Wednesday, July 3, 2013

Alhamdulillah... Televisyen Britain akan siarkan azan ketika Ramadan



Alhamdulillah... Televisyen Britain akan siarkan azan ketika Ramadan | Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi. Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain.

 Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun” Ralph Lee, Ketua Program Channel 4 


Semakin disambut baik 

Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan. Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.“Jangan lupa, agama Islam antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain. “Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun.” Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.

“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi. Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.

“Ramadan masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.” Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4. “Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.” - AGENSI





.

Jom kenali bapa penyanyi Ainan Tasneem


Jom kenali bapa penyanyi Ainan Tasneem | Bapa kepada bintang Youtube, Ainan Tasneem iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir memberitahu beliau tidak menyangka kata setuju yang diberikan pada anak gadisnya untuk menjadi artis rakaman MVM Production telah menjadikan Ainan semakin dikenali ramai seperti mana hari ini. Menurut Ridzuan yang juga merupakan pakar motivasi, beliau mengambil masa agak lama sebelum merestui anak ketiganya itu melibatkan diri dalam dunia nyanyi secara serius. Ini kerana beliau lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

Namun fikiran Ridzuan berubah apabila menyedari Ainan menerima banyak tawaran selain pernah diundang untuk membuat persembahan di majlis kerabat diRaja. "Saya tahu dia memang suka menyanyi. Saya pun sebenarnya suka menyanyi. Tapi saya ambil masa lama juga untuk membenarkan dia menyanyi secara serius. Pada awalnya saya larang dia jadi penyanyi sebab biarlah dia tumpu pada pelajarannya. Saya terkejut bila video lagu ciptaan dia, Aku Suka Dia tersebar di YouTube. Saya dapat tahu perkara itu menerusi adiknya. Saya pernah gesa dia padamkan video tersebut.

"Tapi sejak itu macam-macam tawaran yang dia terima, hinggakan sebelum ini tujuh syarikat rakaman mahu melamar dia jadi artis rakaman mereka. Dia juga pernah diundang menyanyi di majlis Sultan-Sultan. Jadi itu yang membuatkan saya terfikir, dia ni akan jadi penyanyi juga akhirnya... "Akhirnya saya buat keputusan untuk benarkan dia menandatangani kontrak bersama MVM Production kerana syarikat ini yang pertama lamar anak saya. Tapi masa tu saya fikir, bila anak saya duduk di bawah naungan syarikat ini, anak saya tak akan ke mana. Tapi tak sangka, dengan strategi yang dirancang oleh MVM, rupanya anak saya boleh popular", cerita dengan nada berseloroh.

Dr Ridzuan di temui pada majlis pelancaran mini album Ainan Tasneem, Aku Suka Dia, bertempat di Hotel Royal, petang semalam. Begitu pun, demi menjaga nama baik keluarga, Ridzuan meletakkan beberapa syarat kepada Ainan sekiranya anaknya itu mahu terus mewarnai industri dunia hiburan tanah air. Sebagai seorang penyanyi yang berimej muslimah, Ainan perlu sentiasa menjaga tingkah lakunya malah bapanya mensyaratkan tidak boleh bergambar dengan lelaki. "Saya mahu dia jaga imejnya, sentiasa menjaga maruah diri dan berharap dia akan jadi ikon untuk semua remaja yang mana walaupun bergelar seorang pelajar dalam masa sama dia juga boleh dalam apa jua bidang yang diminati.


"Ya, saya juga tak benarkan dia bergambar berdua-duaan dengan lelaki. Kalau bergambar beramai-ramai tu tak mengapa", ujar beliau lagi. Dalam pada itu Ridzuan turut diminta mengulas mengenai gosip yang tersebar mengenai diri anaknya yang dikatakan asyik berkepit dengan teman lelaki sepanjang berada di kampus, "Saya kenal anak saya, dia seorang yang tidak sosial. Saya tak terkejut dengan gosip itu. Saya juga kenal teman lelaki anak saya. Itu hanyalah gosip biasa", jawabnya sambil diperhatikan Ainan yang di duduk di sisi bapanya itu. - mD





.

Apa kata Lisa Surihani mengenai zuriat / kelahiran anak?



Apa kata Lisa Surihani mengenai zuriat / kelahiran anak? | SETIAP pasangan yang berumah tangga, pasti mengimpikan kelahiran zuriat. Begitulah dirasai aktres, Lisa Surihani, 27. Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa. "Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. "Kalau merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua. Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya.

"Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya," katanya yang ditemui ketika majlis Ramah Mesra bersama Garnier dan Lisa Surihani.

Mengakui agak sepi tanpa tangisan kanak-kanak, pelakon filem 'Istanbul Aku Datang' ini berkata, dia amat sukakan kanak-kanak apabila melihat mereka membesar dan juga cara pemikiran mereka. "Pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan hati saya sentiasa gembira apabila melihat gelagat mereka yang comel. "Bila ada masa terluang saya akan bersama anak buah Arian Saif yang sentiasa membuatkan saya ketawa," katanya. -SH





.

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia



Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia dan Waktu Membayar Zakat Fitrah Waktu Wajib  | Tak lama lagi Ramadhan akan mejelma lagi dan pastinya disaat ini ramai yang tertanya kadar zakat fitrah bagi tahun 2013 di seluruh negeri Malaysia.Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu.

Dibawah terdapat kadar zakat fitrah 2013 bagi negeri seluruh Malaysia.



Waktu Membayar Zakat Fitrah Waktu Wajib:
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu paling afdal:
Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Waktu Sunat:
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu makruh:
Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
Waktu Haram:
Selepas terbenam matahari 1 Syawal Kepada mereka yang ingin bayar zakat fitrah, boleh dibuat di masjid atau surau di seluruh negeri termasuk di kompleks membeli belah yang menyediakan Amil Zakat. -Sumber






.

Seorang ibu menang kes pertama kerana diabai anak


Seorang ibu menang kes pertama kerana diabai anak | Seorang wanita diperintahkan mahkamah melawat ibunya sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan dalam kes pertama bawah undang-undang melindungi golongan tua di negara itu. Wanita tua berusia 77 tahun yang bertongkat dan tersandar di kerusi plaintif di mahkamah wilayah Wuxi hadir ketika mendengar kes terhadap anak perempuannya bersama suami kelmarin, lapor Wuxi Daily, semalam.


Ubah tradisi keluarga 

Undang-undang berkenaan berkuatkuasa Isnin lalu berikutan kebimbangan pembangunan pesat di China mengubah tradisi keluarga dan mewujudkan lebih banyak kediaman tanpa penghuni. Laporan mengenai orang tua yang sering diabaikan atau tidak dilayan dengan baik anak mereka mengejutkan negara itu. Dalam kes di Wuxi, di wilayah timur Jiangsu, anak perempuannya dan suaminya bersetuju menjaga wanita dikenali Chu, tetapi tidak melawatnya sejak dia tinggal bersama anak lelakinya berikutan satu perselisihan faham ahli keluarga. Mahkamah di daerah Beitang memutuskan pasangan terbabit perlu melawat ibu mereka sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan sekurang-kurangnya sekali ketika cuti kebangsaan negara. Hakim turut memerintahkan pasangan terbabit membayar pampasan jika mereka tidak melawat wanita tua itu. Undang-undang perlindungan hak dan kepentingan orang tua mengatakan bahawa ahli keluarga perlu melawat anggota keluarga berusia lebih 60 tahun ke atas secara kerap tetapi tidak memberikan penerangan lanjut. Pakar bimbang, undang-undang baru terbabit akan sukar dikuatkuasakan, sementara sebilangan pengguna internet menyifatkan peraturan itu sebagai tidak dapat diterima malah ada yang menganggapnya penghinaan kepada negara. - AFP





.

Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki. Gambar bayi lelaki Farid Kamil dan Diana Danielle


Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki. Gambar bayi lelaki Farid Kamil dan Diana Danielle | Tahniah kepada pelakon Farid Kamil kerana mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia, petang semalam. Bayi berkenaan lahir kira-kira jam 4.30 petang waktu Malaysia. Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anak lelaki ku). Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram.


Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka. Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu. Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini. Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu .-MD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!