Monday, July 8, 2013

Perang pelik terjadi di Britain


Beberapa kawasan di Britain kini dilanda ‘perang burung camar’ apabila burung-burung tersebut bertindak ‘menyerang’ orang ramai bagi mendapatkan makanan. Mereka yang menjadi mangsa dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, termasuk kanak-kanak yang mengalami luka di mulut dan anjing kecil yang mati akibat diserang burung-burung tersebut. Beberapa kawasan di South Shields dan Belfast terpaksa mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran serangan burung-burung tersebut. Di Perranporth, Cornwall, perkhidmatan menghantar surat oleh Royal Mail dihentikan di kawasan pantai selepas beberapa posmen diserang.

 Seorang wanita di Fleetwood, Lesley McLaughlin, 69, terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas cedera di kepala akibat ‘diserang’ burung berkenaan. Burung-burung berkenaan yang bergerak secara berkumpulan dilaporkan selalunya bertumpu di kedai makanan segera, kelab malam dan restoran untuk ‘merampas’ makanan daripada pengunjung. ‘Serangan’ burung tersebut yang paling teruk dilaporkan berlaku di Bank Street, Cornwall menyebabkan jalan raya itu digelar ‘Lorong Burung Camar’. - AGENSI






.

Pelik : Pasar jodoh wujud di negara ini


Pelik : Pasar jodoh wujud di negara ini | JODOH adalah ketentuan Tuhan. Walau sekeras manapun seseorang itu berusaha jika tidak sampai juga jodoh, itu adalah di luar bidang kuasa manusia. Namun di bahagian lain dunia, terdapat mereka yang dengan selamba memasarkan diri di kawasan terbuka. Di wilayah Shanghai, China, terdapat sebuah pasar yang cuba 'menjual' sesiapa yang mahu berkahwin. Telah wujud sejak 1996, lebih dikenali sebagai Pasar Nikah Shanghai, namun ia tidak seperti yang kita gambarkan, penuh dengan wanita yang berdiri di atas pentas atau tempat tinggi. Tidak ada objek untuk dijual. Apa yang boleh didapati di sini adalah sekeping kertas yang seolah-olah berfungsi sebagai biodata diri untuk ditatap oleh para pengunjung sebelum perkara lanjut dilakukan.

Bagaimanapun sesuatu yang unik dalam hal ini adalah biodata yang terdapat di situ bukanlah disediakan oleh si empunya diri tetapi orang tua mereka yang bimbang anak mereka masih belum bertemu jodoh. Salah satu sebab kenapa pasar sebegini diwujudkan kerana kebimbangan ibu bapa yang risau melihat anak-anak mereka masih belum berkahwin akibat kesibukan mereka bekerja berikutan suasana ekonomi China yang semakin berkembang. Cara mereka meletakkan kertas yang mempunyai biodata diri juga agak unik. Kertas berkenaan digantung pada tali dan terkandung di dalamnya biodata serta gambar untuk ditatap oleh mereka yang berminat.

Terdapat ratusan nama di situ tanpa mengira jantina. Namun berlaku kegelisahan mungkin budaya itu akan hilang tidak lama lagi. Ini kerana kebanyakan remaja tidak lagi gemar ibu bapa mereka campur tangan dalam kisah cinta mereka. Maka nama yang tergantung sudah tidak sebanyak dahulu. Namun masih terdapat harapan bagi mereka yang mencari jodoh dengan menggunakan teknik sebegini. Malah dikatakan terdapat orang luar yang turut mencuba nasib mereka di situ. Lain pula halnya di sebuah perkampungan Gipsi di sebuah perkampungan terpencil di Prohorovo, Bulgaria. Penduduk kampung tersebut dikatakan telah mempraktikkan teknik 'menjual' diri untuk berkahwin dan dipercayai telah diamalkan sejak ratusan tahun lagi.

Wanita yang masih bujang akan berkumpul di sebuah pasar jodoh di kampung berkenaan dengan memakai pakaian yang seksi dan menggiurkan untuk menarik perhatian 'bakal suami'. Hanya individu berumur 15 hingga 30 tahun dan ditemani ibu bapa dibenarkan menyertai acara itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sesi tawar-menawar berlaku seperti pasar awam tetapi syarat utama gadis atau wanita itu mestilah masih bujang selain paling penting masih, dara. Semakin cantik gadis yang dilelong semakin tinggi harga bidaan yang akan diperolehi. Sekiranya terbukti anak perempuan tidak lagi perawan, ibu bapa gadis perlu memulangkan semula wang tawaran yang diberikan selain ibu bapa tidak dibenarkan menyertai acara sama pada masa hadapan.

Ibu bapa yang hadir ini membawa anak gadis masing-masing dengan seribu satu harapan ingin meningkatkan taraf hidup mereka yang miskin sebelumnya. Pendidikan bukanlah satu keutamaan bagi mereka kerana kajian mendapati 25 peratus wanita di kampung tersebut buta huruf dan hanya 10 peratus yang menamatkan pendidikan peringkat menengah. Namun begitu tradisi ini dilihat semakin pupus kerana wanita di perkampungan itu tidak seperti dahulu dan sama seperti wanita moden lain. Ramai di antara mereka yang sudah berhijrah ke bandar besar dan menjalani kehidupan moden sebelum berkahwin. Malah jika satu ketika dahulu adalah satu kesalahan besar untuk berkahwin dengan orang luar tetapi budaya tersebut sudah pupus dan dianggap kolot. -AP






.

Inilah gambar paling mahal ketika ini


Inilah gambar paling mahal ketika ini | Percaya atau tidak, foto sederhana dengan judul Rhein II di atas adalah foto paling mahal yang ada ketika ini. Foto hasil karya seniman visual yang berasal dari  Jerman, Andreas Gursky pada tahun 1999 ini laku terjual di lelongan Christi dengan harga yang sangat tinggi iaitu 4.3 juta USD. Para jurugambar dunia masih terus memperbincangkan tentang foto ini. Sebahagian besar bahkan tidak tahu apa yang membuatkan foto ini begitu mahal kerana memang foto ini kalau dilihat tidak ada yang istimewa.






.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M



Selamat menyambut bulan ramadan.. Selamat beramal ibadah buat semua pembaca Lulu-Pages. Semoga kita dapat beramal ibadah dengan sempurna dibulan yang ditunggu-tunggu ini.. Insya-Allah.. Mohon di share kan jadual berbuka puasa dan imsak ini, semoga menjadi panduan yang amat berguna buat kita semua... ok lepas ni boleh lebihkan entri berbuka :p

klik untuk melihat jadual ditempat anda sendiri..

1.   Negeri Sabah
4.   Negeri Johor



** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




LIHAT Kadar zakat fitrah seluruh Negeri 2013





.

Kes paling serius dalam sukan negara..


Kes paling serius dalam sukan negara.. | Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan. "Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut. "Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya, hari ini. Hari ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan bahawa atlet bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

 Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Menurut laporan tersebut, mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang lelaki. Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya. "Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!