Saturday, May 4, 2013

12 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin dan Julie Kamelia Rhee


Tahniah dan selamat berbahagia buat Jehan dan isterinya, Julie Kamelia Rhee (Julie). Mereka telah pun selamat bernikah jam 2.40 petang tadi, dengan dua kali lafaz. Dalam majlis serba ringkas tetapi meriah yang diadakan di Carsosa Seri Negara, Kuala Lumpur itu, Julie menerima mas kahwin (mahar) sebanyak RM12,000. Selain kehadiran tetamu terdiri daripada saudara mara terdekat pengantin lelaki juga pengantin perempuan (yang datang dari Korea, turut kelihatan beberapa rakan selebriti seperti Rina Omar dan suaminya, Azura Zainal juga Nurul Wahab dan suaminya.







.

Amalan untuk selamat dari seksaan kubur


Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
 2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim] Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

*gambar sekadar hiasan







.

Gempar : Calon Kerusi Parlimen Ditembak Mati



Seorang calon untuk kerusi parlimen dalam pilihan raya umum Pakistan yang akan berlangsung minggu depan telah mati ditembak selepas selesai menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di sini. Turut terkorban ialah anaknya yang berusia tiga tahun. Mangsa, Saddiq Zaman Khattak, seorang ahli perniagaan dan bertanding atas tiket Awami National Party (ANP), sebuah parti yang dikuasai oleh etnik Pashtun adalah calon kerusi parlimen yang pertama menjadi mangsa pembunuhan dalam pilihan raya ini. Pilihan raya umum kali ini yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei mencatat satu sejarah baru kerana inilah buat pertama kalinya juga sebuah kerajaan awam berjaya memenuhi penggal pemerintahan sepenuhnya tanpa ada sebarang rampasan kuasa atau percubaan merampas kuasa dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baru.

Separuh daripada usia Pakistan dicemari oleh rampasan kuasa dan pemerintahan tentera. Karachi, sebuah bandar pelabuhan dengan 18 juta penduduk seringkali dicemari dengan keganasan etnik dan pembunuhan kerana perbezaan fahaman politik. Sebelum ini terdapat dua lagi calon untuk kerusi undangan negeri yang terkorban. Mereka ialah calon dari Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) yang akan bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri Sindh manakala seorang lagi adalah calon Bebas untuk Dewan Undangan Negeri Baluchistan. -AP





.

Gempar : Pelakon pembantu mendedahkan dia terkena sihir selepas baca mentera dalam sebuah filem


Seorang pelakon mendakwa dirinya sudah setahun menderita sakit selepas melakonkan adegan membaca jampi ketika pengambaran sebuah filem. Pelakon pembantu yang dikenali sebagai Farah itu berkata, dia melakukan adegan itu atas arahan produser dan pengarah dan sebagai pelakon pelakon dia perlu membuktikan keberanian berlakon apa jua cabaran diberikan. Bagaimanapun dia tidak menyangka dan terkejut apabila diminta pengarah melakonkan adegan membaca mantera sehingga memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dirinya. “Penggambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah,” katanya.

Sebagai bakat baru, Farah pasrah menempuh dugaan melakonkan adegan terbabit. Namun, dia terpaksa menanggung akibat apabila sering menangis, badan lemah dan menggeletar. Menurutnya, mantera yang dibacanya yang mana menjadi adegan terakhir filem itu merupakan mantera benar yang diambil dari satu negara jiran. Namun dia diminta hanya membaca sebahagian mantera berkenaan sebelum mula merasakan perubahan diri menggeletar seluruh badan sehinggan demam pada keesokan harinya. Disebabkan itu dia terpaksa berehat setahun sebelum kembali aktif berlakon. Katanya, ketika saki dia masih boleh berfikiran waras, cuma badannya masih terasa sangat lemah sehingga kesannya masih ada sehingga ke hari ini.

Perubahan dirinya itu disedari oleh ibunya yang kemudian mendapatkan khidmat paka perubatan tradisional untuk merawatnya. "Seorang ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir akibat perasaan cemburu orang lain. Bacaan mantera juga menjadi punca aya jatuh sakit termasuk lintah yang digunakan dalam adegan itu boleh berkait dengan mantera," katanya yang dirawat oleh tiga ustaz sebelum keadaannya beransur pulih. Farah berkata masih ada orang keliling yang takut untuk mendekatinya kerana merasakan dirinya sesuatu. Tetapi dia tidak pula memberitahu pengarah dan produser kerana sukar menjelaskan apa yang berlaku. Dia juga tidak berputus asa dan akan terus berlakon namun serik untuk melakonkan adegan sama pada masa akan datang dan berharap agar kisahnya menjadi panduan kepada pelakon lain. -MD





.

Prihatin : Rambut gugur dalam seminggu


Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gunong terpaksa hanya menghabiskan masanya di atas katil selepas disahkan menghidap sejenis kanser (Burkitt Lymphoma) dua bulan lalu. Muhammad Shahrul Amin Shaharin, 12, dari Kampung Alor Goncar, di sini, dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, semalam kerana dipercayai mengalami pendarahan dan muntah sejak kelmarin. Neneknya, Besah Sabtu, 50, berkata, ketumbuhan mula dikesan sekitar Februari lepas, apabila cucunya mengadu lehernya kelihatan membengkak sehingga ia makin membesar dari hari ke hari. “Mulanya kami sangka dia (Shahrul) terkena ‘bengkak cantik’, jadi hanya buat rawatan biasa saja. Namun, bila benjol kecil itu seolah ‘hidup’ disebabkan kian membesar, manakala kerap menerima aduan daripadanya mengenai sakit kepala dan hidung turut mengeluarkan darah selama beberapa kali, maka dia menjalani pemeriksaan.

“Namun, ketika itu penyakitnya belum dapat dikesan, hingga suatu hari seorang doktor datang dan memeluk makcik. Dia tanya, makcik tau tak apa dialami cucu sebenarnya. Makcik kata tak tau, kemudian doktor beritahu perkara sebenar membuatkan hidup terasa kelam buat seketika," katanya sebak. Menurutnya, dia terkejut apabila mendengar berita disampaikan kepadanya itu, kerana tidak menyangka cucunya yang ceria selama ini menderita sejenis penyakit kanser. Sementara itu, datuknya, Puteh Din, 56, berkata, sudah beberapa kali cucunya menjalani rawatan seperti kemoterapi, namun keadaannya tidak banyak berubah, malah lebih menyedihkan dalam hanya seminggu, rambut Shahrul gugur semuanya.

Katanya, dia baru sahaja pulang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), tidak menyangka akan dimasukkan ke HSB pula semalam akibat keadaannya lemah, kencing dan hidung berdarah serta lidahnya putih seolah-olah dipenuhi ulser. Menurutnya, kini, anaknya, Nor Suriati Puteh, 35, dan menantunya, Shaharin Saad, 35, kedua-duanya bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) perlu bergilir menjaga Shahrul di hospital. “Pakcik dengan makcik tak dapat nak jaga Shahrul tiap masa sebab kami kena jaga abang pakcik yang merupakan orang kurang upaya (OKU), jadi terpaksa harap mak dengan ayah dia la, tapi bila mereka buat demikian kenalah ambil cuti selalu,” katanya ketika menerima kunjungan dan bantuan kerusi roda daripada calon Bebas Dun Anak Bukit, Abd Samat Che Noh, 50, di kediaman mereka.

Menurutnya, mereka memerlukan kos perbelanjaan rawatan cucunya itu, bagaimanapun tidak mampu berikutan hanya bergantung kepada pendapatan anak dan menantunya, serta sedikit sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan zakat selama ini. Dalam pada itu, Abd Samat berkata, beliau bersimpati keadaan Shahrul tidak lagi berupaya berjalan seperti sedia kala menyebabkannya menyalurkan bantuan kerusi roda bagi memudahkannya. Katanya, beliau akan cuba membantu mengurangkan kesulitan yang dialami keluarga berkenaan mengikut kemampuannya dan mengharapkan mana-mana pihak dapat menyalurkan bantuan bagi meringankan derita yang dialami adik Shahrul itu.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 02109-29-00010131-4 milik Nor Suriati Puteh atau menghubunginya di talian 012-4401253.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!