Saturday, May 18, 2013

Bekas pemain tengah Arsenal ini akan menyertai Manchester City


Bekas pemain tengah Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira dilantik menyertai barisan jurulatih Manchester City. Vieira sebelum ini merupakan eksekutif pembangunan bola sepak di City dan dia akan bertanggungjawab dalam mengetengahkan pemain-pemain muda daripada skuad elit kelab itu.


Bekas bintang bola sepak Itali, Attilio Lombardo yang merupakan jurulatih sebelum ini dan bertanggungjawab melatih pemain-pemain muda dalam skuad simpanan City telah meninggalkan kelab itu berikutan penyingkiran Roberto Mancini. - Agensi






.

Gambar Gunung Berapi di Alaksa Meletus


Gunung berapi di Alaska terus meletus dan mengeluarkan debu tebal serta pancutan lahar sehingga lebih 100 meter ke udara.


Pemerhati Gubung berapi Alaksa berkata, kepulan debu, wap dan gas dari Gunung Pavlof dapat dilihat kira-kira 6,090 meter dari aras laut dan bergerak ke tenggara. Sementara itu, saintis Kajian Geologi Amerika Syarikat pula berkata, muntahan lahar itu adalah lebih 100 meter.


Penduduk yang menetap kira-kira 48 kilometer dari gunung terbabit turut nampak aktiviti di gunung berapi berkenaan. - AP





.

Pereka fesyen antarabangsa jalin hubungan cinta dengan kakak penyanyi Dafi



Pereka fesyen bertaraf antarabangsa, Jovian Mandagie, 27, mengaku bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Sabrina, 26, sejak setahun lalu. Dalam satu portal hiburan menyebut hubungan mereka bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini. "Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Nina mempunyai banyak perancangan perniagaan tetapi kerana ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian, jadi saya membantunya menunjukan jalan bagaimana untuk menguruskan perniagaan. "Saya memberikannya peluang untuk menganjurkan majlis pertunjukan fesyen AviRaya iaitu koleksi fesyen Hari Raya saya tahun lalu dan sejak itu kami kerap bertemu, semakin rapat dan saya telah jatuh hati dengannya," kata Jovian Mandagie berterus terang.

Tambah pereka fesyen kegemaran ramai selebriti tempatan ini lagi, banyak faktor yang menyebabkan dirinya terpesona dengan gadis berkenaan. Selain mampu membuat dirinya sentiasa tersenyum, keperibadian Nina yang sentiasa positif untuk menghargai kehidupan sebenar tanpa hanya memikirkan soal kerja, membuatkan dirinya tertawan. Jovian juga memberitahu hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga. Sudah bertemu dan berkenalan dengan keluarga masing-masing. Malah Jovian berkata, Dafi sering menyokong dengan perhubungan mereka itu. Kalau dia dan Nina bergaduh, Dafi jugalah yang banyak membantu mendamaikan mereka. -murai.com





.

Jangan percaya ambil 'benda' tu boleh kuruskan badan



Sebilangan perokok dalam kalangan wanita berkerjaya mempercayai 'mitos' bahawa merokok boleh menguruskan badan, menurut Timbalan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Dr Mymoon Alias. Pemerhatian juga mendapati golongan wanita yang bekerja lebih ramai merokok atas faktor gaya hidup untuk memiliki ketrampilan diri yang baik bagi menarik perhatian umum, katanya. Dr Mymoon berkata meskipun kerajaan melakukan kempen anti merokok 'Tak Nak' dan mempromosikan kesan merokok terhadap wanita secara meluas namun mereka masih kurang sedar akan bahaya merokok. "Merokok memberi kesan kepada kecantikan wanita, ketrampilan muka iaitu kulit jadi tidak cantik dan bibir jadi hitam. Tetapi mungkin mereka ini tidak tahu atau mungkin buat tidak kisah. Saya tidak nafikan dalam rokok ada nikotin yang boleh buat mereka ketagih, itu masalah," katanya kepada Bernama selepas sidang media sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2013 dan Persidangan Kawalan Tembakau ke-5.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan perokok wanita agar mengambil berat terhadap kesan negatif merokok kepada diri mereka dengan membentuk disiplin diri yang tinggi untuk meninggalkan tabiat itu demi kelangsungan kesihatan yang baik. Dr Mymoon berkata golongan perokok pasif ketiga juga turut berisiko mendapat penyakit kanser, jantung dan angin ahmar seperti perokok aktif kerana asap rokok yang mempunyai racun akan melekat di persekitaran dan memberi kesan kepada mereka. "Dalam rokok ada kira-kira tujuh ribu racun dan dalam asap pun ada racun yang boleh melekat di mana-mana. Misalnya dalam rumah kalau suami menghisap rokok, asap itu akan melekat di sofa dan apabila isteri ataupun anak-anak duduk dan terbau asap, mereka juga boleh terkena racun itu," katanya.

Sementara itu, Bendahari MCTC Muhammad Sha'ani Abdullah meminta kerajaan mempercepatkan proses membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau di Parlimen. Muhammad Sha'ani berkata akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat masih tidak berkesan untuk mengawal hasil tembakau dan mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. "Sekiranya kerajaan tidak berbuat apa-apa kami akan gubal rang undang-undang kawalan tembakau sendiri dan seterusnya akan mencari mahupun akan mempelawa mana-mana anggota Parlimen yang sudi membantu kami bentangkan di Parlimen yang dipanggil kaedah 'private members bill' (rang undang-undang anggota persendirian)," katanya. - Bernama





.

Apa kata tunang Pelakon Shahz Jaszle mengenai kes di tangkap khalwat?



Bakal isteri kepada pelakon Shahz Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis. Malah, gadis yang mesra dipanggil Wani itu mengakui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut. "Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. "Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shahz ada di rumah.

"Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar," katanya. Wani memberitahu walaupun mendapat pelbagai reaksi dan kritikan dari peminat-peminat tunangnya itu, dia masih boleh bertenang menerima berita tersebut dan masih sabar untuk menunggu penjelasan Shahz. Dia mahu memberi peluang kepada kepada pelakon itu untuk beri penjelasan sebelum dia membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan mereka. Menurut Wani, Shahz kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan segalanya nanti. Wani baru saja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan kini bertugas sebagai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang sejak Oktober lalu. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun 2012. -MD







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!