Saturday, April 13, 2013

Bayi ini diperlakukan kejam oleh sepasukan doktor..


Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang dialami oleh seorang bayi berusia dua bulan apabila jari telunjuknya dipercayai terpaksa dipotong oleh sepasukan doktor di sini, baru-baru ini. Lebih malang, bayi tersebut, Edwin Timothy Sihombing tidak dibius terlebih dahulu sebelum jarinya dipotong oleh doktor di Hospital Harapan Bunda di Jakarta Timur. Ayah Edwin, Gonti Laurel Sihombing, 34, berkata, doktor melakukan pemotongan tersebut tanpa menggunakan ubat bius, menyebabkan anaknya menangis tidak henti-henti dan darah yang keluar juga banyak. Katanya, dia tidak berpuas hati dengan tindakan doktor itu memotong jari anak pertamanya tanpa mendapatkan kebenaran daripadanya.

"Anak saya dirawat di hospital berkenaan sejak sebulan lalu akibat demam panas. "Doktor memaklumkan pada saya bahawa saraf jari Edwin telah mati dan mereput, menyebabkan ia terpaksa dipotong menggunakan gunting, tetapi saya melihat darah masih keluar dari jarinya. "Ketika pembedahan itu dilakukan, hanya isteri saya berada di ruangan menunggu kerana saya sedang bekerja," katanya kepada inilah.com. Gonti cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung kejadian tersebut. "Saya telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada pengarah hospital berkenaan, namun masih tiada jawapan. "Sehingga kini, anak saya masih dirawat di hospital tersebut," jelasnya. Punca jari bayi itu mereput masih belum diketahui. - AGENSI





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 13, 2013 at 7:09 PM said...

kesiannyee...

Unknown on April 13, 2013 at 10:45 PM said...

Ya Allah..kesian baby..kenapa diaorg xbius...xboleh nk bygkn..camne baby tu rasa masa jari kene potong tanpa bius..mmg kejam

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!