Tuesday, April 23, 2013

Tips : Langkah mudah mendapatkan kulit yang bersih


Ramai dikalangan anda yang bimbang tentang kebersihan kulit muka terutamanya golongan wanita. Walaupun penjagaan muka adalah penting, tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana melakukannya. Disini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk anda cuba:


Basuh tangan sebelum cuci muka

Sebelum anda bermula untuk mencuci muka anda, bersihkan tangan dengan sabun anti-bakteria supaya bakteria supaya tangan anda bebas dari sebarang bakteria dan baru cuci muka anda.


Membersihkan solekkan sebelum tidur 

Lap muka anda dengan 'wet tissue / make up remover' untuk membersihkan solekkan di muka anda. Elakkan memakai tisu biasa atau kain.


Cuci muka 

Elakkan menguna air yang terlalu panas apabila mencuci muka kerana ia akan menyebabkan saluran darah kapilari (saluran darah yang paling halus) pecah dan kesan kemerahan kulit di sekeliling hidung dan pipi. Sebaiknya gunalah air suam.


Basuh muka bersama pencuci muka 

Ratakan sabun pencuci muka anda dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih dan sapukan pada muka anda.


Buat urutan 

Siapa kata hanya di spa sahaja anda boleh mendapatkan urutan? Ramai tidak tahu, sebenarnya jika kita urut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen pada kulit muka. Jadi pastikan anda urutkan kulit anda dengan teknik putaran.


Bilaskan muka 

Selepas mengurut muka, bilaskan muka anda dengan air suam. Ia akan menjadikan kulit anda segar. Lapkan muka dengan tuala


Gunakan tuala yang bersih. 

Tetapi jangan tonyohkan terlalu kasar. Ia akan mencederakan kulit anda. Anda hanya perlu lapkan perlahan-lahan.


Gunakan kain yang lembut. 

Pelembap muka Aelepas keringkan muka anda, gunalah toner untuk boleh menyegarkan kulit dan krim pada waktu malam sebelum tidur. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.






.

Lagi gambar mesra Nabila Huda dan Nas-T, kali ini di Australia



Lagi gambar memperlihatkan kemesraan artis ini. Memang jelas terserlah kemesraan antara pasangan yang sedang hangat bercinta ini. Nampaknya  Nabila Huda dan Nas-T sedang mabuk bercinta dan merasakan dunia ini mereka yang punya.


Itu yang membuatkan pelakon ini, Nabila sering kali berkongsi gambar dirinya bersama Nas-T di Instagram untuk tatapan ramai.


Untuk makluman, Nabila Huda berada di Australia untuk penggambaran sebuah drama. Dan Nas-T turut sama untuk menemani kekasih hatinya itu.


Memang seperti belangkas sungguh mereka berdua ini. Semoga perhubungan ini akan berakhir dengan perkahwinan. -Beautifulnara





.

LIVE STREAMING SELANGOR VS EAST BENGAL FC 23 APRIL 2013


LIVE STREAMING SELANGOR VS EAST BENGAL FC 23 APRIL 2013 | Sebelum ini Selangor tumpas 0-1 kepada East Bengal dalam aksi pembuka tirai kumpulan pada 27 Februari lalu. Perlawanan ini penting buat skuad kendalian Irfan Bakti itu untuk menghidupkan peluang mereka dan meneruskan saingan ke pusingan kedua. Mereka mesti menang dalam perlawanan melayan kunjungan kelab India itu, East Bengal dalam aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TV9 bermula jam 8.30 malam. Selamat menonton..






Live streaming 





.

Gambar Qi Razali dan Nelydia Senrose dan kisah cinta mereka



Sebelum ini baik Qi Razali, 35, mahupun Nelydia Senrose, 19, lebih senang membuat kenyataan yang mereka berkawan rapat. Terbaharu, kedua-duanya mengaku kini bercinta - hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. "Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing," jelas Qi tanpa berselindung.

Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu bagaimanapun memberitahu dia masih belum melamar Nelydia sebagai kekasih dan tidak pernah luahkan perasaan cinta kepada pelakon yang mula popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa itu, sehingga sekarang. Tambah Qi, walaupun mempunyai perbezaan usia sebanyak 16 tahun, faktor usia tidak menjadi halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat.

Kedua-duanya mula berkawan sejak sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love sekitar tahun lalu dan hubungan tersebut mula menjadi lebih rapat, sejak empat bulan lalu. Awalnya, hubungan tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila Nelydia didakwa menjadi punca perpisahan Qi dengan penyanyi Yuna.


Namun Qi menyangkal dakwaan tersebut dengan menjelaskan, "Punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus. "Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri." katanya. -MD





.

Gempar : Bahan misteri ditemui di bangunan Tentera Laut


Satu bahan misteri ditemui di dalam bilik surat di bangunan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), berhampiran Washington semalam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon, bahan misteri yang berbentuk serbuk putih itu ditemui di Pusat Sokongan Tentera Laut di Arlington, Virginia. Sehubungan itu, semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan tersebut diarah keluar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Sebelum ini, pihak berkuasa AS menerima dua pucuk surat berisi sejenis bahan kimia beracun yang dikenali sebagai 'ricin' yang ditujukan kepada Presiden Barack Obama dan Senator AS. - AFP






.

Pelakon popular ini ditahan polis


Aktres Hollywood, Reese Witherspoon ditahan polis Georgia atas kesalahan berkelakuan tidak sopan terhadap polis. Menurut laporan penahanan, polis Georgia bertindak menahan kereta yang dipandu suami pelakon itu, James Toth, kerana tidak berada dalam laluan yang betul, pagi Jumaat lalu.


Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, "Anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita." Menurut laporan itu lagi, ketika di tahan, Toth berada dalam keadaan tidak terurus dengan mata berair dan kuyu serta dipercayai mabuk. - AGENSI

Manchester United juara buat kali ke 20 (Gambar)


Manchester United menjulang semula mahkota Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20 selepas menewaskan Aston Villa 3-0 hasil jaringan hatrik Robin van Persie awal pagi ini.


Skuad bimbingan Alex Ferguson hanya memerlukan tiga mata untuk bergelar juara selepas pesaing terdekatnya Manchester City tumbang 1-3 kepada Tottenham Hotspur, Sabtu lalu, sekali gus menutup peluang penyandang juara itu untuk mempertahankan gelarannya. - AP






 P/S - Tahniah Menyu



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!