Wednesday, April 24, 2013

Bahaya kerjaya, status glamor dan terkenal


Kerjaya glamor atau menjadi terkenal di mata masyarakat boleh menjadi punca yang memendekkan hayat seseorang, lapor satu analisis obituari akhbar. Kajian mendapati, penghibur dan bintang sukan cenderung untuk mati lebih awal berbanding orang lain yang berjaya dalam bidang karier berbeza, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC). Walaupun penyelidik berkata kajian terbabit tidak memberikan sebarang jawapan muktamad, tetapi ia bertanyakan mengenai soalan menarik mengenai harga kemasyhuran.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam QJM: An International Journal of Medicine, pakar di Australia melihat 1,000 ruangan obituari dalam akhbar New York Times antara 2009 dan 2011. Mati pada usia lebih muda Kajian berkenaan menunjukkan pelakon, penyanyi, ahli muzik dan mereka yang membina kerjaya dalam bidang sukan dikatakan mati pada usia secara purata 77 tahun. Penulis, komposer dan artis pula dikatakan mati ketika berusia 79 tahun manakala ahli akademik termasuk ahli sejarah dan ekonomi hidup sehingga 82 tahun. AGENSI






.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2013/2014



Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.

2. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my 

3. SMS dengan menaip MOE<jarak>MATNO.K.P dan hantar kepada 15888 

Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.





.

Wanita Terkaya Mati Pada Usia 100


Wanita terkaya Brazil, Dirce Navarro de Camargo meninggal dunia pada usia 100 tahun, lapor akhbar tempatan pada Ahad. Akhbar harian The Folha berkata, mendiang yang juga balu kepada pengasas konglomerat swasta Camargo Correa, mati di rumahnya kelmarin. Menurut majalah Forbes, beliau adalah orang keempat terkaya di Brazil dan wanita terkaya di negara itu dengan nilai pendapatan berjumlah AS$11.5 bilion. -AP






.

Kenapa 2 lelaki ini digelar pencuri paling bodoh?



Dua orang rakan dari London Selatan digelar pencuri paling bodoh kerana berjaya mencuri lebih 35 buah kereta bernilai 500,000 pound (RM2.33 juta), namun meninggalkan bukti perbuatan jenayah mereka itu dalam telefon bimbit mereka. Sam Holmes, 22, dan David Leadbeater, 23, dari Eltham, selatan London dilaporkan mencuri kereta-kereta tersebut termasuk jenis BMW dan Audi di Kent dan Surrey dalam tempoh 40 hari.

Walaupun menukar nombor plat kenderaan terbabit untuk mengelak dikesan, kedua-dua pencuri itu mengambil gambar kereta-kereta berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka. Holmes dan Leadbeater turut mengambil gambar duduk dalam sebuah daripada kereta tersebut. Polis berkata, kedua-dua lelaki tersebut mungkin menganggap diri mereka pencuri hebat, namun mereka meninggalkan banyak bukti.


''Leadbeater ditahan oleh polis ketika memandu sebuah kereta Mini Cooper yang dicuri di Southend, Essex pada Julai lalu. ''Selepas polis memeriksa telefon bimbitnya, mereka menemui sejumlah gambar dia dengan kereta-kereta yang dicuri,'' katanya. Polis berkata, Holmes ditahan selepas polis menemui gambarnya dalam sebuah kereta Mini Cooper yang dicuri, di telefon bimbitnya. ''Kebanyakan kereta yang mereka curi berjaya ditemui semula selepas penangkapan mereka,'' katanya. - AGENSI






.

Apa dah jadi dengan Giuliana Rancic??


Dia sentiasa menjadi seorang yang kurus. Tetapi Guiliana Rancic nampaknya telah kehilangan berat badan yang lebih banyak kini. Bintang TV itu mengejutkan ramai orang pada acara E! 2013, acara pendahuluan yang diadakan di Pusat Manhattan di New York baru-baru ini. Giuliana, 38, memilih pakaian hitam Slinky yang sangat jelas memperlihatkan tubuhnya yang sangat kurus.


Dan apabila dia berpaling ke sisi untuk pandangan kamera berbeza, pinggangnya kelihatan sangat nipis. Sudah pasti ini bukan kali pertama Giuliana dilihat kurus namun kali ini keadaannya menyebabkan kebimbangan dan tanda tanya, samada dia sakit atau menghadapi masalah.

Gambar dahulu - bergaun putih

Giuliana juga terpaksa menolak tuduhan bahawa kesukarannya hamil adalah disebabkan oleh tubuhnya yang kurus. -DM





.

Cristiano Ronaldo dihadiahkan Al-Quran


Anda mungkin sudah mendengar khabar bahawa Cristiano Ronaldo mendapat hadiah Al-quran setelah menjadi duta perusahaan operator selular Arab Saudi, Mobily, tidak lama dulu. Tapi, tahukah anda, bahawa Al-quran itu ternyata sudah diterjemahkan dalam bahasa Portugal? Begitu laporan yang dipetik dari akhbar Al-Riyadh. Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah kerana menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal di dunia itu akan membintangi beberapa iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi penggambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Sebagai balasan, selain mendapat hadiah istimewa kitab suci Al-quran, kapten pasukan Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar US. Spekulasi tersebar, bahawa Mobily memilih Ronaldo kerana sikapnya yang terkenal sebagai dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestine. Meskipun begitu, hanya mantan pemain Manchester United itu yang tahu mengapa dia terpilih menjadi duta perusahaan operator selular di negara tempat lahirnya agama Islam itu.-AP





.

Apa kata Amy Search mengenai hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dan Nas-T


Vokalis kumpulan Search iaitu Amy memberitahu hanya mengetahui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan pelakon Nas-T menerusi laporan akhbar. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun berkata, beliau tidak kisah dengan pilihan anaknya itu dan berharap mereka berdua dapat mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. "Dia belum memberitahu saya apa-apa mengenainya cuma saya ada terbaca di akhbar. Nabila sudah besar dan mampu buat keputusan sendiri jadi pada saya tiada masalah dengan siapa dia ingin bercinta," jelasnya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa di sini, Selasa.

Pada majlis berkenaan, kumpulan Search menerima hadiah tajaan Habib Jewels dan Jamu Mak Dara selepas menerima Anugerah Sepanjang Hayat pada malam ABPBH 2012 yang diadakan pada 7 April lalu. Dalam pada itu, Amy berkata, beliau sebelum ini tidak mengenali Nas-T sebagai seorang selebriti dan hanya mengetahuinya selepas berita percintaan anaknya itu disiarkan di akhbar. Malah kata Amy, Nabila belum menyampaikan hasrat untuk membawa Nas-T menemuinya. "Masih awal.


Biarlah mereka kenal hati budi masing-masing terlebih dahulu," katanya. Sementara itu, Amy berkata, dia sangat gembira apabila Nabila dipilih sebagai Pelakon Drama Wanita Popular pada ABPBH 2012 lalu. Katanya, ia menjadi lebih manis apabila kumpulan Search turut diberikan penghargaan pada malam itu. "Saya berada di Turki pada malam itu dan apabila diberitahu mengenai kemenangan anak Nabila, saya cukup gembira. "Saya harap dia dapat buktikan lagi kebolehannya sebagai pelakon dan sentiasa buat yang terbaik dalam kerjayanya," kata Amy. -Mstar






.

Keputusan terkini Bayern Munich VS Barcelona 24 April 2013 - Champions League Semi-Final


Bayern Munich berada di ambang final Champions League ketiga mereka dalam empat tahun setelah mengalahkan Barcelona dengan skor 4-0 pada pertandingan pertama semifinal awal pagi tadi. Ini merupakan kekalahan terburuk bagi raksasa Sepanyol itu sejak 1997 yang menyaksikan mereka kalah 0-4 dari Dynamo Kiev.


Bintang Jerman Thomas Mueller menjadi pemusnah impian Barcelona dengan 2 golnya, disamping penyerang Mario Gomez dan Arjen Robben melengkapkan 4 gol yang memberi Bayern kelebihan besar untuk pertandingan kedua di Nou Camp pada 1 Mei. -BBC






.


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!