Sunday, June 16, 2013

Shila Amzah buat kontroversi lagi?


Selepas kontroversi foto baju senaman yang menampakkan bahagian dada, penyanyi Shila Amzah sekali lagi dikritik apabila memuat naik ungkapan berbaur mencarut di laman foto sosial Instagram semalam. "If someone hate you for no reason, give that motherf**ker a reason," begitulah ungkapan yang dimuat naik olehnya. Tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh penyanyi yang sedang menempa nama di Tanah Besar China ini nyata mengundang rasa kecewa dan kesal di kalangan peminatnya, begitu juga ada segelintir yang menyokong.

Rata-rata peminat merasakan tindakan pelantun "Patah Seribu" memuat naik ungkapan tersebut yang dipercayai diambil dari internet itu tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung. "Tak sesuai ayat tu..tolonglah ubah..makin lama makin teruk pula ayat Shila..Saya peminat setia Shila...kecewa dengan Shila, tolonglah jadi matang. "Jangan disebabkan mereka, kita jadi macam mereka. Jangan dikenangkan masa lampau, pandang depan dan terus maju," antara komen yang ditulis oleh peminat-peminat Shila Amzah.





.

Kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit?


Kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit? | Jika sekali pandang, anda akan terkejut melihat sebuah kapal pelayaran mewah terkandas di atas sebuah bukit. Namun sebenarnya, kapal mewah itu diletakkan di atas sebuah bukit di Jeongdongjin, Korea Selatan untuk dijadikan sebuah hotel unik. Hotel berkenaan terletak dalam pusat peranginan Sun Cruise yang menawarkan pemandangan indah tepi laut, sekali gus sesuai kepada pengunjung yang mempunyai masalah mabuk laut dan tidak boleh menaiki kapal. Sun Cruise merupakan satu daripada tempat pelancongan popular di Korea Selatan untuk melihat pemandangan matahari terbit dari Laut Jepun, terutamanya pada Hari Tahun Baru.

Ruangan khas di atas kapal tersebut juga membolehkan pengunjung melihat pemandangan panorama horizon. Apa yang paling menarik, pengunjung hanya dikenakan bayaran 80,000 won (RM220) semalam, harga yang lebih murah berbanding menaiki kapal mewah. Hotel kapal berkenaan menawarkan 211 kabin yang mempunyai pelbagai jenis bilik dan apartmen khas. Kapal seberat 30,000 tan itu juga dilengkapi dengan enam restoran, sebuah gim, beberapa kolam renang yang dipenuhi air laut dan sebuah pusat latihan golf yang menghadap ke arah laut. - AGENSI





.

Potret Ratu Elizabeth II dirosakkan, seorang lelaki didakwa



Potret Ratu Elizabeth II dirosakkan seorang lelaki didakwa | Polis berkata, seorang lelaki didakwa kerana menyembur cat pada potret Ratu Elizabeth yang digantung di Westminster Abbey. Tim Haries mendengar sebutan kesnya di mahkamah London pada Jumaat atas dakwaan jenayah kerosakan bernilai lebih 5,000 pound (RM24,339.59). Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Abbey pada Khamis selepas potret berkenaan yang dilukis oleh pelukis Ralph Heimans, telah disembur dengan cat. - AP

Terkini : Kim Kardashian selamat melahirkan anak perempuan



Terkini : Kim Kardashian selamat melahirkan anak perempuan | Kim Kardashian melahirkan anak pertamanya pada hari Sabtu - satu bulan lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Mail Online secara eksklusif mendedahkan bahawa artis berusia 32 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di Beverly Hills pada hari Jumaat. Bintang realiti itu dibawa ke Cedars-Sinai Medical Center - hospital pilihan di kalangan ramai selebriti termasuk Britney Spears, Victoria Beckham dan Jessica Simpson. Kemudian pada pukul 01:30 pada hari Sabtu - dia melahirkan bayi perempuannya. Kekasihnya, Kanye West, dan ibunya Kris Jenner dilaporkan berada bersamanya. Dia dikatakan mula mendapat tanda-tanda akan melahirkan pada hari jumaat.

Kim telah merancang untuk melahirkan secara pembedahan selepas mengalami jangkitan dan memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan pergi ke hospital beberapa minggu awal, menurut X17Online. Tarikh jangkaan bersalinnya adalah 11 Julai - hari yang sama dengan Kate Middleton. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat, dan akibat dilahirkan awal, bayi itu kini diletakkan di dalam inkubator. Tiada maklumat lanjut telah dikeluarkan dan pasangan itu. Pasangan itu mengumumkan kehamilan pada bulan Disember. -MO





.

Harga dan spesifikasi Proton Saga SV 2013


Harga dan spesifikasi Proton Saga SV 2013 | Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan kereta rakyat baharu, Saga SV 1.3L dengan penurunan harga sebanyak 12 peratus berbanding model sebelum ini tanpa mengurangkan sebarang spesifikasi malah lebih baik. Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat. Kereta berkenaan dilengkapi kerangka lebih kukuh dengan pengiktirafan tiga bintang daripada ASEAN NCAP, stereng elektrik, empat tingkap elektrik, dua beg udara, cermin sisi dengan lampu LED, tali pinggang keledar dengan sistem pratekanan, ciri-ciri keselamatan kanak-kanak dan kunci immobiliser.


Pengguna boleh memiliki kereta rakyat itu dengan ansuran bulanan serendah RM250 dengan sasaran penghantaran sebelum musim perayaan jika membuat tempahan awal bermula hari ini. Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualiti. "Kami tidak mengurangkan spesifikasi Saga untuk mengurangkan harganya, tetapi kami menggunakan pendekatan sendiri untuk merealisasikan penawaran harga rendah bagi memenuhi hasrat kerajaan. "Proton menyasarkan menjual sebanyak 2,000 buah Saga SV sebulan dalam usaha mencapai sasaran menjual kira-kira 80,000 buah model Saga tahun ini sekali gus mencapai penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus untuk segmen B," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta berkenaan di sini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim. Saga SV didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, perang, hitam, perak, merah dan biru dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer perbatuan manakala servis pertama bagi model tersebut kurang daripada RM100. Mengulas cadangan menyelaraskan harga kereta untuk pasaran Sabah dan Sarawak, beliau berkata, perkara itu sedang dikaji namun seperti yang diketahui umum kos logistik merupakan faktor utama perbezaan harga tersebut. "Tetapi kami akan mengusahakannya sama ada menyerap kos berkenaan atau menerusi cara lain," katanya.


Dalam pada itu, Mohd. Khamil berkata, pengurangan harga tersebut tidak akan menjejaskan prestasi kewangan Proton malah akan menambah perolehan syarikat berkenaan melalui pertambahan jualan serta keuntungan. Sementara itu, ditanya sama ada penurunan harga itu hasil usaha Proton sendiri atau kerajaan, Lukman berkata, perkara tersebut adalah usaha bersama antara kedua-dua pihak. "Proton menyokong hasrat kerajaan menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dan Saga SV adalah hasil yang berjaya dilaksana Proton," katanya. Beliau menambah, pendekatan dan strategi yang digunakan sehingga mampu mengurangkan harga Saga itu akan diguna pakai kepada model lain selepas ini. -utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!