Saturday, August 24, 2013

Inilah penjelasan pelakon Jehan Miskin mengenai foto dia dikatakan memakai rantai dengan loket salib


Inilah penjelasan pelakon Jehan Miskin mengenai foto dia dikatakan memakai rantai dengan loket salib | Pelakon juga pengarah Jehan Miskin sedih dengan dakwaan dia kononnya membelakangkan agama ekoran sekeping foto yang menunjukkan dia bersama isterinya memakai loket berbentuk lambang salib yang dimuatkan di laman Instagram miliknya, baru-baru ini. Malah pengarah drama What If ini menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menempelaknya dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional, terlalu emosi dan bersikap 'terlebih' sensitif. "Pada saya ianya mudah. Kalau kita fikir positif, positif lah. Tapi kalau kita fikir negatif, jadi negatif lah ia. Bila isu ni timbul saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib. Saya siap suruh pihak itu rujuk wikipedia.

"Saya dilahirkan Islam, jadi tak masuk akal kalau saya pakai salib. Lain lah kalau saya tak perasan atau terpakai. Tapi dalam hal ini, saya memang pakai loket tu dan nak kongsikan gambar pada para peminat saya. Loket tu adalah lambang pengangkap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama", katanya kepada Malaysian Digest tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut. Pun begitu menurut Jehan, dia pada mulanya membalas kritikan pihak tersebut menerusi laman Facebooknya dengan tujuan cuba untuk membetulkan salah faham pihak terbabit. Tetapi apabila pihak pengkritik berkenaan dan peminatnya dilihat mula bergaduh disebabkan perbezaan pendapat tentang gambar itu, Jehan semakin bingung dan terus berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya.

Malah disebabkan tidak mahu laman sosial Facebook menjadi medan perang, kata Jehan, dia terpaksa 'menyembunyikan' beberapa kritikan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau. "Mula-mula saya jawab komen tersebut sebab nak betulkan salah faham. Saya tak marah pihak tersebut. Tapi bila saya reply, ada lagi yang mengatakan loket tu memang lambang salib dan masa tu ada juga peminat yang menyokong saya. Jadi kali kedua, saya reply lagi untuk beri penjelasan. Saya ingatkan semuanya dah selesai tapi lain pula jadinya apabila peminat saya dan pengkritik tersebut mula bergaduh. Kali ketiga, saya dah malas nak layan dah... lantak lah nak jadi apa pun. "Sampaikan saya terpaksa hide beberapa komen yang sangat pedas bagi mengelakkan peminat saya terus bergaduh dengan pihak berkenaan. Saya tak nak Facebook saya jadi tempat bergaduh. Padahal selama ni facebook saya berkongsi perkara-perkara yang menggembirakan.


"Cuma apa yang saya sedih, kenapa ada pihak yang sensitif sangat...? Bagi saya pihak yang mengkritik tu, emo. Kenapa mereka cepat melenting dan tak rasional. Kalau mereka rasional, mesti ianya ada perbincangan dan hujah. "Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas. Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?", katanya dengan panjang lebar. Jehan juga memberitahu, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo memandangkan dia merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut. Dan tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu - mD





.

4 cara untuk kurus yang tidak semestinya berjaya



4 cara untuk kurus yang tidak semestinya berjaya | Siapa yang tidak mahu perut kempis dan seksi. Semua orang pasti akan berusaha untuk memperolehinya. Masalah lazim yang dihadapi sudah banyak usaha yang dikeluarkan namun mengapa ia tidak berhasil. Ini kerana anda membazirkan mata dengan maklumat yang salah tentang tip-tip mendapatkan perut kempis. Berikut adalah 4 mitos yang anda tidak perlu percaya:


Berlapar untuk perut kempis

Pada sesetengah masa, anda akan berfikir bahawa berlapar adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan. Anda mungkin juga berfikir bahawa pengurangan kalori dalam badan boleh memberikan keputusan yang lebih cepat, sebenarnya tidak. Apabila anda lapar, kadar metabolism dalam badan anda akan terganggu. Berlapar bukan sahaja tidak efektif, malah membahayakan kesihatan anda juga.


Mengambil pil diet

Jangan terpedaya pada testimoni yang dikeluarkan oleh agen produk kesihatan. Ia memang nampak menarik, tetapi anda harus tahu bahawa tiada 'pil ajaib' yang boleh memberikan anda perut yang kempis tanpa perlu bersenam. Pil diet ini lebih cenderung untuk 'mencederakan' poket anda daripada menunjukkan apa-apa keputusan positif pada perut anda.


Pakej produk diet memberi kesan yang cepat

Kebiasaanya, pakej produk diet yang dibungkus mengandungi gula halus dan beberapa bahan tiruan yang tidak di perlukan oleh badan anda. Sesetengah produk tidak membawa kepada hasil yang memuaskan jadi anda hanya membazir masa sahaja.


Elak makanan berkarbohidrat

Banyak tanggapan yang mengatakan nasi merupakan punca utama berat badan naik. Bukan sahaja nasi, tetapi segala makanan bekarbohidrat juga! Nasi, kentang atau roti tidak menggemukkan anda sebenarnya, yang penting kawalan makanan anda. Yang penting, elak makan makanan segera yang telah dibungkus.





.

Aneh namun benar, anjing selamatkan kucing dengan darah



Aneh namun benar, anjing selamatkan kucing dengan darah | Kita sering digambarkan bahawa anjing dan kucing merupakan dua haiwan yang saling bermusuhan. Namun, seekor anjing di sini menyangkal pepatah itu apabila menyelamatkan seekor kucing yang hampir mati akibat termakan racun tikus menerusi prosedur pemindahan darah. Keputusan itu diambil oleh doktor di Klinik Haiwan Tauranga, Kate Heller yang menyedari bahawa kucing bernama Rory itu tidak akan hidup melainkan ia menerima darah serta-merta. Namun begitu, ketika pemilik Rory, Kim Edwards tiba di klinik itu, makmal ujian darahnya telah ditutup dan ini menyebabkan doktor tidak mengetahui jenis darah kucing tersebut sama ada A, B atau AB kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa maut.

Selepas berunding dengan doktor-doktor haiwan lain, Heller memutuskan untuk menjalankan pembedahan terhadap kucing itu dengan menggunakan darah anjing. "Jika kami tidak lakukannya, kucing itu akan mati, kami tidak akan rugi apa-apa jika mencuba, ia antara hidup atau mati, ini juga sangat luar biasa. "Berdasarkan prosedur, pemindahan darah di antara dua spesies berbeza adalah tidak digalakkan,'' katanya. Jelas Heller, dia kemudian menghubungi rakannya yang juga pemilik seekor anjing bernama Macy, untuk mendapatkan darah haiwan itu. Kajian menunjukkan kucing tidak akan memberi sebarang tindak balas negatif terhadap apa juga jenis darah yang dimasukkan ke dalam badan haiwan tersebut. - AGENSI





.

Kontroversi kematian bayi berusia 17 minggu


Kontroversi kematian bayi berusia 17 minggu | Seorang bayi berusia 17 minggu meninggal dunia gara-gara kelewatan sebuah ambulans untuk tiba di lokasi kecemasan akibat tersesat dan terpaksa mengisi minyak. Dalam kejadian pada 11 Mac lalu, ibu mangsa, Amy Carter menghubungi talian kecemasan 911 apabila bayinya, Bella Hellings mengalami serangan sawan dan berhenti bernafas di rumahnya di Thetford, Norfolk, timur England. Carter berkata, ambulans yang dihantar oleh Perkhidmatan Ambulans Timur England (EEAST) mengambil masa selama 26 minit untuk tiba di rumahnya, berbanding masa sepatutnya iaitu lapan minit.

Katanya, krew ambulans tersebut turut tersesat sebanyak beberapa kali ketika membawa anaknya ke Hospital West Suffolk di Bury St Edmunds. "Sebaik-baik tiba di hospital, doktor mendapati anak saya tidak bernafas hampir sejam dan disahkan meninggal dunia. "Saya juga kecewa dengan sikap paramedik yang tidak sensitif kerana bergurau tentang lutut ketika menurunkan anak saya. "Malah semasa perjalanan pulang ke rumah, mereka seolah-olah tiada perasaan terhadap kematian anak saya dan berbual tentang rancangan cuti hujung minggu," katanya.


Siasatan EEAST mendapati, sebuah ambulans berada lapan kilometer dari lokasi kejadian, namun tidak dihantar untuk membawa mangsa. Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan menetapkan, ambulans perlu tiba di lokasi kecemasan dalam tempoh lapan minit apabila melibatkan kes kritikal. Satu siasatan secara menyeluruh berhubung kematian Hellings akan diadakan pada bulan depan. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!