Thursday, May 2, 2013

Terkini : Kereta Perdana Menteri kemalangan


Kereta Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, kemalangan di pintu masuk tol Yoyogi, daerah Shibuya Tokyo. Abe selamat tetapi bahagian muka dua anggota polis pengawalnya cedera ringan seperti bekas tertampar. Lima unit kereta, dengan satu unit kereta Abe, dilihat seperti terburu-buru, melanggar kereta pengawal di depannya yang mendadak berhenti. Menurut polis, kemungkinan besar kereta pengawalnya di depan terlupa atau terlambat memasukkan kad ETC (Electronic Toll Collection ) sehingga pintu tol tidak terbuka dan akibatnya kereta Abe merempuh dari belakang. -AP





.

Cerita terkini penyanyi Nurul dan kehamilannya


Penyanyi Nurul Wahab menyifatkan pengalaman hamil anak keduanya ibarat kali pertama walaupun pernah mengandung 15 tahun lalu. Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 36, berkata, dia sangat teruja dengan kandungan yang kini berusia empat bulan itu dan berharap proses kehamilannya itu berjalan dengan baik. "Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," katanya. Nurul dan Eric Daniel Depp, 48 yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, komposer, Ajai. Dalam pada itu, tanpa berselindung, Nurul memberitahu dia mahukan cahaya mata lelaki namun suaminya tidak kisah dengan perkara tersebut.

Malah kata Nurul, anaknya Ayu, cukup teruja dengan berita tersebut dan sangat berharap dia akan melahirkan anak lelaki. "Suami paling teruja dan tidak kisah akan jantina anak itu nanti dan sibuk membuat persiapan anak pertamanya dan Ayu tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya," katanya. Dalam perkembangan sama, Nurul berkata, dua bulan pertama kandungannya dia cepat berasa letih dan tidak mempunyai tenaga untuk menyanyi dan kini keadaannya sudah kembali pulih. Jelas Nurul, dia tidak berhasrat untuk berehat buat masa ini sebaliknya akan kekal aktif dengan pelbagai aktiviti sehingga pertengahan bulan Julai depan sebelum dijangka bersalin pada Oktober.

"Mula-mula memang sentiasa rasa penat tetapi sekarang sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa," katanya. Sementara itu, Nurul berkata, dia akan berangkat ke Perancis bagi menghabiskan kursus bahasa Perancis ketika cuti musim masa di sana tidak lama lagi. Selain itu, dia juga telah merancang untuk menghasilkan single terbaharu selepas bersalin kelak. -Mstar





.

Terkini : Seorang pemilik blog direman pihak polis


Seorang pemilik blog direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menyiarkan artikel dan gambar memfitnah anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya. Suspek yang ditahan pada jam 12.07 tengah malam tadi di pekarangan pusat beli belah di Setia Alam, Klang itu turut ditahan bagi membantu siasatan kes penyebaran satu dokumen rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat, baru-baru ini. Pada satu sidang media tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, turut mengesahkan dua lelaki yang dipercayai menggodam laman web Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara, baru-baru ini, turut ditahan 30 April lalu.-BH





.

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI MAC 2013



 SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI MAC 2013 | Keputusan ujian Malaysian University English Test (Muet) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULTNOMBOR KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013. 

Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 6 Mei. "Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Muet boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan Muet dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu. Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. Calon yang ingin mengambil semula Muet boleh membuat pendaftaran untuk menduduki Muet Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini. - Bernama






.

Gila.. Bernafsu dengan bayi 6 bulan?



Seorang lelaki dari Ohio yang disabitkan atas kesalahan merogol dan membunuh seorang bayi berusia enam bulan semalam menjalani hukuman mati dengan suntikan maut selepas rayuan terakhirnya berkaitan kes itu ditolak. Pihak penjara di Lucasville, di selatan Ohio mengesahkan kematian Steven Smith, 46, pada pukul 10.29 pagi waktu tempatan, sejurus pelaksanaan hukuman itu. Smith dijatuhi hukuman mati pada Mac 1999 kerana pembunuhan kejam ke atas Autumn Carter, anak perempuan kepada teman wanitanya, pada September 1998. Bayi itu meninggal dunia akibat trauma dan lemas akibat kejadian tersebut. - AFP





.

Perkara paling serius yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang bermain menggunakan selaras raifal .22 kaliber yang diberikan kepadanya sebagai hadiah, secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan yang membunuh adik perempuannya yang baru berusia dua tahun, semalam. Mangsa, Caroline Starks disahkan maut sejurus tiba di hospital dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di daerah Cumberland, di Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Koroner daerah Cumberland, Gary White berkata, ketika kejadian itu berlaku, ibu kepada kanak-kanak tersebut sedang mengemas rumah dan berada di anjung. "Menurut wanita itu, tidak sampai tiga minit dia di luar, dia terdengar bunyi letupan lalu berpatah balik dan menemui anak perempuannya itu," kata White kepada portal berita KWYT. Raifal itu diberikan kepada kanak-kanak itu tahun lalu dan disimpan di penjuru sebuah bilik namun ibu bapa berkenaan tidak sedar akan sebutir peluru yang masih berada di dalam senjata tersebut. - AFP





.

Tragis : Sudahlah digilis hancur, diseret pula sejauh 100 meter


Seorang penunggang motosikal maut dengan tubuhnya hancur diseret sebuah treler sejauh 100 meter dalam kemalangan di Simpang Lima di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, M Sharendran, 22, meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tubuh masih tersepit di bawah tayar treler berkenaan. Motosikal bergesel Saksi kejadian, Saiful Mua’zam, 21, berkata, dia nampak motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori ketika memberhentikan motosikalnya di tepi jalan berhampiran Balai Polis Parit Buntar.

“Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan keadaan jalan agak sibuk kerana waktu puncak. “Saya tergamam apabila melihat motosikal mangsa bergesel hingga menyebabkan dia terjatuh di bawah tayar belakang lori. Berikutan digilis di bawah tayar, badannya hancur dan kesan tubuh mangsa diseret serta darah dapat dilihat jelas,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan menerima laporan kemalangan itu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.-BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!