Tuesday, July 16, 2013

Kanak-kanak itu selamat walaupun tertimbus dalam pasir selama 6 jam



Kanak-kanak itu selamat walaupun tertimbus dalam pasir selama 6 jam | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya diselamatkan selepas tertimbus di kawasan berpasir sedalam 3.3 meter yang secara tiba-tiba runtuh di Indiana Dunes National Lakeshore dekat sini pada Jumaat lalu. Renjer Lakeshore, Bruce Rowe berkata, pasukan keselamatan terpaksa menggunakan jentera berat bagi mengeluarkan kanak-kanak itu, yang tertimbus selama lebih tiga jam di sebuah kawasan berpasir yang dikenali sebagai Mount Baldy, tempat budak itu bermain. Dia kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Kesihatan Franciscan St. Anthony, namun kemudiannya diterbangkan ke sebuah hospital di Chicago.

Rowe berkata, dia dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda 'dalam keadaan baik', namun keadaan terkini budak lelaki tersebut masih tidak diketahui. Menurut satu kenyataan media daripada First Baptist Church of Galva, Illinois, kanak-kanak itu bernama Nathan Reul. The Indy Channel pula melaporkan, semasa kejadian itu, Reul sedang berjalan di kawasan berpasir berkenaan bersama ibu bapanya sebelum dia menemui sebatang kayu reput yang secara tiba-tiba runtuh.

Ibu bapa kanak-kanak itu terus menghubungi pasukan kecemasan yang tiba 15 minit kemudian dan terus menggali dengan menggunakan tangan. Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 8 malam setelah operasi mencari dibantu jentera berat yang disediakan dua syarikat menggali berhampiran. Menurut bomba, semasa dalam perjalanan menuju ke hospital, Reul mula bernafas dan menangis. Kanak-kanak itu dan keluarganya dipercayai berasal dari Illinois. - AGENSI

Kanak-kanak ini dipenjara seumur hidup kerana menghina islam


Kanak-kanak ini dipenjara seumur hidup kerana menghina islam | Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam. Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000). Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama. Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA



P/S - Kalau hukuman macam ni, memang takde yang berani hina islam.






.

Awas buat peniaga yang membuat perniagaan online


Awas buat peniaga yang membuat perniagaan online | Polis Sabah sedang menyiasat beberapa kes penipuan melibatkan perniagaan secara online, dengan tumpuan kepada sebuah organisasi internet berasaskan laman web terkemuka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah Supt Saiman Kasran berkata perniagaan online dijalankan syarikat berasaskan laman web popular itu dilaporkan telah menipu banyak pembeli. Katanya ini mengakibatkan kebanyakan mereka ditipu ribuan ringgit sejak tahun lepas, tanpa menerima produk dan bayaran balik.

"Walaupun jumlah kes masih belum mencapai tahap amat membimbangkan, tetapi kami sedang memburu mereka yang terlibat dalam penipuan ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Perniagaan online oleh syarikat itu telah menarik ribuan pembeli menerusi promosi menarik produk mereka termasuk hartanah, perkakasan elektrik, kereta dan kerja. Modus operandinya ialah menjual dan membeli produk secara online melibatkan pembeli secara online.

Sementara itu, seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai "Rosli Yussof' berkata beliau menempah dua pasang baju secara online seperti diiklankan syarikat itu dan dijanjikan dihantar dalam dua minggu. "Tetapi selepas dua ke tiga minggu, tidak menerima apa-apa. Seorang rakan, sementara itu kerugian hampir RM10,000 dalam dua transaksi pernigaan secara online," dakwanya. - Bernama




.

Kerana curi coklat, lelaki ini dipenjara 14 hari




Kerana curi coklat, lelaki ini dipenjara 14 hari | Gara-gara mencuri lapan keping coklat bernilai RM63.20 di sebuah pasar raya minggu lalu, seorang mekanik dipenjara 14 hari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Faizal Abd Rahman, 30, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, iaitu Khamis lepas. Dia didakwa mencuri lapan keping coklat Cadbury berharga RM7.90 sekeping, di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan Alor di sini pada 10 malam, 10 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, seorang penyelia melihat tertuduh masuk ke pasar raya itu dalam keadaan mencurigakan dan keluar tanpa membuat apa-apa bayaran. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup, mendapati Mohd Faizal mengambil coklat berkenaan. Pada keesokan harinya, tertuduh datang lagi ke pasar raya itu jam 10 malam untuk membeli coklat Kit Kat, semasa mahu membuat pembayaran, penyelia mengecam tertuduh dan menahannya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala Mohd Faizal tidak diwakili peguam. - Bernama





.

Gambar pertunangan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali


Gambar pertunangan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali | Produser kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, hari ini mengikat tali pertunangan dengan bekas pemain gitar kumpulan rock CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana, di sini petang ini. Pada majlis itu, anak sulung Mohd. Eddie, Muhammad Daniel, 21, mewakili bapanya manakala pihak Raja Azmi diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohd. Jalani, 28. Sebagai memeriahkan majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah, manisan dan telekung manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam beserta dompet, baju, kek, manisan dan biskut.


Majlis kemudian disusuli adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah. Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai menzahirkan rasa syukur dan lega kerana semuanya berjalan lancar. Biarpun hubungan terjalin dalam tempoh yang agak singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi percaya Eddie sebagai lelaki sesuai.


"Dia seorang yang penyabar, berbeza dengan saya. Saya harap melalui perbezaan ini mampu menguatkan hubungan kami," katanya. Manakala Eddie pula memberitahu, sikap keibuaan Raja Azmi membuka hatinya untuk menerima wanita itu di dalam hidupnya setelah lima tahun menduda. "Apa yang penting nanti adalah kehidupan selepas berkahwin. Penerimaan anak-anak agak senang dan memudahkan perhubungan ini terjalin," katanya. Sementara kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 15 September depan dengan mas kahwin berupa senaskah Al-Quran. - Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!