Wah, Jimmy Shanley bakal beraya dengan orang tersayang | Buat kali pertama tahun ini pengacara dan penyampai Jimmy Shanley bakal menyambut kemeriahan syawal tahun ini dengan anak tunggalnya Zahrah Rania Shanley 2 tahun. Meluangkan masa sehingga raya kedua bersama anaknya itu, menurut Jimmy persiapan raya kali ini juga lebih bermakna untuk dirinya dengan kehadiran anak tunggal di sisi. "Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama. "Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru.
Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua," katanya. Merancang sambutan Syawal ini bersama keluarga tercinta di Ipoh, Perak, menurut Jimmy dia sangat bersyukur apabila pihak mahkamah memberi keadilan dalam hak penjagaan anak buat dirinya dan isteri. "Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya," katanya. Jimmy dan bekas isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimi, 26, telah bercerai selepas hanya sebulan bernikah selepas Jimmy menebus talak dengan nilai RM1 pada 2012. -Utusan
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment