Wednesday, August 14, 2013

Cara rawatan yang menakutkan namun berkesan



Cara rawatan yang menakutkan namun berkesan | Semakin ramai penduduk China mengunjungi klinik akupuntur untuk menjalani rawatan sengat lebah bagi mengubat penyakit termasuk yang mengancam nyawa. Lebih 27,000 penduduk menjalani teknik menyakitkan ini, dengan setiap sesi membabitkan berpuluh-puluh sengatan di sebuah klinik di Beijing yang diusahakan pengamal akupuntur lebah, Wang Menglin. “Kami pegang lebah, letakkannya pada tubuh, pegang kepala dan picit sehingga jarum sengatnya keluar,” kata Wang di klinik beliau di pinggir ibu negara. Wang menggunakan lebah yang diimport dari Itali, yang akan mati apabila ia menyengat. “Kami rawat berpuluh-puluh penyakit daripada tulang rapuh hingga kanser, semuanya menunjukkan keputusan positif,” kata Wang. Sengat lebah juga boleh digunakan untuk merawat penyakit biasa anggota bawah badan,” katanya dan mendakwa ia juga berkesan sebagai langkah pencegahan.


 Tiada bukti perubatan 

Tetapi, selain cuba menghalang reaksi alahan kepada sengat itu, belum ada bukti kukuh perubatan mengatakan bahawa bisa lebah berkesan terhadap sebarang penyakit dengan laman web Barat menggelarnya sesuatu yang gila. Laman web sciencebasedmedicine.org Amerika Syarikat menganggap perkara itu belum dapat dipastikan. “Tiada bukti saintifik menyokong penggunaannya,” katanya mengenai ‘apitherapy’ atau rawatan menggunakan produk lebah. Seorang pesakit Wang berkata, doktor memberitahu dia menghidap kanser paru-paru dan otak. Dia diberi tempoh hayat kira-kira setahun tetapi sudah melebihi hayat jangkaan doktor dan berterima kasih dengan rawatan sengat lebah berkenaan. Tetapi, halaman web American Cancer Society menjelaskan: “Tiada kajian klinikal terhadap manusia menunjukkan bahawa bisa lebah atau produk madu lebah lain berkesan dalam menghalang atau merawat kanser.” - AFP





.

Artis ternama sewa helikopter jemput anak pulang sekolah


Artis ternama sewa helikopter jemput anak pulang sekolah | ISTERI kepada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham, Victoria Beckham telah menyewa helikopter semata-mata tidak mahu terlewat menjemput anak lelakinya, Brooklyn pulang dari sekolah. Perkara itu berlaku di saat dirinya sibuk dengan penggambaran untuk sebuah majalah. Selain menjemput Brooklyn dari sekolah, Victoria juga perlu menghadiri mesyuarat ibu bapa dan guru di sekolah anaknya.

 "Victoria hampir membatalkan sesi fotografi. "Namun, para pembantunya berjaya mencari jalan penyelesaian supaya dia tidak terlambat ke sekolah dengan menaiki helikopter,”kata Ketua Editor Vogue-Australia, Edwina Mccann. Selain sibuk dengan urusan peribadi, Victoria juga dikenali sebagai seorang wanita yang mementingkan keluarga dan anak-anak. Perkara itu diakui Victoria sendiri di mana selepas anak-anaknya tidur barulah dia memulakan kerjanya yang di luar tanggungjawab sebagai ibu. -AP





.

Wujudnya halaman Facebook yang menghina Rakyat Sabah dan Sarawak juga Penganut Kristian


Wujudnya halaman Facebook yang menghina Rakyat Sabah dan Sarawak juga Penganut Kristian | Sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mewujudkan halaman di laman sosial Facebook yang didakwa membenarkan orang ramai untuk menghina rakyat Sabah dan Sarawak. Timbalan Ketua Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) bahagian Ranau, Datuk Siringan Gubat membuat gesaan itu diikuti dengan satu laporan polis yang dibuat mengenai mereka yang mewujudkan halaman Facebook bertajuk "Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak" pada 7 Ogos.

Halaman Facebook itu didakwa mengandungi komen-komen daripada orang ramai yang menghina rakyat Sabah dan Sarawak, dan juga penganut Kristian di negara ini. Laporan polis yang dibuat oleh anggota Pemuda Upko Tuaran, yang menggesa supaya tidak dikenakan terhadap pentadbir bagi halaman di laman sosial itu. Siringan, yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri berkata, halaman itu menghina mereka di Malaysia Timur juga menyinggung perasaan penganut Kristian di negara ini. "Kita tidak boleh hanya duduk dan berdiam diri apabila seseorang berbuat sesuatu yang begitu serius seperti ini," katanya sambil menambah bahawa perkara itu hanya akan membahayakan perpaduan dan hubungan berbilang agama, dan antara Malaysia Barat dan Timur.

"Kita juga tidak mahu melihat sebarang perbezaan atau pilih kasih dalam layanan atau tindakan terhadap sesiap yang menghina agama lain, tidak kira siapa dia atau dari mana latar belakang agama seseornag itu," tegas Siringan. Beliau berkata, ia tidak bertepatan dengan imej Kerajaan yang secara agresif mempromosikan semangat 1Malaysia dan hubungan integrasi antara Malaysia Barat dan Timur, sekiranya mengambil ringan berhubung perkara ini. -Mstar






.

Pemain dram kumpulan Search, Yazid rebah di rumah keluarganya


Pemain dram kumpulan Search, Yazid rebah di rumah keluarganya | Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu. Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama. "Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu. Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid yang rebah itu dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan Aidilfitri. "Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan.

Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya. Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Yazid selain bertanya khabar. Antara artis yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias. Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi. -Mstar




.

Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Menggunakan Penukul



Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Menggunakan Penukul | Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet. Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul. Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya. Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan. Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad. Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama. Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata. -Mstar





.

Alhamdulillah : Israel Akan Bebaskan 26 Banduan Palestin


Alhamdulillah : Israel Akan Bebaskan 26 Banduan Palestin  | Israel akan membebaskan seramai 26 banduan warga Palestin berikutan rundingan damai yang diperbaharui pada minggu ini, kata satu kenyataan rasmi pada lewat Ahad. Susulan keputusan kerajaan itu, Khidmat Penjara Israel menyiarkan senarai nama 26 banduan yang dipilih untuk dibebaskan. Senarai itu disiarkan selepas pengumuman berkenaan termasuk nama banduan, kesalahan jenayah, tarikh penahanan serta nama-nama mangsa mereka.

 Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada lewat malam Ahad berkata, sebuah panel telah memutuskan pemilihan banduan yang akan dibebaskan dalam tempoh dua hari akan datang, yang pertama dalam jangka panjang antara banduan Palestin dan Isreal untuk dibebaskan dalam empat peringkat, bergantung kepada perkembangan rundingan. Kebanyakan banduan yang ditahan kerana kesalahan membunu, dengan lima kerana bersubahat dalam kes bunuh dan satu bersalah kerana menculik dan membunuh. - AFP





.

Gempar : Roller coaster alami masalah teknikal di Legoland


Gempar : Roller coaster alami masalah teknikal di Legoland | Sebanyak 10 pengunjung Taman Tema Legoland Malaysia di sini menempuh detik cemas apabila permainan roller coaster yang dinaiki mereka tiba-tiba terhenti dan tersangkut di pertengahan laluan disebabkan masalah teknikal hari ini. Bagaimanapun dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, kesemua pengunjung terbabit menghela nafas lega apabila kakitangan taman tema berkenaan segera menghulurkan bantuan dengan menurunkan mereka yang tersangkut di atas rel permainan yang dikenali sebagai Project-X itu.

Pengurus Perhubungan Awam, Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, D. Deviga berkata, Project-X itu dibuka semula kepada pengunjung pada pukul 11.15 pagi setelah juruteknik membaikinya dan mendapat pengesahan daripada pasukan keselamatan. "Legoland Malaysia sentiasa mengutamakan keselamatan pengunjung dan kita juga melatih semua kakitangan mengenai prosedur kecemasan khusus ketika keadaan memerlukan. "Operasi itu hanya tergendala kira-kira 15 minit sahaja sebelum kembali pulih.

Kejadian ini tidak melibatkan sesuatu yang serius kerana kami sentiasa memantau semua permainan bagi menjamin keselamatan pengunjung," katanya. Tambah Deviga, pihaknya juga menggunakan prosedur khas bagi memastikan setiap masalah dikendalikan dengan cepat dan selamat. "Semua kakitangan di sini diberikan latihan menyelamat bagi memastikan pengunjung berasa selamat ketika berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan di sini," katanya. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!