Monday, July 29, 2013

Kenali Ice watch, jam tangan pelbagai warna dan reka bentuk


Kenali Ice watch, jam tangan pelbagai warna dan reka bentuk | MEMFOKUSKAN pada warna terang, berwarna-warni, dan rekaan bergaya, Ice Watch kini mula mencuri tumpuan ramai dalam kalangan jam tangan selain bertindak sebagai aksesori dan pelengkap gaya masyarakat hari ini. "Warna dan reka bentuk yang pelbagai daripada jenama Ice-Watch menjadikan ia satu impian untuk pengguna yang ingin mempamerkan personaliti tanpa bergantung kepada fesyen jam tangan semata-mata," kata Pengarah Eksekutif Hanlow Enterprise Sdn Bhd, Jack Low. Menurutnya, fesyen jam tangan berwarna-warni mampu melengkapkan perubahan kepada personaliti pemakai lebih-lebih lagi ditawarkan dalam harga mampu milik. "Himpunan koleksi Ice Watch ditawarkan serendah RM299 hingga RM1,100 dan tahun ini pula, dijangka 12 koleksi baru diperkenalkan, tahun lepas, lapan hingga sembilan jenis koleksi baru ditampilkan," katanya.

Jenama jam tangan Ice Watch diperkenalkan pada 2007, bermula di Belgium, kini diedarkan ke 100 pasaran seluruh dunia dan dibawa ke Malaysia pada 2001, melalui pengedar tunggal, Hanlow Enterprise Sdn Bhd. Dalam tempoh lima tahun, jenama Ice-Watch telah memberi pembaharuan dan memperkenalkan pendekatan pemikiran terbuka dalam dunia pembuatan jam tangan. Jenama Ice Watch sentiasa fokus terhadap warna di semua rangkaian jam tangannya kerana elemen itu sering dikaitkan dengan musim, mood, aktiviti dan fesyen. Ice Watch telah memperkenalkan inovasi dalam pasaran, mewujudkan satu rangkaian dengan 10 pilihan warna yang menjadi asas kepada koleksi abadi (Sili Forever) dan (Ice-Solid).

"Apabila jenama ini masuk ke Malaysia, kami membuka butik utama di Sunway Piramid dan bakal meluaskan pemasaran di Alamanda, Putrajaya, Oktober ini membabitkan pelaburan, RM250,000," katanya. Butik di Alamanda adalah yang kedua, selain pemasaran meluas melalui jualan runcit di pusat-pusat membeli-belah utama, seperti, Aeon, Tang, Isetan, Robinsons serta kedai jam di seluruh negara. Jam tangan ini menawarkan kemewahan mampu milik yang diterjemahkan melalui prestasi jualan kukuh di beberapa pasaran. "Rangkaian pemasaran masih lagi tertumpu oleh kaedah tradisional selain turut serta dalam peragaan fesyen melalui kerjasama dengan rakan niaga lain," katanya.


Sasar golongan muda 

Beliau berkata, pendekatan warna terang yang diperkenalkan adalah sebagai strategi untuk menarik golongan muda. "Orang muda lebih sinonim dengan warna terang tetapi produk ini tidak terhad kepada golongan itu sahaja. "Golongan profesional, dan kanak-kanak juga tidak dilupa, 19 peratus koleksi dikhaskan kepada dewasa, manakala 10 peratus kanak-kanak," katanya. Menurutnya, senario jualan pasaran global dikuasai Jepun, kerana populasinya ramai. Manakala dalam pasaran Asia, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia lain contohnya, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Dari segi jualan, Ice Watch telah menjual 4.2 juta utas jam pada 2011 dan dianggarkan Malaysia menjual 12,000, justeru tahun ini kemungkinan besar, jumlah itu akan menghampiri angka yang sama. Jenama ini menggunakan kepakaran Jepun, dikilangkan di Hong Kong, manakala rekaan dari Belgium. Sejajar menjadi pilihan ramai, jenama ini giat bekerjasama dengan beberapa pihak untuk tujuan promosi. "Kami terlibat menaja program dengan beberapa majalah tempatan, agar peluang seperti ini menjadikan jenama ini lebih dikenali," katanya. -SH





.

Gambar penyanyi Siti Saida yang sudah mengenakan tudung


Gambar penyanyi Siti Saida yang sudah mengenakan tudung | Sempena keberkatan bulan Ramadan ini, penyanyi yang juga kakak kepada Dato' Siti Nurhaliza, Saida telah mula mengenakan hijab atau bertudung. Perkara ini disahkan sendiri oleh kakak ipar Saida yang juga pengurus Siti Nurhaliza, Rozi menerusi akaun Instagramnya.

"Masuk opis hari ni, terpercik cahaya dari bilik sebelah..ingatkan ada lentera timur..rupanya lentera Kuala Lipis. Cahayanya terpantul membelah dinding..hehe. Penghijrahan 16 Ramadhan yg manis. @saidatarudin," tulisnya sambil memuat naik foto Saida yang ayu mengenakan tudung. -MD

Topomiya, spesies nyamuk baru ditemui..


Topomiya, spesies nyamuk baru ditemui.. | Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya. Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. Penyelidikan yang dilakukan MRI mendedahkan nyamuk itu tidak memakan darah manusia tetapi jus. Topomiya juga didapati memakan larva nyamuk Aedes. Jurucakap MRI menyatakan spesies nyamuk itu boleh digunakan untuk mencegah wabak denggi dan menganggap ia sebagai reaksi semula jadi untuk mengawal penyakit itu, yang sudah meragut banyak nyawa manusia.

Bagaimanapun, MRI akan mengadakan uji kaji lanjut mengenai Topomiya dalam usaha mengenal pasti sama ada ia bahaya kepada manusia. Berikutan penemuan spesies baru itu, siasatan mengenai kesannya kepada manusia dipertingkatkan untuk mempercepatkan usaha membekalkan Kementerian Kesihatan dengan senjata memerangi denggi. Walaupun menunjukkan tanda pengenalan sama seperti jalur putih, yang ditemui pada nyamuk spesies Aedes Egypti yang boleh menyebarkan wabak denggi, spesies baru ditemui itu dikatakan memakan larva denggi dan jus, berbanding darah manusia. “Penemuan ini menggembirakan dan kami berharap hasil positif dan menjadi senjata terbaik memerangi denggi. Hakikat ia memakan larva nyamuk Aedes bermakna kita boleh mengurangkan nyamuk pembawa penyakit itu secara semula jadi, berbanding menggunakan racun serangga yang memberi risiko kepada kesihatan,” kata sumber kesihatan. - AGENSI





.

Pelik : Inilah trend terkini di Korea Selatan



Pelik : Inilah trend terkini di Korea Selatan | Wanita biasanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeluarkan duit lebih untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, namun berbeza bagi golongan itu di Korea Selatan yang mahukan ciri-ciri tersebut yang dianggap menarik. Satu trend baharu dikenali sebagai 'aegyo sal' atau membuatkan bahagian bawah mata nampak berbonjol, kini menjadi kegilaan kerana ia disifatkan mampu menonjolkan mata wanita Korea yang kebiasannya kecil. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bentuk bawah mata idaman itu sama ada melalui solekan atau melekatkan pita khas di bawah kulit, malah ada juga sesetengah wanita sanggup melakukan pembedahan plastik.

Blogger myfatpocket.com, Patricia Cahiga berkata, aegyo sal bukanlah lingkaran bawah mata yang terbentuk akibat kurang tidur atau disebabkan oleh genetik, namun merupakan lapisan kulit comel di bawah kelopak mata yang boleh membuatkan mata kelihatan lebih besar. Laman web China, Weibo turut memaparkan video tentang cara-cara untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut dengan menggunakan pita pelekat dan solekan. Sementara itu, pemilik laman web Asian Eyelid Surgery, Dr. Kenneth Kim menjelaskan, prosedur pembedahan itu menjadi pilihan golongan wanita kerana ia memberikan penampilan lebih muda. "Aegyo sal bukanlah lingkaran gelap bawah mata, tetapi ia mampu membuatkan mata seseorang nampak lebih cantik," ujarnya. - AGENSI





.

Bapa berpendapatan tidak kurang RM17,000 sebulan gagal bayar nafkah anak selama 7 tahun


Bapa berpendapatan tidak kurang RM17,000 sebulan gagal bayar nafkah anak selama 7 tahun | Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang pengurus syarikat cari gali minyak kerana mengabaikan perintah menjelaskan tuntutan nafkah dan gagal membuat permohonan maaf terhadap bapanya. Hakim Syarie, Rosdi Harun membuat keputusan itu selepas usaha untuk menghubungi defendan, Nasrun Mustafa, 40, oleh bapanya, Mustafa Ismail, 67, menemui jalan buntu. Bagaimanapun beliau berkata, waran tersebut mungkin akan terbatal secara automatik sekiranya Nasrun hadir ke mahkamah pada atau sebelum 2 September ini bagi membincangkan tuntutan yang dikemukakan plaintif.

Dua orang anak defendan di bawah jagaan ayah dan ibunya selepas berlaku perceraian dan defendan didakwa tidak pernah pulang menjenguk dan memberikan nafkah. Berdasarkan keterangan pada 13 Julai 2010, plaintif telah mengemukakan tuntutan kepada Nasrun yang dikatakan berpendapatan tidak kurang daripada RM17,000 sebulan itu agar membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya itu yang tertunggak selama tujuh tahun iaitu sebanyak RM20,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Plaintif dari Kampung Beladau Kolam, Manir turut menuntut perintah agar Nasrun memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji untuk keperluan dua cucunya, Nur Thahirah Nazihah, 16, dan Muhammad Amirul Nasrullah, 18.

Defendan mengabaikan perintah tersebut termasuk perintah supaya memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak yang diarahkan mahkamah Ogos tahun lepas. Plaintif turut memfailkan notis permohonan kepada mahkamah bagi pelaksanaan perintah nafkah pada 23 April yang lalu yang antara lain mahu defendan menunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipenjarakan selepas gagal mematuhi perintah mahkamah bertarikh 28 Ogos 2012.

Dalam notis permohonan tersebut, defendan juga diperintahkan supaya membayar tunggakan nafkah kepada bapa serta ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, iaitu masing-masing sebanyak RM3,200 mulai bulan Ogos 2012 sehingga Mac 2013 serta-merta. Dalam pada itu, peguam plaintif, Fazru Anuar Yusof ketika ditemui berkata, bapanya (plaintif) berjaya menjejaki defendan awal tahun ini namun difahamkan defendan telah pun meletak jawatan dan kini bekerja di sebuah syarikat baharu iaitu Hess Exploration and Production Malaysia B.V. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!