Friday, May 24, 2013

Awas.. Air manis akan tingkatkan risiko batu karang



Satu penyelidikan mendapati, tabiat suka minum setin air karbonat dan minuman manis dalam sehari, boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang sebanyak hampir suku peratus. Kajian terbaharu pakar perubatan Hospital Wanita dan Brigham di Boston, Amerika Syarikat (AS), Dr. Gary Curhan itu mendapati, hubungan antara jenis cecair dan batu karang mungkin bergantung kepada jenis minuman yang diambil. “Kami mendapati pengambilan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

“Individu yang minum air karbonat dan minuman manis sebanyak setin atau lebih dalam sehari, berdepan risiko sebanyak 23 peratus untuk membentuk batu karang dalam buah pinggang mereka," jelasnya. Kira-kira tiga daripada 20 lelaki Britain dan seorang daripada 20 wanita mempunyai tanda-tanda batu karang pada peringkat tertentu dalam usia mereka dan mereka dinasihati minum air masak bagi mencegah pembentukan penyakit batu karang.

Malah kajian Curhan yang dijalankan terhadap 194,095 pesakit dalam tempoh lapan tahun mendapati, sesetengah jenis minuman boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Sebagai contoh katanya, air kopi, teh dan jus oren boleh mengurangkan tahap pembentukan batu karang. - AGENSI






.

Lihat lebih muda dengan solek


Kita semua ingin nampak 'terbaik' biasanya kita maksudkan muda. Terdapat banyak cara untuk membantu melambatkan proses penuaan. Sebagai contoh makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, menggunakan pelindung matahari untuk membantu blok sinaran UV yang berbahaya, dan minum air yang banyak. Ada juga cara-cara yang boleh anda kelihatan muda dengan produk kecantikan.

LEMBAPKAN KULIT
Ini adalah perkara yang amat jelas, kerana semua langkah-langkah lain tidak bernilai jika anda tidak melakukan satu sama lain. Sapukan pelembap sebelum anda mula bersolek.

PILIH CONCEALER YANG SESUAI
Cari yang teksturnya 'creamy' dan lembut. Hindari produk yang terasa berminyak, kering atau padat, atau terasa sedikit berkapur. Concealer dijual dalam bentuk pot, stik dan tube.

PEMERAH PIPI
Selepas bertahun-tahun tersenyum ke cermin untuk mengasingkan pipi anda, anda kini boleh rehat. Wanita akan kehilangan lemak di wajah mereka apabila mereka berusia. Ambilkan kesempatan daripadanya! Sapukan pemerah pipi anda di sepanjang mata daripada tulang pipi anda.

BULU MATA
Gunalah pelentik bulu mata anda. Jika anda lebih daripada 35, anda perlu alat pelentik anda. Bulu mata akan meleperkan semakin anda berusia, dan anda perlu pemastikan segala-galanya mengikut graviti. Malah jika anda tidak memakai maskara, alat pelentik membuat mata anda kelihatan lebih besar dan lebih cerah.





.

Inilah selebriti tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi


Jika baru-baru ini kami senaraikan para selebriti antarabangsa yang memiliki kelulusan tinggi dalam bidang akademik, dan kini kami ingin senaraikan pula artis-artis tempatan yang bukan sahaja mempunyai bakat lakonan malah cemerlang dalam akademik.

Antaranya termasuk:


Najwa Muhyiddin 

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu "Got to Go" ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani 

Pelakon "Istanbul, Aku Datang" ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.


Yuna 

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti 'pemuzik jalanan', Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).


Daphne Iking 

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.


Ahmad Idham 

Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah "Remp-It" yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.


Sudirman Hj Arshad 

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.


Datuk Aznil Hj Nawawi 

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.


Fazley Yaakob 

Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand. Jason Lo Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.


Kaer Azami 

Selepas bekas peserta "Akademi Fantasi Musim 2" ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.


Aishah 

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.


Azhar Sulaiman 

Pelakon "Keluarga Iskandar" ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.


Dan ada ramai lagi selebriti yang juga memiliki pendidikan tinggi. Syabas buat mereka






.

Pesawat terpaksa mendarat setelah juruterbang terkunci dari luar


Pesawat Air India terpaksa mendarat setelah juruterbangnya terkunci di luar kokpit atau ruang kemudi pesawat sekembalinya dari tandas kerana pintu kokpit terkunci. Pesawat dengan penerbangan AI 403 itu sepatutnya terbang dari Delhi ke Bangalore namun kemudian dialihkan dan mendarat di lapangan terbang Bhopal. "Pembantu juruterbang kemudian meminta izin untuk mengalihkan penerbangan ke Bhopal dan mendarat pada pukul 17.55." Pintu kokpit akhirnya dibetulkan dan perjalanan diteruskan selepas tiga jam kemudian. Air India ketika sedang menggadakan siasatan atas kes yang berbeza, iaitu matinya sistem juruterbang autopilot Airbus 321 yang terbang dari Bangkok ke Delhi pada 12 April lalu.

Menurut The Mumbai Mirror, kejadian itu terjadi ketika dua orang juruterbang berehat selama 40 minit di luar kokpit. Sebagai gantinya, maka dua pramugari diminta duduk di kerusi di kokpit sementara pesawat terbang dengan kendalian autopilot. Salah seorang dari pramugari secara tidak sengaja mematikan tombol juruterbang autopilot sehingga juruterbang segera mengakhiri rehatnya untuk kembali ke kerusinya namun pintu terkunci.

Air India menyangkal laporan itu namun mengaku pramugari memang berada terlalu lama di kokpit dan tombol autopilot untuk sementara tidak boleh berfungsi 'kerana gangguan.' Penerbangan Air India dalam beberapa tahun ini mengalami masalah kewangan. Selain itu, Air India juga dilarang terbang di beberapa negara sejak awal tahun kerana berbagai insiden termasuk bocornya bahan bakar, retaknya jendela kokpit, masalah rem, dan elektrik. -The Mirror






.

Gambar terkini pelakon Brad Pitt


Pelakon terkenal ini adalah tunang kepada Angelina Jolie yang secara terbuka mendedahkan telah membuat mastektomi (pembedahan buang payudara) untuk mencegah barah payudara. Dia secara tegas menyatakan sokongannya buat pelakon cantik itu. Namun disamping menghadapi dugaan besar pasangan itu, Brad Pitt dilihat tetap menjalankan kerja lakonannya seperti biasa. Baru-baru ini, pelakon yang berusia 49 tahun itu dilihat menghadiri mesyuarat di sebuah studio Hollywood.


Apa yang mengejutkan peminat, Brad Pitt yang terkenal dengan rupa parasnya yang segak dan gemar bergaya itu dilihat agak berisi dan selekeh. Menurut beberapa komen dari sebuah akhbar, Brad Pitt dilihat agak tua berbanding usianya. Dan ada juga komen yang berkata, Brad Pitt sudah semakin berisi dan ianya dapat dilihat dari wajahnya.-MO






.

Bila budak perempuan berusia 4 tahun ketagih..........


Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik. Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil. Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya. Menurut beliau, kanak-kanak di tenggara England yang tidak didedahkan identitinya itu, ketagih permainan tersebut sejak berumur tiga tahun.

Sehubungan itu, Dr. Graham menyarankan ibu bapa kanak-kanak itu supaya segera merawat anak mereka, kerana seandainya menunggu sehingga dia berusia 11 tahun, masalah itu akan menjadi teruk dan kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. "Ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak-anak bermain iPad kerana mereka mudah tertarik dengan permainan video dalam gajet itu. "Apabila kanak-kanak tadi sudah ketagih, mereka akan memberontak dan sikap mereka sukar dikawal sekiranya tidak diberi bermain gajet itu," katanya. Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 36 jam untuk bermain gajet elektronik dan membuka sehingga 20 akaun Facebook.

Satu tinjauan terkini mendedahkan, lebih daripada separuh ibu bapa di England membiarkan anak kecil mereka menggunakan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar, sementara satu daripada tujuh ibu bapa membenarkan mereka menggunakan peralatan tersebut selama empat jam sehari. Sebanyak 50 peratus ibu bapa mengakui, membelikan anak-anak mereka peralatan digital, manakala sebanyak 81 peratus ibu bapa percaya anak mereka akan leka apabila bermain dengan permainan tersebut dan memudahkan mereka melakukan kerja-kerja lain. Klinik Dr. Graham mengenakan bayaran sebanyak 16,000 pound (RM74,000) untuk rawatan 'program menyahtoksik peralatan digital' bagi menjauhkan kanak-kanak dengan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!