Thursday, August 29, 2013

Info khas buat pengguna komuter


Info khas buat pengguna komuter | Pengerusi KTMB, Datuk Elias Kadir, berkata, lanjutan masa itu bertujuan memudahkan perjalanan pulang orang ramai yang meraikan sambutan itu. "Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita dapati masih ada penumpang yang memerlukan perkhidmatan komuter untuk pulang selepas waktu operasi biasa," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan pemeriksaan operasi tren ke Stesen Rembau, di sini, hari ini. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara rasminya akan memperluaskan operasi tren komuternya sehingga ke stesen Rembau, Negeri Sembilan bermula esok. Katanya, KTMB juga menugaskan kakitangan tambahan sepanjang tempoh itu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan," katanya. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian bebas tol 1-300-88-5862 atau ke stesen KTM Komuter berdekatan.-BH




.

Selepas 13 tahun, inilah akhirnya...


Selepas 13 tahun, inilah akhirnya... | Aktor Michael Douglas dan isterinya, aktres Catherine Zeta-Jones dilaporkan berpisah selepas hampir 13 tahun berkahwin. Majalah People melaporkan, pasangan itu sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu selepas dikesan masing-masing sering menghadiri acara karpet merah secara bersendirian. "Douglas dan Zeta-Jones inginkan sedikit ruang dan masa dalam hubungan mereka," menurut sumber yang dipetik oleh People. Pasangan itu bagaimanapun, belum memfailkan tuntutan cerai secara rasmi. - REUTERS





.

Gembira menjadi ngeri.. Pengalaman yang tak tersangka


Gembira menjadi ngeri.. Pengalaman yang tak tersangka | Keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mandi-manda di kawasan air pancut muzik Pusat Kebudayaan Xinjian, wilayah Hubei, bertukar ngeri apabila dia melambung setinggi kira-kira 2.4 meter ke udara akibat daya pancutan air tersebut. Pakaian kanak-kanak itu juga koyak seperti dicarik-carik akibat tekanan air yang tinggi, selain hidungnya berdarah dan luka setelah bahagian mukanya mendarat terlebih dahulu ke lantai konkrit. Seorang pengunjung yang sedang menangkap gambar keindahan air pancut popular di Enshi, wilayah Hubei itu sempat merakam kejadian tersebut.

Kanak-kanak itu yang menangis, kemudian ditenangkan oleh keluarganya. Bapa kanak-kanak tersebut, Wan Lu berang kerana tiada tanda amaran dipasang pihak pengurusan tentang bahaya air pancut berkenaan. “


Pihak pengurusan sepatutnya memasang papan tanda amaran tentang kemungkinan yang boleh berlaku. “Kami sedang berseronok bermain air pancut, kemudian anak saya tiba-tiba melayang ke udara dan menjerit," jelasnya. Wan Lu berkata, daya pancutan air tersebut juga terlalu kuat sehinggakan seluar dan baju dipakai anaknya koyak rabak. Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pihak pengurusan sentiasa menyediakan seorang pengawal untuk mengawasi aktiviti pengunjung dan tanda amaran juga telah dipasang. - AGENSI




,

Inilah senarai 49 kongsi gelap dengan 40,313 ahli dan aktif diseluruh negara


Inilah senarai 49 kongsi gelap dengan 40,313 ahli dan aktif diseluruh negara | Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu. Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari. "Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam. - Utusan






.

Anak curi mayat bapa dari kubur untuk hidupkannya kembali



Anak curi mayat bapa dari kubur untuk hidupkannya kembali | Seorang lelaki yang didakwa mencuri mayat bapanya dari sebuah tanah perkuburan di sini dengan harapan menghidupkannya kembali, mengaku bersalah atas dakwaan itu bagi mengelak hukuman penjara. Vincent Bright, 48, mengaku bersalah mencuri dan memindahkan mayat dijangka mendengar keputusan hukuman ke atasnya dibacakan 24 September depan. Dia nampaknya menyedari kesalahannya dan mengakui kesalahannya, kata peguambela Gerald Karafa.


Boleh dipenjara

10 tahun Beliau berkata, sebagai pertukaran pengakuan bersalah, Bright akan diberikan tempoh percubaan untuk jangka masa tertentu. Hakim turut membenarkan bright dibebaskan dengan ikat jamin. Penilaian ke atas hukuman awal akan menentukan tempoh percubaan yang dikenakan ke atas Bright, katanya. Seseorang yang disabitkan bersalah memindah atau mencuri mayat boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara. Laporan daripada dokumen mahkamah menyatakan, Bright mencuri mayat ayahnya Clarence, 93, dari tanah perkuburan Gethsemane 14 Januari lalu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumahnya.


Pemeriksaan mental

Polis yang mendapat maklumat daripada salah seorang keluarganya, menjalankan siasatan di rumah terbabit dan menemui mayat berkenaan di Bright, di timur Detroit. Polis berkata, Bright adalah seorang yang taat kepada agama dan dia mengambil mayat ayahnya dengan harapan dapat menghidupkannya semula. Pendakwa yang mengarahkan dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental dimaklumkan bahawa lelaki itu sihat dan bersedia untuk menjalani perbicaraan. -AP





.

Apa terjadi kepada 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun Syria?



Apa terjadi kepada 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun Syria? | Kira-kira 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun oleh tentera Syria, minggu lalu, masih belum dituntut dan dikenal pasti selepas seluruh ahli keluarga mereka dipercayai turut maut dalam serangan tersebut. Berikutan itu, kakitangan hospital di timur negara ini terpaksa merujuk mangsa-mangsa tidak berdosa itu menggunakan nombor dengan seorang bayi berusia sebulan dikenali sebagai 'nombor 14'. Dalam kejadian Rabu lalu, kira-kira 600 mangsa gas saraf dikejarkan ke hospital di bandar Arbin itu selepas serangan di pinggir bandar Damsyik tersebut menyebabkan lebih 1,300 orang maut.

Menurut ITV News, Humam Husari, seorang pembuat filem bebas, telah menemu bual seorang sukarelawan paramedik yang bekerja di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik itu. "Di hospital ini, kami telah menerima kira-kira 600 mangsa yang terkena serangan gas beracun dengan 110 kematian telah didaftarkan, manakala 35 lagi belum didaftarkan. "Bagi mangsa wanita pula, kebanyakannya kami telah kenal pasti dan hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum dapat dikenal pasti," katanya.

 Sementara itu, Humam turut melawat sebuah kilang pakaian berhampiran yang kini telah menukar operasinya untuk mengeluarkan topeng gas ekoran bimbang dengan serangan senjata kimia terbaharu. Seorang lelaki di kilang terbabit, Abu Ibrahim berkata, mereka mendapat nasihat doktor dalam pembuatan topeng gas itu. "Mungkin tidak 100 peratus topeng gas keluaran kami boleh menyelamatkan penduduk, tetapi sekurang-kurangnya 70 hingga 60 peratus ia dapat membantu orang ramai mengelak daripada bahaya," ujarnya kepada Humam. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!