Sunday, June 30, 2013

Sebab jenama fesyen penyanyi ditarik semula


Sebab jenama fesyen penyanyi ditarik semula | SEBUAH syarikat fesyen terkenal terpaksa menarik balik jenama baju yang dibuat khas ke atas penyanyi jelita, Taylor Swift. Menurut sumber, jenama baju yang diberi nama 'More boyfriends than t.s' dikatakan mempunyai persamaan kisah cinta pelantun lagu 'I Knew You Were Trouble' itu. "Mereka tampil meminta maaf dan menarik balik jenama itu bagi menghormati Taylor Swift agar tidak tersinggung dengan apa yang berlaku," kata sumber tersebut. Sementara itu, Swift seolah-olah menganggap tiada apa yang berlaku. -AP





.

Bayi malang ini dilahirkan dengan kecacatan yang sangat aneh


Bayi malang ini dilahirkan dengan kecacatan yang sangat aneh | Meski pun dilahirkan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan semasa dalam kandungan, seorang bayi di sini ternyata tidak sempurna seperti yang disangka oleh kedua ibu bapanya. Anak ke-11 pasangan suami isteri, Rimawi, 40, dan Sanidah, 44, dilahirkan tanpa lubang dubur sehingga menyebabkan bayi malang itu terpaksa membuang najis mengikut mulut. Lebih malang lagi, Rimawi berkata, penderitaan yang ditanggung oleh anaknya itu kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib bagi merawat bayi tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, bayi kami mengeluarkan najis melalui mulutnya dan saya membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Sedih hati saya apabila dimaklumkan bayi kami tidak mempunyai lubang dubur," katanya kepada beritajatim.com. Sementara bayinya dirawat di Hospital Sampang, Rimawi mengaku dia kecewa dengan pihak hospital yang tidak boleh melakukan pembedahan terhadap anaknya kerana kekurangan alat dan tenaga pekerja.

Hal itu menyebabkan kes anaknya dirujuk ke Hospital Surabaya bagi tindakan lanjut. "Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu kos pembedahan anak saya," katanya. Doktor di Hospital Sampang, Diana berkata, keadaan fizikal bayi seberat 2.07 kilogram ketika dilahirkan adalah baik, namun lubang duburnya tertutup akibat lebihan kulit. "Bentuk punggung bayi itu ada, tetapi lubang duburnya tertutup dengan kulit dan perlu dibedah," katanya. - AGENSI





.

Lelaki itu mati akibat terkejut


Lelaki itu mati akibat terkejut | Seorang lelaki di Sri Langka mati akibat diserang penyakit jantung kerana terkejut dengan kadar caj elektrik rumahnya, lapor media hari ini. Mangsa, S. P. Samaradasa, 61, mengemukakan bantahan di ibu pejabat Lembaga Elektrik Ceylon, semalam ekoran peningkatan mendadak ke atas caj bil elektrik yang dikenakan ke atasnya, menurut akhbar Ceylon Today. Namun, mangsa dimaklumkan peningkatan bil elektrik itu disebabkan kenaikan tarif besar-besaran bulan lalu, sekali gus menyebabkannya terkejut dan diserang penyakit jantung sebelum rebah di tempat kejadian.

Akhbar itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah bil elektrik yang dikenakan kepada lelaki itu, tetapi menyatakan berlaku peningkatan tarif elektrik sebanyak 50 peratus di negara ini. “Samaradasa yang duduk di kerusi selepas dimaklumkan tentang kenaikan itu tiba-tiba rebah disebabkan serangan jantung. “Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," lapor Ceylon Today. Sri Lanka merupakan antara negara di Asia yang mengenakan caj tinggi bagi kemudahan elektrik iaitu lebih 47 rupee (RM1.14) untuk satu kilowatt perjam. - AFP





.

Miliki kebolehan luar biasa namun ianya sebenarnya adalah penyakit


Miliki kebolehan luar biasa namun ianya sebenarnya adalah penyakit | Seorang wanita di Britain mempunyai keupayaan pendengaran yang luar biasa sehingga dia dapat mendengar pergerakan yang berlaku pada anggota badannya. Julie Redfern, 47, mempunyai pendengaran yang sangat tajam dan mampu mendengar bunyi degupan jantungnya sendiri, bunyi gerakan matanya, bunyi desis cecair di dalam badannya dan pergerakan otaknya. Ibu kepada tiga orang anak itu sebenarnya menghidap Superior Canal Dehiscence Syndrome (SCDS), penyakit telinga yang jarang ditemui yang membolehkan seseorang itu mendengar bunyi pergerakan anggota badannya dengan kuat.

Redfern menyedari penyakitnya itu sejak tujuh tahun lalu apabila dia mendengar pergerakan matanya ketika dia bermain teka-teki Tetris. "Bagi saya penyakit ini membuatkan saya tertekan dan saya tidak sanggup lagi untuk hidup lebih 40 tahun lagi dalam keadaan begini," katanya. Akibat daripada itu, Redfern merancang untuk menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit yang dideritainya itu. - AGENSI





.

Beza remaja ini dengan remaja lain di dunia


Beza remaja ini dengan remaja lain di dunia | Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari. Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela. Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu. “Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.


Lima pekerjaan 

Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah. Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan. “Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!