Friday, August 30, 2013

Alasan seorang bapa yang tidak menerima anak kembar tiganya


Alasan seorang bapa yang tidak menerima anak kembar tiganya | Seorang bapa di wilayah Henan, China ditahan polis kerana cuba menyerahkan anaknya yang merupakan kembar tiga, kepada orang ramai di tepi jalan. Xu Lin yang terdesak dan telah pun mempunyai dua orang anak lelaki berumur lima dan enam tahun, mendirikan satu gerai di Dengfeng, wilayah Henan untuk menawarkan anaknya secara percuma kepada mereka yang berkemampuan. Bayi kembar berusia 11 bulan itu yang dibalut dengan kulit dan ditutup dengan selimut dibaringkan di atas tikar yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki.


"Saya sayangkan anak-anak saya, tetapi saya perlu memilih sama ada mereka yang pergi atau keluarga saya mati kelaparan," katanya. Seorang saksi berkata, bayi-bayi itu sihat, tetapi keluarga itu tidak mampu memeliharanya, selain mereka mahukan anak perempuan. Pejalan kaki telah menghubungi polis kerana bimbang Lin adalah seorang penyeludup kanak-kanak dan dia kemudiannya ditahan. Kanak-kanak itu pula kini dijaga oleh pihak berkuasa bandar. Seorang jurucakap polis berkata, keluarga itu sememangnya terdesak kerana mereka tidak mampu memelihara bayi-bayi tersebut. Dasar 'satu anak' yang diamalkan oleh kerajaan China sering dilanggar oleh penduduk di luar bandar, tetapi mereka terpaksa membayar denda. - AGENSI





.

Gambar kucing dengan bulu terpanjang didunia


Gambar kucing dengan bulu terpanjang didunia | Seekor kucing baka kacukan Himalaya-Parsi bakal diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang di dunia. Kucing bernama Colonel Meow yang dibela oleh Anne Marie Avey dan Eric Rosario di Los Angeles itu mempunyai bulu sepanjang 23 sentimeter, dijangka mencatat rekod terbabit yang akan diisytiharkan pada bulan depan. Avey berkata, dia dan suaminya memang menyedari kelebihan haiwan peliharaan mereka itu dan berpotensi memegang rekod dunia. "Bulu Colonel Meow sangat panjang dan banyak sehingga sering berguguran di seluruh rumah, termasuk pada badan kami. "Saya terpaksa membersihkan rumah pada setiap hari disebabkan bulu kucing kami," katanya.


Avey dan Rosario perlu membersihkan dan memandikan Colonel Meow tiga kali seminggu dan tugas tersebut dilakukan secara bersama oleh pasangan itu. Malah mereka tidak pernah menggunakan sebarang produk mandian atau syampu ketika memandikan kucing berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan air dan berus. Colonel Meow menjadi popular selepas satu laman web yang mendedahkan tentang haiwan itu dibuka termasuk dalam laman sosial Facebook dan laman perkongsian video, YouTube.


Video kucing itu mendapat sambutan hangat dan telah dilihat lebih dua juta kali dalam YouTube. Ketua Editor Guinness World Records, Craig Glenday berkata, Colonel Meow merupakan kucing yang menakjubkan dan memberi inspirasi kepada semua orang di seluruh dunia mula mengukur panjang bulu kucing mereka. "Kami gembira dapat menyenaraikan Colonel Meow dalam Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang," jelasnya. Edisi terbaharu Guinness World Records 2014 akan disiarkan pada 12 September ini di lebih 100 buah negara. - AGENSI





.

Franck Ribery dinobat Pemain Terbaik Eropah 2012/2013



Franck Ribery dinobat Pemain Terbaik Eropah 2012/2013 | Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery hari ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2012/13. Pemain antarabangsa Perancisi itu menjadi pemain ketiga memenangi anugerah berkenaan yang sebelum ini dibolot dua pemain Barcelona, Lionel Messi (2011) dan Andres Iniesta (2012).

Kali ini Ribery mengetepikan Messi dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Ribery membantu Bayern bagi membolot tiga trofi kejuaraan musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah, juara Bundesliga Jerman dan Piala Jerman. Beliau bertanggungjawab membantu jaringan kemenangan Bayern menerusi gol Arjen Robben dalam perlawanan akhir menentang Borussia Dortmund dengan keputusan 2-1. - AFP




.

Alasan artis Fida Ibrahim bergambar dengan pakaian ketat menampakkan bentuk badan



Alasan artis Fida Ibrahim bergambar dengan pakaian ketat menampakkan bentuk badan | Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap. Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya. "Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.


"Lagipun saya duta produk kelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok. Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang. Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi. -mD





.

Mayat bayi cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan


Mayat bayi cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan | Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut. Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama. Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.

Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian. Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis. "Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!