Tuesday, July 9, 2013

Pengurus baru Manchester United buat lawak jenaka?


Pengurus baru Manchester United buat lawak jenaka? | PENGURUS Manchester United, David Moyes mungkin membuat cerita lawak jenaka apabila menyasarkan merangkul sebanyak mungkin trofi bagi di bawa ke bumi Old Trafford mulai musim depan. Dia yang sebelum ini memiliki rekod membimbing Everton sejak 11 tahun gagal memenangi sebarang pertandingan yang disertai. Moyes hampir membuatkan Everton pada zon penyingkiran liga pada musim 2003/04 tetapi memacu The Toffees meraih posisi empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim berikutnya. Begitu pun, bersama United beliau yakin dengan sasaran ditetapkan itu. "Anda (pemain) harus mencapai hasil yang bagus pada setiap kejohanan, bukan hanya EPL. Anda harus mencuba memenangi semuanya. "Saya fikir, anda perlu berjuang melakukan segalanya. Tambahan pula, saya punyai skuad terkuat, berkualiti dan United secara tradisi kerap merangkul piala," katanya. -AP





.

Cerita terkini Irma Hasmie


Cerita terkini Irma Hasmie | Walaupun tiada pembantu rumah juga pengasuh, namun tidak menjadi masalah besar buat pengacara Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer untuk menjaga anak sulung mereka yang kini mencecah usia tiga bulan. Sebaliknya Irma dan Redza bergilir-gilir menjaga bayi mereka yang diberi nama, Redza Syah Irfhan. "Kami tiada pembantu, setakat ni. Redza yang minta supaya tidak ambil pembantu. Jadi kami ambil keputusan untuk menjaga Irfhan secara bergilir-gilir. Pagi seawal jam 6 pagi saya dah keluar rumah kerana program saya, Assalamualaikum bermula jam 8 hingga 10 pagi. Jadi waktu pagi, ayah dia akan jaga. Selesai tugasan di studio saya pula akan mengambil alih tugas menjaga Irfhan. "Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah . Lagipun Irhfan kecil lagi, tungguah dia besar sikit, InsyAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan", kata Irma Hasmie ketika di temui pada majlis sidang media Baby & Ekspo 2013 di PWTC, petang semalam.

Irfhan dilahirkan pada 29 Mac lalu secara pembedahan. Menarik, anak sulung Irma ini berkongsi tarikh lahir bersama anak sulung pelakon Ayu Raudhah. Menurut Irma lagi, selain mengacarakan program di saluran TV Al-Hijrah, Assalamualaikum yang bersiaran setiap pagi Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di sepanjang bulan Rmadan ini dia akan mengendalikan program khas bertemakan Ramadan Satu Perjuangan. Selain itu, Irma juga baru menceburi dunia perniagaan busana muslimahnya, Debumas sejak awal Jun lalu. "Baru secara kecil-kecilan. Ini pun kerana atas permintaan ramai. Sebab ramai yang datang kepada saya dan beritahu mereka suka jubah yang saya pakai, mereka tanya saya beli di mana. Saya kata saya design sendiri.


"Jadi sejak dari itu saya terdetik untuk buka perniagaan. Saya design dan kemudian hantar pada tukang jahit. Setiap design eksklusif dan hanya ada tiga warna sahaja. Setakat ni, Allhamdulillah dua dress-jubah rekaan saya dapat sambutan yang mengalakkan. Harganya sekitar RM100 hingga RM200. Kini kami masih dalam proses untuk mengeluarkan stock baru", katanya. Dalam masa sama, Irma bersyukur kerana buku berjudul Smile, nukilannya bersama penulis Zambri Mohd sudah dua kali dicetak dan difahamkan sambutan terhadap jualan buku itu cukup memberangsangkan. Istimewa, bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut, sempena Baby & Raya Expo 2013 pada 27 dan 28 Julai ini, kunjungilah booth Irma Hasmie di Dewan Tun Razak 3, PWTC. Selain buku Smile, koleksi terbaru jubah rekaan Irma juga turut dijual. - mD





.

Cik Ta merajuk dengan kekasih sebab kekasih takde masa untuknya


Dengarnya pelakon jelita Rozita Che Wan aka Che Ta merajuk dengan buah hatinya di sebab Zain khabarnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Dalam satu uangan di akhbar Utusan menyebut, pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job... maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya. “

Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan. Kan... Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.-MD






.

Syarat baru untuk menceburi profesion perguruan


Syarat baru untuk menceburi profesion perguruan | Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon. Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah. Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - Bernama
 





.

Gambar terkini Diana Danielle dan bayi sulungnya


Gambar terkini Diana Danielle dan bayi sulungnya | Tanggal 2 Julai lalu, seluruh peminat Diana Danielle di tanah air menerima berita gembira apabila pelakon ini selamat melahirkan bayi sulungnya. Isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini selamat bersalin di sebuah hospital di Sydney, Australia kira-kira jam 6.30 petang (waktu Malaysia). Berada nun jauh di 'negara Kanggaroo', memang bukan mudah untuk para peminat menatap wajah anak sulung Farid & Diana, yang masih menjadi bualan ramai ini.

Pagi semalam menerusi akaun Instagram beliau, Diana buat pertama kali kongsikan gambar beliau bersama putera sulungnya itu. “Letting the little boss soak in the sun. Just a slight case of jaundice — nothing the sun can’t solve,” tulis Diana Danielle memberitahu anaknya ada alami sedikit masalah penyakit kuning. Semoga bayi Farid Kamil & Diana Danielle yang masih belum kita ketahui namanya ini cepat sembuh dan mereka boleh kongsikan lebih banyak gambar-gambar yang comel.-MD





.

Buruh dan dera anak kekasih hingga mati hukumannya hanya dijel 5 tahun


Buruh dan dera anak kekasih hingga mati hukumannya hanya dijel 5 tahun | Seorang buruh yang baru bertunang terpaksa menerima hakikat dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mendera anak perempuan teman wanitanya dengan memukul mangsa sehingga mati, tahun lalu. Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku bersalah menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, di sebuah rumah di Jalan Seri Emas, Taman Seri Telok Emas di sini pada pukul 4 petang, 1 September tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam, Collin Andrew yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap anak guamnya ekoran pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada polis semasa siasatan. "Tertuduh juga baru bertunang dan ibu bapanya menghidap penyakit kencing manis," kata Andrew.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kecederaan yang dialami mangsa adalah berpunca daripada perasaan geram tertuduh. "Selain itu, tertuduh mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman berat boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga orang lain," katanya. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Februari 2012. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!