Saturday, April 13, 2013

Lihat kreatifnya pencuri ini bila mencuri



Seorang pencopet menunjukkan kreativitinya yang tersendiri menggunakan penyepit untuk mencuri menyerah diri kepada polis. Wang Hongbo, 32, dirakam kamera mengambil telefon bimbit daripada poket seorang wanita yang berbasikal di kota Zhengzhou, wilayah Henan, China. Seorang saksi mengambil gambar Wang berlari di belakang wanita itu sebelum mengambil telefon bimbit itu dengan penyepit. Wang kemudian dilihat memeriksa barangan curinya itu sebelum menjualnya kepada sebuah kedai barangan terpakai tidak jauh dari lokasi kejadian. Dia, bagaimanapun, ditahan apabila seorang awam yang kebetulan ada di tempat kejadian, merakam perbuatannya dan menyiarkannya di internet.


Wang akhirnya menyerah diri kepada polis selepas gambarnya sudah ditonton ramai orang di internet. Wang menghubungi seorang wartawan dan memberitahunya bahawa dia adalah lelaki yang disiarkan foto mencuri daripada wanita berbasikal berkenaan. Wanita itu dilaporkan langsung tidak sedar perbuatan pencuri itu. Wang berkata, dia melakukan jenayah kerana menghadapi masalah membesarkan anaknya yang berusia 12 tahun sendirian. Awal bulan ini, seorang lelaki yang disyaki pencuri beg luka di bahagian keningnya selepas melanggar tingkap kedai untuk lari. AGENSI





.

Kini heboh, klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan.



Selepas dikejutkan dengan klip video memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lelaki lain, kini muncul pula klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan. Klip video itu kini menjadi perbualan hangat di laman-laman media sosial terutama blog. Namun, aksi dalam klip video yang berdurasi 8:31 minit itu dipercayai bukan perbuatan buli seperti klip video sebelum ini kerana dua watak utamanya saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan oleh tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam sebuah tandas.

Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan sahaja tidak cuba untuk meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja tersebut untuk terus bergaduh. Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari Kelantan. Di akhir klip tersebut, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton-penonton' di lokasi semakin riuh. -utusan





.

Bayi ini diperlakukan kejam oleh sepasukan doktor..


Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang dialami oleh seorang bayi berusia dua bulan apabila jari telunjuknya dipercayai terpaksa dipotong oleh sepasukan doktor di sini, baru-baru ini. Lebih malang, bayi tersebut, Edwin Timothy Sihombing tidak dibius terlebih dahulu sebelum jarinya dipotong oleh doktor di Hospital Harapan Bunda di Jakarta Timur. Ayah Edwin, Gonti Laurel Sihombing, 34, berkata, doktor melakukan pemotongan tersebut tanpa menggunakan ubat bius, menyebabkan anaknya menangis tidak henti-henti dan darah yang keluar juga banyak. Katanya, dia tidak berpuas hati dengan tindakan doktor itu memotong jari anak pertamanya tanpa mendapatkan kebenaran daripadanya.

"Anak saya dirawat di hospital berkenaan sejak sebulan lalu akibat demam panas. "Doktor memaklumkan pada saya bahawa saraf jari Edwin telah mati dan mereput, menyebabkan ia terpaksa dipotong menggunakan gunting, tetapi saya melihat darah masih keluar dari jarinya. "Ketika pembedahan itu dilakukan, hanya isteri saya berada di ruangan menunggu kerana saya sedang bekerja," katanya kepada inilah.com. Gonti cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung kejadian tersebut. "Saya telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada pengarah hospital berkenaan, namun masih tiada jawapan. "Sehingga kini, anak saya masih dirawat di hospital tersebut," jelasnya. Punca jari bayi itu mereput masih belum diketahui. - AGENSI





.

Cantiknya pelakon Dynas Mokhtar selepas 10 bulan melahirkan anak kedua



Sejak berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, model-pelakon-pengacara jelita, Dynas Mokhtar, 30, memberitahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif dalam dunia lakonan. Cuma waktunya untuk berada di set lokasi dan menjalani penggambaran agak terbatas memandangkan dia perlu memberi keutamaan kepada keluarganya. Menurut empunya nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini, tidak pernah terlintas difikirannya untuk berhenti berlakon. Namun sejak akhir-akhir ini pelakon siri Bangkitnya Seorang Wanita ini mendedahkan suaminya, Mohd Hafizy Hafiz, ada meminta agar dia mengurangkan aktiviti seni terutama berlakon. Sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada kedua-dua anak mereka yang sedang membesar.

"Rutin harian saya memang sibuk. Menguruskan anak-anak dalam masa sama saya uruskan perniagaan butik pakaian saya. Saya masih berlakon juga dan buat pengacaraan untuk program RTM. Tapi itulah... suami saya sebenarnya dia membebel jugaklah bila saya ambil tawaran berlakon. Panas jugalah telinga ni tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nak buat macam mana, kan...", katanya sambil tertawa kecil. Kemudian menyambung, "Sebab bila kita berlakon, masa kita dah banyak diluangkan di set. Suami saya sebolehnya dia tak nak orang lain jaga anak-anak. Dia nak saya yang jaga mereka. Lagipun, iyalah saya masih lagi menyusukan Qaish. "Suami saya kata, tak adil untuk Qaish bila saya sibuk sangat dengan shooting. Tapi bila difikirkan semula, memang ada betulnya cakap suami saya tu. Sebab masa Khayra dulu memang saya bagi sepenuh perhatian 100% padanya. Masa tu lama juga saya tak ambil job berlakon", katanya.

Dynas ditemui pada majlis pelancaran koleksi Pandora sempena Hari Ibu, bertempat di Bangsar Village 2, semalam. Jelasnya lagi, dalam pada tumpuannya diberikan kepada Khyra Khalisa, (4 tahun) dan Mohamad Haqaish (10 bulan), Dynas yang bergelar usahawan sejak dua tahun lalu turut membahagikan masa di butiknya iaitu sebuah butik khas buat ibu-ibu moden, Dynas Nursing Attire atau DNA. Sementara dunia lakonan kini dijadikan sebagai pelepas tekanan. "Bila saya boring, saya berlakon. Bila saya stress dengan bisnes saya, saya berlakon. Sebab dalam tempoh tu saya tak perlu fikir banyak perkara, hanya fokus pada skrip.

Berlakon ni kira sebagai time-out Dynas Mokhtar daripada famili dan bisnes lah", ujarnya yang akan menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Dairi Azura tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, Dynas baru saja membuka butik kedua di Setia City Mall, Shah Alam. Selain itu, Sejak memperkenalkan pakaian khusus untuk wanita mengandung dan menyusukan badan, dia juga sering diundang oleh doktor bagi mengadakan ceramah dan membuat demo di beberapa hospital. - mD





.

Wanita tertipu oleh kenalan facebook


Seorang wanita dilaporkan mengalami kerugian RM1,850 akibat tertipu dengan kenalan Facebook. Mangsa yang berumur 48 tahun dan tinggal di Raub dikatakan membayar wang tersebut untuk mendapatkan hadiah dari seorang warga 'Arab' yang dikenalinya sejak Februari lepas. Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsuddin Wan Osman berkata menurut laporan mangsa semalam, lelaki berkenaan mahu mengirimkan hadiah kepadanya sebagai tanda persahabatan mereka. Beliau berkata pada 3 April lalu, mangsa telah dihubungi seorang wanita yang mendakwa dirinya kerani di sebuah syarikat penghantaran di Sarawak yang memberitahu hadiah untuknya sudah tiba dari Arab Saudi dan meminta mangsa memasukkan RM1,850 ke dalam sebuah akaun bank bagi tujuan pembayaran cukai.

Mangsa kemudiannya memasukkan jumlah wang berkenaan ke dalam akaun bank tersebut yang disusuli dengan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) wanita berkenaan yang memberitahu hadiah mangsa berada di syarikat berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM5,000 sebelum dihantar kepadanya. Wan Samsuddin berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu tidak membuat bayaran itu sebaliknya membuat laporan polis. Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan dan percaya sindiket terbabit dianggotai beberapa individu yang akan menjerat mangsa terutama wanita. Polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!