Thursday, August 29, 2013

Apa terjadi kepada 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun Syria?



Apa terjadi kepada 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun Syria? | Kira-kira 20 jenazah kanak-kanak yang maut dalam serangan gas beracun oleh tentera Syria, minggu lalu, masih belum dituntut dan dikenal pasti selepas seluruh ahli keluarga mereka dipercayai turut maut dalam serangan tersebut. Berikutan itu, kakitangan hospital di timur negara ini terpaksa merujuk mangsa-mangsa tidak berdosa itu menggunakan nombor dengan seorang bayi berusia sebulan dikenali sebagai 'nombor 14'. Dalam kejadian Rabu lalu, kira-kira 600 mangsa gas saraf dikejarkan ke hospital di bandar Arbin itu selepas serangan di pinggir bandar Damsyik tersebut menyebabkan lebih 1,300 orang maut.

Menurut ITV News, Humam Husari, seorang pembuat filem bebas, telah menemu bual seorang sukarelawan paramedik yang bekerja di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik itu. "Di hospital ini, kami telah menerima kira-kira 600 mangsa yang terkena serangan gas beracun dengan 110 kematian telah didaftarkan, manakala 35 lagi belum didaftarkan. "Bagi mangsa wanita pula, kebanyakannya kami telah kenal pasti dan hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum dapat dikenal pasti," katanya.

 Sementara itu, Humam turut melawat sebuah kilang pakaian berhampiran yang kini telah menukar operasinya untuk mengeluarkan topeng gas ekoran bimbang dengan serangan senjata kimia terbaharu. Seorang lelaki di kilang terbabit, Abu Ibrahim berkata, mereka mendapat nasihat doktor dalam pembuatan topeng gas itu. "Mungkin tidak 100 peratus topeng gas keluaran kami boleh menyelamatkan penduduk, tetapi sekurang-kurangnya 70 hingga 60 peratus ia dapat membantu orang ramai mengelak daripada bahaya," ujarnya kepada Humam. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!