sangat berdikari meskipun umurnya baru mencapai 7 tahun. Ahmed disebut-sebut sebagai salah seorang kanak-kanak yang turut menjaga keamanan di Aleppo. -AP






.

Gambar-gambar serba warna warni festival Holi di India


Ketika warna-warni mulai memenuhi kota dan desa di India, itu pertanda bahawa festival warna Holi tahun 2013 telah pun bermula. Tahun ini, Festival Holi dimulakan hari Rabu, 20 Mac yang lalu. Kemeriahan warna-warni juga terlihat di dua desa kecil dibahagian Uttar Pradesh. Langit-langit desa seolah tertutup debu warna-warni ketika penduduknya merayakan Lathmar Holi. 


Festival Holi sendiri sebenarnya merupakan hari besar agama Hindu yang berasal dari mitos. Diceritakan bahawa Krishna yang berkulit gelap cemburu melihat Radha yang memiliki kulit putih. Krishna kemudian mengatakan pada ibunya, Yashoda mengenai hal tersebut dan mengatakan bahawa dia boleh mengubah warna kulit Radha dengan melumurinya dengan warna.


Kerana itu, setiap musim semi festival Holi dirayakan dengan taburan warna-warni. Tak hanya serbuk warna, kadang-kadang pewarna juga dicampur dengan air dan disiramkan pada orang disekitar.

Warna-warna terang yang digunakan pada festival ini dipercayai melambangkan tenaga, kehidupan, dan datangnya musim bunga. Holi juga dimeriahkan dengan pembuatan bunga api yang dipercayai boleh mengusir roh jahat dan merayakan kemenangan kebaikan melawan kejahatan. Untuk merayakan Holi biasanya warga India memakai pakaian putih, yang tentu saja tak akan tetap putih hingga festival berakhir. -AGENSI






.

Senarai 10 Universiti terbaik di Malaysia 2013



Semoga senarai ranking universiti di Malaysia kali ini menjadi panduan untuk lepasan SPM/STPM untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.


1 Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru …
2 Universiti Malaya
Kuala Lumpur
3 Universiti Putra Malaysia
Serdang …
4 Universiti Sains Malaysia
Minden
5 Universiti Teknologi MARA
Shah Alam …
6 Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi …
7 Multimedia University
Cyberjaya …
8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kuala Lumpur …
9 Universiti Utara Malaysia
Sintok
10 Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu …






*Sumber 4icu (beautifulnara)






.

Gempar : Makanan dari kantin hospital ada ulat!


Seorang bapa baru menyambut kelahiran anaknya di hospital berkata, dia yang sedang makan sarapan di kantin hospital terkejut apabila mendapati makanan yang dimakannya disajikan dengan ulat. Wayne Foster-Wells, 31, di Hospital Gwent Diraja di Newport, South Wales, apabila dia bersarapan pagi selepas melawat isterinya, Tammy, berikutan kelahiran anaknya, Samuel. Asyik dengan makanan itu, sehingga makanannya hampir habis dimakan, dia tiba-tiba perasan dengan ulat yang berada dalam tomato. Hospital Diraja Gwent telah melancarkan siasatan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Alam Sekitar selepas Wayne membuat aduan rasmi.


Julian Hayman, dari Lembaga Kesihatan Aneurin Bevan, berkata: 'lembaga kesihatan boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima aduan daripada orang awam.' Ianya mungkin disebabkan oleh tomato yang diperolehi daripada sumber luar. 'Kami sedang menyiasat masalah ini dengan pembekal dan juga telah memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Alam Sekitar.' -AP






.

Gambar Perdana Menteri dan keluarga makan di restoran. Apa yang mereka makan?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga meluangkan masa di hujung minggu untuk menjamu selera bersama orang ramai di sebuah restoran di pusat beli belah di sini hari ini. Najib yang kelihatan santai dengan berbaju T berwarna putih bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak iaitu Norashman Razak dan Nooryana Najwa serta tunang Nooryana Najwa, Daniar Nazarbayev memilih kedai makan Little Penang Cafe yang menawarkan masakan asli penjaja Pulau Pinang untuk menjamu selera. Antara pesanan makanan yang dibuat Perdana Menteri dan keluarganya ialah asam laksa, laksa kuah lemak Siam, Aromatic Chicken Set dan Penang Hokkien Prawn Mee berserta Milo ais, cincau dan barli dengan pencuci mulut rojak buah.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara bersama keluarga di restoran itu telah menarik perhatian pengunjung ke pusat beli belah itu yang turut mengambil peluang beramah mesra dan bergambar bersama mereka.

Najib dan keluarga meluangkan masa kira-kira sejam di restoran itu. Seorang kakitangan restoran yang mengambil pesanan makanan Perdana Menteri dan keluarga, Jumat Kasneh berkata, beliau berasa teruja dan gembira dengan ketibaan Perdana Menteri bersama keluarga. "Perdana Menteri sangat mesra dengan semua orang dan senang untuk berkomunikasi," katanya yang sudah bekerja di restoran itu selama 10 tahun. - BERNAMA





.

Lagi seorang imam ditembak mati



Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang imam dan dua lagi di luar sebuah gerai menjual manisan di Bandar Fallujah. Seorang pegawai polis berkata, lelaki berkenaan menembak mati imam Masjid Al-Baraa, Sheik Talib Zuwayid bersama anak saudaranya dan seorang lagi lelaki dalam serangan yang berlaku semalam. Seorang penduduk berkata, Zuwayid adalah salah seorang penganjur tunjuk perasaan mingguan untuk pengikut Sunni ke atas pengikut Syiah sejak tiga bulan lalu. Polis bagaimanapun berkata, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu ada kaitan dengan tunjuk perasaan yang diadakan. - AFP






.

Apa kaitan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan Ops Daulat?


Polis sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat. Menurut sumber, lelaki berkenaan dikehendaki polis kerana dipercayai merupakan penyalur dana untuk kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah. Katanya, suspek yang mendapat pangkat Datuk Seri daripada kerajaan Sulu itu menyalurkan dana tersebut bersama beberapa orang lagi rakannya di negara ini. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, Muhammad Ridzwan yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai kini merupakan Yang Dipertua dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini (Muhammad Ridzwan) diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. "Dalam masa sama, kita juga meminta individu ini bekerjasama dengan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Hamza, lelaki yang dikehendaki itu dipercayai masih berada dalam negara dan alamat terakhirnya ialah di Pengkalan Weld, Georgetown. Bagaimanapun katanya, pihak polis belum mempunyai maklumat lanjut berhubung identiti lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an. -utusan





.

Wanita ini mendedahkan pengalaman peliknya ketika kecil (3 Gambar)



Seorang suri rumah di sini mendedahkan pengalamannya menjadi 'gadis Tarzan' ketika kecil selepas diculik daripada keluarganya dan dibuang ke dalam hutan Colombia. Marina Chapman, dalam buku nukilannya, The Girl With No Name: The Incredible True Story of the Girl Raised by Monkeys, yang disiarkan secara bersiri oleh akhbar The Mail, menceritakan bagaimana sekumpulan monyet jenis capuchin menjaganya di dalam hutan selama lima tahun selepas dia ditinggalkan di hutan itu ketika berusia empat tahun. Menurutnya, kumpulan monyet itu mengajarnya kelangsungan hidup dalam hutan termasuk mencari makanan, berkomunikasi, memanjat dari satu dahan ke satu dahan dan tidur di atas pokok. "Semuanya berlaku dengan pantas sekitar tahun 1950-an.


Saya melihat lelaki berkulit hitam memegang kain putih dan kemudian saya terbau bahan kimia yang sangat kuat. Selepas itu saya tidak lagi sedar apa yang berlaku," katanya. Selepas terjaga, Chapman mendapati dirinya berada di dalam sebuah trak bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum dibuang ke dalam hutan oleh lelaki yang tidak dikenali. Pagi kedua berada di dalam hutan, dia terjaga dan berasa sangat lapar, namun berasa terkejut selepas mendapati sekumpulan monyet mengelilinginya. Pada mulanya kumpulan monyet itu melihatnya dalam keadaan pelik, namun haiwan itu tidak menyerang, tetapi mendekati dirinya. Disebabkan monyet tersebut memiliki makanan, Chapman sedar dia perlu mengikuti cara haiwan itu untuk terus hidup atau dia akan mati kerana kelaparan.


"Hari demi hari saya menunggu ibu bapa saya datang untuk menyelamatkan saya, namun mereka tidak muncul. Harapan saya semakin lama semakin hilang, malah saya berasa selesa bersama kumpulan monyet itu," katanya. Selepas beberapa tahun di dalam hutan, dia mula berani meneroka kawasan lebih jauh daripada kebiasaannya sehingga bertemu dengan kumpulan manusia yang menghuni pinggir hutan dan akhirnya tinggal bersama keluarga tersebut. Chapman mengakui dia mempelajari banyak perkara di dalam hutan, terutama sekali mengenai kehidupan berkeluarga, kasih sayang dan perhatian. - AGENSI






.

Remaja lari ikut kenalan facebook


Seorang gadis berusia 17 tahun dari Taman Kota Jaya, Kota Sarang Semut di sini dipercayai bertindak melarikan diri dari rumah semalam untuk mengikut kenalan lelaki yang dikenalinya di Facebook kira-kira setahun lalu. Kehilangan gadis itu, See Yuan Ping, 17, disedari adik lelakinya, See Wei Loon, 15, kira-kira pukul 5.30 pagi semalam apabila dia mendapati kakaknya itu tiada di bilik tidur rumah mereka. Bapa gadis itu, See Eng Hua, 46, berkata, anak gadisnya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah di sini mengenali lelaki berusia 21 tahun itu melalui Facebook dan lelaki tersebut pernah dua kali datang ke rumah mereka.

"Saya marah anak saya kerana mahu dia tumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu, jangan asyik main Internet. Saya tak sangka dia bertindak lari dari rumah mengikut lelaki tersebut. "Kami cuba cari anak saya di sekitar Alor Setar dengan bantuan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM). Namun kami dapat tahu anak saya dan lelaki itu telah menaiki bas ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di Bangunan MCA di sini hari ini. Orang ramai yang ternampak Yuan Ping diminta segera hubungi Eng Huat di talian 010-5369490 atau CRSM Alor Setar, 010-5652011. - Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!