Friday, April 5, 2013

Pelakon kacak ini dikatakan gay..



Pelakon, Aeril Zafrel terkejut apabila mengetahui gambarnya yang tidak berbaju dan hanya mengenakan tuala tersebar di sebuah laman web porno. Aeril bagaimanapun berkata, dia tidak peduli dengan penyebaran gambar tersebut memandangkan ia diambil daripada salah satu adegan dalam filem lakonannya, "Hanya Aku Cinta Kau Seorang" (HACKS) tahun lalu. "Memang pada mulanya saya agak terkejut apabila dimaklumkan ada gambar saya di letakkan di sebuah laman web gay. Apa sudah jadi ni? Bila saya lihat, ia adalah gambar dari filem lakonan saya sendiri, saya ketawa sahaja. "Persoalannya, kenapa orang yang menyebar gambar itu perlu sampai ke situ? Ini memang kerja orang yang 'terlebih masa' dan tidak mempunyai akal serta sikap yang sempurna," ulas pelakon kacak berusia 25 tahun itu.

Pelakon itu mengakui sebelum ini dia banyak merakamkan gambar dalam keadaan tidak berbaju tetapi kini sudah menginsafi diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik. "Saya tidak perlu merasa bimbang mengenai penyebaran itu. Lagipun saya sudah banyak berhijrah ke arah yang lebih baik, selain kesal dengan dosa-dosa yang dilakukan ketika berada dalam zaman kejahilan dulu.

"Memang dulu banyak gambar saya tidak berbaju tetapi kini saya sudah buang dari laman peribadi saya dan gambar yang disebar itu bukan dari koleksi peribadi saya," kata pelakon yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem "Mungkin Itu Kasihmu" yang bakal disiarkan di RTM dan "Hafiz Tahfiz" menerusi TV AlHijrah. Justeru menurut Aeril lagi, filem HACKS itu akan menjadi medium terakhir beliau tampil dengan adegan buka baju. "Inilah filem pertama dan terakhir saya mendedahkan sebahagian tubuh. Selepas ini tidak akan ada lagi," katanya. - Utusan






.

Gambar terkini anak lelaki Irma Hasmie dan Redza, Redza Syah Irfhan

Seminggu selepas pasangan Irma Hasmie dan Redza menyambut kehadiran 'orang baru', semalam telah berlangsungnya majlis akikah dan cukur jambul buat cahaya mata sulung mereka itu.


Dilahirkan pada 29 Mac (Jumaat) lalu, bayi comel ini telah diberi nama Redza Syah Irfhan.


Majlis berlangsung dengan lancar. Antara rakan artis yang turut hadir adalah Yatt Hamzah dan Diana Amir.


Irma Hasmie dan suami, dilihat sangat ceria sepanjang majlis itu.





P/S - Semoga menjadi anak yang soleh :) Amin..






.

Doktor bunuh 7 pesakit. Dan mengejutkan, angka sebenar mungkin 300 pesakit


Seorang doktor Brazil didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh pesakit dalam usaha mengosongkan katil sebuah hospital di Curitiba, tenggara Brazil, semalam. Virginia Helena Soares de Souza mengambil sekumpulan doktor untuk membantunya melakukan pembunuhan itu di Hospital Evangelico. Dia didakwa memberi arahan memasukkan bahan-bahan sedatif dan ubat tahan sakit selain mengawal tahap oksigen dan penggunaan ubat-ubat lain, lapor CNN. Tujuh pegawai penjagaan kesihatan turut didakwa bersama de Souza. De Souza tidak mengaku salah. Laporan Reuters pula menyebut angka kematian pesakit disebabkan tindakan doktor itu kemungkinan mencecah 300 orang.

Pendakwa raya mendakwa de Souza mencabut palam, tindakan yang bertentangan dengan hasrat seseorang pesakit dan keluarga mereka dan ia juga bercanggah dengan peruntukan undang-undang Brazil. Polis pula berkata, doktor itu bertindak demikian bagi mengosongkan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan membebaskan 'suasana tidak menyenangkan', yang diakibatkan oleh pesakit. De Souza yang ditahan bulan lalu dikatakan memberi arahan kepada kumpulan doktor terbabit antara 2006 dan 2013.

Dalam temu bual dengan rakan media CNN, TV Globo, doktor yang menyiasat kes itu, Mario Lobato berkata, jumlah kematian akibat tindakan de Souza kemungkinan lebih banyak. Kata Lobato, pasukannya sedang menganalisis carta perubatan membabitkan lebih 1,700 pesakit dan menemu bual lebih ramai doktor. Sepanjang tujuh tahun lalu, de Souza sendiri tidak menyenaraikan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit terbabit tetapi ada mengarahkan doktor-doktor yang membantunya agar menukar peralatan pernafasan mekanikal.

Malah, de Souza juga membebarkan doktor terbabit melihat rekod-rekod perubatan untuk menyenaraikan ubat-ubat yang perlu atas namanya. Peguam de Souza, Elias Mattar Assad berkata, beliau akan membuktikan arahan anak guamnya bersandarkan keperluan perubatan. -AGENSI






.

Sadis : Pasangan Suami-Isteri Membakar Rumah yang mengorbankan 6 Anak Mereka



Sepasang suami-isteri dijatuhi hukuman penjara yang panjang apabila mahkamah mendapati mereka bertanggungjawab di atas kematian enam orang anak mereka yang masih kecil dalam satu kebakaran yang disengajakan demi untuk mencari helah menuntut wang ehsan daripada Jabatan Kebajikan. Mick Philpott, 56, dihukum penjara seumur hidup manakala isterinya, Mairead, 32, pula dipenjarakan 17 tahun kerana membunuh tanpa niat dalam satu kes yang mengoncang sistem kebajikan Britain. Hakim Kathryn Thirlwall dalam penghakimannya berkata yang Mick Philpott adalah seorang yang terganggu dan sangat berbahaya kepada masyarakat. "Awak bukan sahaja berbahaya malah tidak ada kompas moral sama sekali," tegasnya di dalam mahkamah yang sesak.

Seorang lagi rakan mereka Paul Mosley, yang terlibat melakukan hubungan seks dengan isteri Philpott di hadapannya turut dihukum penjara 17 tahun atas pertuduhan yang sama. Philpott dimaklumkan yang dia akan kekal berada di dalam penjara sekurang-kurangnya selama 15 tahun manakala isterinya dan Mosley sekurang-kurangnya lapan setengah tahun. Dalam kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Derby, tengah England, pada 11 Mei tahun lalu, ketiga-tiga mereka berpakat untuk membakar rumah tersebut selepas keenam-enam kanak-kanak malang yang berumur antara lima hingga 13 tahun itu tidur.

Mereka berkomplot demikian pertama untuk membalas dendam ke atas bekas teman wanita Philpott yang sebelum itu berkongsi rumah dengan mereka tetapi melarikan diri bersama-sama lima lagi anak Philpott hasil perhubungan dengan teman wanitanya itu. Rancangan mereka ialah untuk menuduh wanita itu bertanggungjawab membakar rumah berkenaan. Dalam rancangan jahat itu juga, Philpott sepatutnya dengan segera berlari ke tingkat atas untuk menyelamatkan anak-anaknya yang masih kecil itu. Malangnya, rancangan bodoh mereka itu memakan diri apabila api marak dengan begitu pantas dan akhirnya Philpott gagal menyelamatkan walau seorang pun anak-anaknya itu.

Sebelum mereka melakukan rancangan tersebut, ketiga-tiga tertuduh terlebih dahulu melakukan hubungan seks di atas meja billiard yang terletak di ruang tamu rumah Philpott. Rancangan kedua mereka ialah dengan memusnahkan rumah tersebut, Philpott dan isterinya berhasrat untuk menuntut kediaman yang lebih besar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab menyediakan rumah kepada pasangan kelamin yang mempunyai anak yang ramai.

Philpott mempunyai 17 orang anak bersama lima wanita yang berlainan termasuk anak-anak luar nikah bersama teman wanitanya. Pasangan berkenaan kelihatan menangis teresak-esak selepas hukuman dibacakan ke atas mereka. Tetapi kemudiannya mereka menunjukkan tanda lucah sambil mengukir senyuman ke arah orang ramai yang menjerit "pembunuh kanak-kanak" ketika dibawa keluar dari mahkamah.

Malah ahli keluarganya sendiri menepuk tangan sebaik sahaja hakim membacakan hukuman penjara seumur hidup ke atas Philpott. Pendedahan mengenai gaya hidup Philpott sepanjang perbicaraan kesnya membuka mata ramai mengenai kepincangan sistem kebajikan Britain yang menanggung kehidupan seorang manipulator sepertinya. Hakim Thirlwall berkata, plot jahat Philpott adalah di luar pemikiran manusia yang waras dan yang menjadi mangsa adalah enam kanak-kanak yang tidak berdosa.






.

Pemimpin terkenal ini sanggup potong gaji demi kurangkan perbelanjaan kerajaan



Presiden Barack Obama memperlihatkan sikap kepimpinan melalui teladan apabila beliau membuat keputusan bersedia mengembalikan 5 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada Perbendaharaan semula. Ia adalah sebahagian daripada langkah memperlihatkan solidariti kepada kakitangan kerajaan persekutuan yang berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menerima potongan gaji dalam usaha Kongres untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan sehingga AS$85 bilion setahun. Beratus ribu kakitangan awam berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan pemotongan gaji wajib jika Kongres memutuskan ia langkah terbaik untuk menghukum pentadbiran Obama yang gagal mengurangkan hutang negara.

Potongan sebanyak 5 peratus daripada gaji presiden yang berjumlah AS$400,000 setahun atau pun bersamaan dengan AS33,333 sebulan bermakna Obama akan memulangkan AS$20,000 kepada Perbendaharaan. "Gaji presiden sepertimana juga gaji para anggota Kongres ditentukan oleh undang-undang dan tidak boleh dipinda sesuka hati," kata jurucakap Obama, Jay Carney. Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh Obama ialah menerima gaji seperti biasa tetapi kemudian mengeluarkan cek dan menulis sejumlah wang yang ingin dipulangkannya dan diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan. Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel, telah memberikan komitmen yang sama apabila bersetuju untuk memotong gajinya bersamaan dengan bayaran 14 hari bekerja - sama banyak dengan jumlah hari yang akan dikenakan ke atas kakitangan Jabatan Pertahanan jika Kongres memberi lampu hijau kepada tindakan pemotongan gaji.


Sebenarnya Obama bukanlah presiden pertama yang bersedia mengenakan potongan gaji. Mendiang John F. Kennedy pernah menderma gajinya sebagai presiden kepada beberapa badan amal, kata Stacey Chandler, seorang juru arkib Perpustakaan Presiden John F. Kennedy. Presiden Amerika yang pertama, George Washington, juga enggan menerima gaji selaku ketua negara tetapi akur dengan tekanan Kongres yang memaksanya menerima bayaran gaji sebanyak $25,000. -AP






.

Gempar : Mayat bayi tanpa kepala ditemui



Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!