Tuesday, August 6, 2013

Wah, Jimmy Shanley bakal beraya dengan orang tersayang



Wah, Jimmy Shanley bakal beraya dengan orang tersayang  | Buat kali pertama tahun ini pengacara dan penyampai Jimmy Shanley bakal menyambut kemeriahan syawal tahun ini dengan anak tunggalnya Zahrah Rania Shanley 2 tahun. Meluangkan masa sehingga raya kedua bersama anaknya itu, menurut Jimmy persiapan raya kali ini juga lebih bermakna untuk dirinya dengan kehadiran anak tunggal di sisi. "Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama. "Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru.

Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua," katanya. Merancang sambutan Syawal ini bersama keluarga tercinta di Ipoh, Perak, menurut Jimmy dia sangat bersyukur apabila pihak mahkamah memberi keadilan dalam hak penjagaan anak buat dirinya dan isteri. "Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya," katanya. Jimmy dan bekas isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimi, 26, telah bercerai selepas hanya sebulan bernikah selepas Jimmy menebus talak dengan nilai RM1 pada 2012. -Utusan

Ingatan buat penjawat awam


Ingatan buat penjawat awam | Menteri Besar Perlis Azlan Man pada Isnin mengingatkan penjawat awam di negeri itu agar tidak terlalu leka melayari laman sosial ketika bertugas sehingga mengabaikan tanggungjawab. Katanya perbuatan itu bukan sahaja tidak amanah tetapi juga menjejaskan kualiti sistem penyampaian kerajaan negeri.Malah ada juga pihak-pihak tertentu menyalah guna laman sosial untuk menyebarkan fitnah dan ini menimbulkan keresahan awam, katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, di sini.Katanya beliau sendiri pernah menjadi mangsa fitnah menerusi laman sosial yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya terpaksa menggunakan masa untuk menjelaskan isu sebenar mengenai perkara yang telah disebarkan (secara tidak tepat)," katanya. Azlan juga mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya merancang lebih awal kegiatan yang mahu dilaksana tahun depan supaya mereka mempunyai peruntukan mencukupi. Ini kerana katanya, berdasarkan tinjauan beliau ke beberapa tempat di Perlis mendapati ada kerja yang tidak dilaksana dengan sempurna atas alasan tidak cukup peruntukan. "Setiap jabatan dan agensi akan dibekalkan dengan peruntukan yang cukup jika mereka membuat perancangan awal dan dikemukakan," katanya. -BERNAMA





.

Bila penyanyi mengaku dirinya diisytiharkan muflis


Bila penyanyi mengaku dirinya diisytiharkan muflis | Vokalis kumpulan Mojo, Aweera, 22, mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar beberapa hari lalu adalah berkaitan dengan dirinya. Menurut penyanyi Andaiku Bercinta Lagi, dia diisytiharkan muflis ekoran menanggung beban hutang lama. "Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," katanya. Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera NorHissham diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013.

Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan. Ditanya mengenai kerjaya seninya, jelas Aweera, buat masa ini kerjayanya masih tidak terganggu dan segalanya melibatkan kerjaya dan dirinya akan diberitahu selepas selesai semua proses. "Buat masa ini, kerjaya seni tidak terganggu dan kalau boleh, saya tidak mahu bercakap mengenainya. Saya akan beritahu bila semua proses selesai," katanya yang sudah berada di kampung halamannya di Perlis bagi menyambut kedatangan 1 Syawal. - Utusan




.

Penghormatan terakhir buat mendiang Chua Boon Huat (pemain hoki kebangsaan)


Penghormatan terakhir buat mendiang Chua Boon Huat (pemain hoki kebangsaan) | Mayat pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, di ibu negara Khamis lalu, dibakar di Melaka Memorial Park di sini, semalam. Upacara jam 3.30 petang itu dihadiri lebih 1,000 orang merangkumi anggota keluarga, rakan-rakan, rakan sepasukan, atlet negara, serta peminat mendiang. Antara yang hadir ialah ketua jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington dan pembantu jurulatih, Arul Selvaraj; bekas jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai, Steven Stephen Van Huizen; bekas pemain hoki kebangsaan Nur Saiful Zaini Nasiruddin serta bekas ketua pasukan bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun. Peminat dan rakan mendiang dilihat memakai baju-T berwarna hitam yang bertulis "We Love Chua Boon Huat" pada bahagian hadapan dan nombor 3 di bahagian belakang baju itu. Abu mendiang akan ditempatkan di Tokong Seck Kia Eenh di Gajah Berang di sini.

Terdahulu, mayat mendiang Chua diberi penghormatan terakhir di kediaman keluarganya di Semabok Perdana di sini, sebelum kerandanya yang diselubung dengan bendera Malaysia diusung secara bergilir oleh rakan dan atlet negara ke kenderaan untuk dibawa ke Melaka Memorial Park. Revington ketika menyampaikan eulogi pada upacara itu menyifatkan mendiang sebagai seorang pemain hoki yang tangkas dan berbakat besar. "Mendiang adalah pemain bertaraf dunia dan seorang yang berdiri teguh untuk semua... kami akan merindui rambut panjang beliau dan ikatan ekor kudanya," katanya. Beliau berkata, mendiang juga sentiasa memberi sepenuh komitmen ketika beraksi bagi membantu skuad negara memperoleh kejayaan di padang. Katanya, Chua akan dikenang selamanya sebagai ikon dan hero hoki Malaysia. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!