Friday, July 12, 2013

Sistem kamera telefon pintar terbesar di dunia



 Sistem kamera telefon pintar terbesar di dunia | Pembangun telefon mudah alih Finland, Nokia memperkenalkan telefon pintar terbaru dengan keunikan memiliki sistem kamera paling bertenaga era ini menerusi 41 megapiksel. Nokia berkata, syarikat itu memperkenalkan sistem kamera 41 megapiksel menerusi model telefon pintar Lumia 1020. Telefon mudah alih yang dibangunkan dengan sistem Windows itu dilengkapi enam lensa fizikal selain disokong teknologi penstabilan imej optikal. Mikrofon Lumia 1020, katanya, mampu beroperasi pada tahap tekanan bunyi (audio) enam kali lebih kuat berbanding mikrofon telefon pintar konvensional. - AFP





.

Gambar perkahwinan penyanyi Avril Lavigne yang serba hitam


Gambar perkahwinan penyanyi Avril Lavigne yang serba hitam | WARNA putih merupakan warna yang sering menjadi pilihan untuk pasangan pengantin sewaktu hari pernikahan mereka, tetapi ada juga segelintir daripada kita yang suka membuat kelainan dalam pemilihan warna pakaian. Namun penyanyi cantik Avril Lavigne ternyata melakukan keunikan yang tersendiri apabila memilih untuk mengenakan pakaian perkahwinan berwarna hitam, yang turut dipakai oleh pengantin lelaki, Chad Kroeger. Jelas Lavigne, dia memilih untuk mengenakan pakaian berwarna hitam kerana minatnya dan obses yang mendalam terhadap fesyen bertemakan gothik. "Peminat memang sudah mengetahui cita rasa saya dalam berfesyen, dan pastinya saya memilih untuk berpakaian sedemikian pada majlis perkahwinan saya adalah kerana minat yang mendalam.


"Selain itu, saya juga mahu melakukan kelainan berbanding majlis-majlis perkahwinan lain agar menjadi sesuatu yang hebat dan unik," katanya sewaktu ditemu ramah majalah Hello. Menurut sumber itu lagi, penyanyi yang popular menerusi lagu Complicated itu berharap majlis perkahwinannya akan menjadi suatu kenangan manis yang dapat dikenang sepanjang hayat bukan untuk dirinya sahaja, tetapi juga semua tetamu yang hadir. "Pastinya saya dan Chad akan mengenang detik ini sepanjang hidup kami, tetapi saya juga berharap setiap yang hadir akan mendapat memori indah daripada majlis kami," katanya penyanyi berusia 28 tahun itu lagi. -AP






.

Berita baik buat peminat Chelsea di Malaysia, jom tonton pasukan ini jalani latihan secara PERCUMA


Berita baik buat peminat Chelsea di Malaysia, jom tonton pasukan ini jalani latihan secara PERCUMA | PEMEGANG tiket perlawanan antara Malaysia menentang Chelsea boleh menyaksikan pasukan kegemaran mereka itu menjalani latihan secara percuma. Peminat boleh hadir ke Stadium Shah Alam, kira-kira jam 6 petang, Jumaat depan, dengan menunjukkan tiket tersebut. Kaunter tiket juga akan dibuka pada hari tersebut, bermula jam 12 tengah hari termasuk pada hari perlawanan. Setakat ini, sebanyak 30,000 tiket sudah terjual dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yakin tiket mampu terjual sehingga 50,000 keping.





.

Bintang Bollywood, Hrithik Roshan sakit?


Bintang Bollywood, Hrithik Roshan sakit? | BINTANG Bollywood, Hrithik Roshan, kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan di bahagian kepala. Aktor Kaho Naa Pyaar Hai itu, disahkan mengalami kecederaan kronik di kepala ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang di Phuket. Menerusi laman sosialnya, Hrithik bersyukur dengan pembedahan dijalankan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan saya. "saya berharap dapat segera kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa," kata Hriktik. Sementara itu, menurut sumber pihak hospital menasihatkan supaya Hrithik banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. -AP





.

Pelakon popular ini terpaksa batalkan pernikahan, akui takde jodoh



Pelakon popular ini terpaksa batalkan pernikahan, akui takde jodoh | Pelakon Fiza Halim, 32, terpaksa membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Menurut Fiza, persiapan dan persediaan untuk perkahwinannya telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi apakan daya, mereka tiada jodoh dan tidak dapat meneruskan perkahwinan itu pada bulan lalu. "Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku," kata ibu tunggal beranak dua ini. Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan identiti lelaki yang melamar dirinya itu, memandangkan kisah itu tidak lagi perlu untuk dibicarakan.

"Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. "Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa," kata bekas anggota kumpulan Elite yang baru tampil dengan imej bertudung ini. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010. -Utusan





.

Pelakon popular didakwa diatas 4 pertuduhan menipu


Pelakon popular didakwa diatas 4 pertuduhan menipu | Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas. Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez. Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka. Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di sini pada 10.45 pagi, 1 April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.

Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah. Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman. Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.

Mohd. Shahrullah berkata tertuduh menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan beliau akan memastikan anak guamnya hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan di mahkamah. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi kesemua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Ogos bagi pengurusan kes. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!