Sunday, June 2, 2013

Nenek rompong Ini Menjelma Jadi Perempuan Cantik


Jacqui Evans, 48, menyebut dia adalah seorang nenek rompong yang gemuk dan hodoh. Tapi kini dia boleh berbahagia, kerana telah menjelma menjadi wanita yang ramping, cantik, dan dengan gigi yang cantik. Make over yang dilakukan terhadap ibu empat anak dan sudah berkahwin selama 30 tahun itu memang bukan make over biasa. Sebaliknya tergolong ekstrem, kerana pembedahan telah dilakukan terhadap wajah dan tubuh Jacqui. Setelah berkahwin dan melahirkan empat anak, Jacqui dikategorikan mengalami kelebihan berat badan.

Tak hanya itu, beberapa giginya pun buruk dan akhirnnya tanggal, kulitnya kasar dan berbintik-bintik. Rambutnya tipis dan gugur dari kepalanya – meskipun sudah dipotong dan diubati selama 10 tahun. Selama tiga tahun terakhir, Jacqui yang berasal dari Wales menjalani hari-hari dengan penampilan yang menurutnya 'gemuk dan hodoh' itu, dia bahkan sampai takut untuk melihat cermin atau diambil foto jika ada acara-acara dengan keluarga dan teman-temannya. Namun demikian si suami, David tetap setiap mendampinginya.






.

Ingin menjadi cantik tapi dengan cara yang salah


Keghairahan seorang wanita untuk memiliki punggung yang lebih montok melalui suntikan silikon, akhirnya membawa padah apabila dia kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangannya. Apryl Michelle Brown, pemilik kedai salon kehilangan kaki dan tangannya kerana suntikan yang dilakukan tidak menggunakan silikon biasa, tetapi silikon penebat yang digunakan pada bangunan. Ketika bercakap dalam wawancara 'This Morning', menerusi rangkaian satelit baru-baru ini, Michelle dari Los Angeles berkata, dia mengimpikan bentuk punggung yang menawan sejak kecil lagi. Wanita berusia 46 tahun itu menjelaskan bahawa impiannya itu menjadi cerah selepas seorang wanita yang datang ke salonnya pada 2004 memaklumkan tentang tempat untuk mendapatkan suntikan silikon yang boleh menjadikan punggungnya cantik. "Impian saya memiliki punggung yang seksi menjadi kenyataan selepas menjalani prosedur suntikan itu sebanyak dua kali, namun tidak menyangka ia merupakan permulaan tragedi buat saya.

"Setahun kemudian, silikon yang dimasukkan ke dalam punggung saya mengeras menyebabkan saya berasa sakit dan gatal," katanya. Michelle berkata, dia menanggung sakit selama lima tahun sebelum bertemu doktor pada 2011 untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dia kemudiannya dimaklumkan bahawa bahan silikon yang disuntik itu telah mengeras dan tidak boleh dikeluarkan dan hanya mempunyai masa 24 jam untuk hidup. Lebih malang lagi, silikon penebat itu mengakibatkan kerosakan tisu badan dan sebahagian tisu punggung Michelle terpaksa dibuang. Ketika di dalam proses pemulihan di kawasan tisu yang dibuang itu dia mengalami masalah jangkitan Staph, menyebabkan Michelle jatuh koma.


Disebabkan tiada pilihan, doktor terpaksa melakukan 27 pembedahan bagi membuang tisu punggung termasuk di bahagian tangan dan kaki Michelle yang mereput akibat jangkitan. "Apabila saya sedar daripada pembedahan tersebut, saya tidak merasa sakit lagi dan mengetahui saya telah kehilangan kedua-dua tangan dan kaki. "Saya berharap pengalaman saya ini memberi pengajaran kepada wanita lain supaya belajar bersyukur dan tidak mengubah kejadian Tuhan," jelasnya. Baru-baru ini, Michelle yang menggunakan kaki palsu, menjalankan kerja-kerja amal dengan mengadakan aktiviti berjalan sejauh 4.82 kilometer, mengayuh basikal sejauh 16 kilometer dan berenang sejauh 150 meter. - AGENSI






.

Akibat menghina agama islam


Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina agama Islam. Mahkamah Misdemeanour di bandar Assiut, selatan Mesir, mendapati tertuduh, Romani Saad bersalah kerana menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam. Saad turut diarahkan membayar ikat jamin sebanyak 500 pound Mesir (RM220) sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut. - DPA





.

Seniwati terkenal kini berada di ICU


Seniwati Latifah Omar dilaporkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser. Pelakon veteran berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan tahap kesihatan Latifah akan dipantau dari semasa ke semasa.

“Benar, seniwati tersebut telah dimasukkan ke ICU setelah mengadu sakit akibat penyakit ulser," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Latifah memulakan karier seninya dalam bidang lakonan sejak berusia 16 tahun dan turut berlakon di samping Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau sudah berlakon lebih daripada 20 buah filem antaranya Raden Mas, Serangan Orang Minyak, Hang Jebat dan Lanchang Kuning. Pada 1953, Latifah juga dinobatkan sebagai ratu cantik Singapura. - Utusan





.

Gambar di sekitar separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Pahang



Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.


Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir. Perlawanan malam tadi, berkesudahan Pahang menang 2-1. Namun, Johor Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama di tempat sendiri di Johor Bahru sebelum ini.


Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu. - Utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!