Sunday, August 25, 2013

DIA TUNANG AKU - DHIEYA ADLYNNA




Konflik yang dialami oleh Dzaquan memang sangat sukar. Setelah kematian ayah, dialah ibu, dialah ayah, dan tanggungjawab mencari nafkah membesarkan adik beradiknya digalas sepenuhnya. Bayangkan dia yang masih bersekolah ketika itu, terpaksa bekerja dan mahu tidak mahu, dia terpaksa ponteng sekolah. Mujurlah dia seorang pelajar yang pintar. Suatu hari, muncul seorang lelaki, bernama Datuk Zaman, yang menjodohkan anaknya, Aneesa dengan Dzaquan, dengan pilihan samada bersetuju atau dia terpaksa dipisahkan dengan adik beradiknya. Dzaquan terpaksa bersetuju, walaupun Aneesa sudah ada kekasih hati. Dzaquan memegang amanah itu sehinggalah Aneesa nekad menyambung pelajaran diluar negara.

Sedar diri, Dzaquan bekerja sambil belajar, namun Aneesa tetap menganggap Dzaquan lebih memandang wang ringgit. Setelah satu peristiwa hitam berlaku di luar negara, Aneesa kembali dan dia terpaksa tinggal bersama Dzaquan sambil mereka meneruskan pelajaran. Dan sejak mengetahui Dzaquan tetap memegang amanah sebagai tunangnya, walaupun ramai gadis yang memikat, Aneesa sedar dia sudah terpaut hati dengan tunang sendiri... ngeee..


Tajuk : Dia Tunang Aku!
Penulis : Dhieya Adlynna
Halaman : 661 muka surat
Harga : RM27.90/RM30.90




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Alasan paling tak masuk akal oleh pasangan ini bila kena tangkap basah


Alasan paling tak masuk akal oleh pasangan ini bila kena tangkap basah | 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.' Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini. Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi. "Apabila menghampiri kenderaan terbabit, polis mendapati kedua-dua pasangan itu sedang berbaring di dalam kereta.

“Terkejut dengan kehadiran polis, suspek perempuan terus bangun manakala teman lelakinya keluar dari kereta dalam keadaan kedua tangan memegang seluar yang dipakainya," katanya. Ketika ditanya pada suspek lelaki, apa yang sedang mereka lakukan dalam kereta dan berbaring dalam keadaan gelap, pelajar tahun akhir itu memberi alasan bahawa mereka sedang berbincang tentang peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi.

"Kami belajar di IPTA sama. Saya sekarang ini belajar dalam semester akhir manakala teman wanita saya belajar di semester tiga. "Keluarga kami sudah tahu kami berkawan sejak dulu lagi,” katanya. Ghuzlan berkata, setelah membuat pemeriksaan, polis mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. "Polis akhirnya mengarahkan mereka beredar agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. "Sedih saya lihat perlakuan anak-anak muda sekarang ini, ibu bapa diharap memantau anak dalam apa keadaan sekalipun,” katanya. -SH





.

Ketahui undang-undang pelik di seluruh dunia



Ketahui undang-undang pelik di seluruh dunia | UNDANG-UNDANG atau peraturan merupakan satu garis panduan yang digunakan oleh masyarakat bertamadun untuk mendisiplinkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk membantu orang ramai agar dapat hidup dalam aman dan harmoni, tidak merosakkan dan memusnahkan harta benda serta alam sekitar.

 Terdapat berjuta-juta undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di seluruh dunia melibatkan pelbagai perkara termasuklah manusia, alam sekitar mahupun haiwan. Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri dan dalam setiap negara juga mempunyai perbezaan undang-undang di negeri-negeri di bawahnya.

Ada di antara undang-undang tersebut perlu diwujudkan dan ada juga undang-undang itu amat pelik dan tidak masuk akal. Perbezaan itu bergantung kepada keperluan sesebuah negara yang mana ia melibatkan cara hidup penduduk dan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut. Walau apa pun, pihak berkuasa bertanggungjawab dan boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang itu jika didapati bersalah walaupun ada yang merasakan ia tidak sepatutnya diwujudkan.

Yang pasti, kamu mestilah mengetahui undang-undang negara yang kamu ingin lawati sebelum melancong ke negara tersebut. Jangan sampai kamu ditangkap kerana melakukan kesalahan walaupun di negara asal kamu undang-undang seumpama itu tidak wujud. Mari kita kenali beberapa undang-undang yang mungkin kamu rasakan pelik agar menjadi panduan mahupun pengetahuan kepada kamu ketika melancong kelak. -Utusan






.

Awas, dengan hanya nama pun boleh ditahan pihak berkuasa



Awas, dengan hanya nama pun boleh ditahan pihak berkuasa | Pihak berkuasa Palestin menahan seorang rakyatnya kerana menjual minyak wangi menggunakan jenama Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi di Tebing Barat, Khamis. Islambuli Badir, 36, anggota pergerakan Islam Hamas, ditahan dalam satu sebuah di kedai minyak wanginnya di Bandar Tulkarem, kata abangnya, Abdel Fattah Badir. “Seorang lelaki dari perkhidmatan keselamatan menyerbu kedai abang saya dan merampas semua botol minyak wangi yang menggunaka label 'Morsi'. "Abang saya kemudian ditahan dan komputer bimbitnya juga dirampas," kata Abdel Fattah. "Sehari selepas abang ditahan, adik bongsu kami, Qassam, 24, meletakkan papan tanda di kedai menyatakan maaf kepada pelanggan kerana minyak wangi 'Morsi' sudah habis dirampas pihak berkuasa," katanya. -AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!