Sunday, September 1, 2013

SUAMIKU ENCIK SOTONG - SYIKIN ZAINAL




SUAMIKU ENCIK SOTONG - SYIKIN ZAINAL | Kematian nenda Erica Sofea disambut dengan kegembiraan yang bukan kepalang. Ini adalah kerana, dialah bakal peneraju utama Khaleeda Holding. Apabila wasiat dibacakan, sangkaannya benar, namun disebalik itu, ada satu syarat yang sangat tak masuk akal, harus diterimanya untuk memastikan impian itu menjadi kenyataan. Dia terpaksa berkahwin dengan 'sotong peliharaan' nendanya Farish.. Dah lah lembut semacam, naik geli dia melihatnya. Dan mahu tidak mahu dia menerima syarat itu dengan berat hati. Itupun kena jadi suami isteri selama 3 tahun..huhu..

Memang sahlah selama tiga tahun, satu tempoh yang lama tu akan membuatkan mereka jatuh cinta. Tapi bukan sesama mereka. Seorang wanita membuatkan Farish berubah menjadi seorang lelaki sejati. Tak jadi sotong dah. Dan dia nekad sebaik saja selepas tiga tahun, dia akan mengahwini wanita yang bertakhta dihatinya itu. Namun, buat Sofea Erica, dia jatuh hati pada sepupu sendiri, Tengku Izhan yang pada mulanya berpakat dengan ibu sendiri memikat hati Erica Sofea untuk mendapatkan Khaleeda Holding. Namun Tengku Izhan jatuh sayang pula pada Erica Sofea. Dan disebabkan perasaannya itu mereka terlanjur dan Erica Sofea didapati hamil. Ya, hamil ketika masih menjadi isteri Farish.

Mengetahui tipu helah Tengku Izhan dan ibunya, Erica Sofea nekad menjauhkan diri dari Tengku Izhan, apatah lagi Izhan dikatakan bakal mengahwini Qarina. Berniat menyembunyikan aib Erica Sofea, Farish menangguhkan impiannya mengahwini gadis idamannya. Namun sampai bila Farish harus mengalah dan berkorban? Dia hanya anggap Erica Sofea umpama seorang adik....



Tajuk : Suamiku Encik Sotong
Penulis : Syikin Zainal
Halaman :610 muka surat
Harga : RM25.90




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Tujuan pengiklanan, namun mencetuskan kebimbangan



Tujuan pengiklanan, namun mencetuskan kebimbangan | Tindakan sebuah kilang di China memasang alat permainan papan gelongsor di atas bangunan setinggi 12 meter bagi tujuan pengiklanan, mencetuskan kebimbangan para ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka. Papan gelongsor tersebut dipasang di atas sebuah kilang tiga tingkat di Heze, wilayah Shandong, timur China. Kedudukan alat permainan itu terletak di tepi bangunan berkenaan dan papan gelongsornya menghala terus ke bawah yang merupakan tapak letak kereta. Penduduk setempat menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan anak mereka yang boleh tertarik dengan alat permainan tersebut.

"Kami bimbang anak kami mungkin masuk ke dalam bangunan itu pada hujung minggu dan bermain papan gelongsor terbabit. "Pihak kilang tidak sepatutnya meletakkan papan gelongsor berkenaan di atas bangunan," kata seorang penduduk. Bagaimanapun, pengurus kilang itu berkata, alat permainan itu diletakkan di sana bagi tujuan pengiklanan dan tidak bertujuan dibuka kepada sesiapa. Ekoran aduan orang ramai, pihak pengurusan kilang akhirnya menurunkan permainan papan gelongsor tersebut atas faktor keselamatan. "Kami memahami kebimbangan orang ramai tentang perkara tersebut dan membuat keputusan menurunkannya," kata seorang jurucakap kilang. - AGENSI





.

Kejam : Kepala dan tangan manusia ditemui di luar ibu pejabat polis



Kejam : Kepala dan tangan manusia ditemui di luar ibu pejabat polis  | Sebuah kotak yang berisi kepala dan dua tangan manusia berserta satu nota ugutan bunuh ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Kebangsaan, di sini semalam. Akhbar The Standard hari ini melaporkan, nota ugutan tersebut ditujukan kepada Ketua Polis Kenya, Johnston Kayuludi dengan amaran berbunyi 'Kayuludi, anda orang seterusnya'. Polis turut menemui satu mayat tanpa kepala di kawasan penempatan Ruai dan akan melakukan siasatan jika mayat itu mempunyai kaitan dengan kepala yang diletakkan di dalam kotak berkenaan. - dpa




.

Ini kisah lelaki yang menghabiskan 12 tahun untuk mencari pasangan hidup


Ini kisah lelaki yang menghabiskan 12 tahun untuk mencari pasangan hidup | Kebiasaannya lelaki yang sekian lama membujang akan mencari cinta melalui laman web cari jodoh atau meminta bantuan rakan-rakan. Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki dari New Jersey, Robert Darling yang menghabiskan masa selama 12 tahun untuk mencari pasangan hidup hanya dengan menggunakan papan tanda. Dalam papan tanda tersebut, penganggur berusia 58 tahun itu menulis bahawa dia mahu berkahwin dengan wanita kaya dan menyertakan nombor telefon serta emel. Setiap hari, Darling akan menghabiskan masa selama dua jam berjalan ke Manhattan sebanyak dua kali seminggu untuk mencari pasangan hidupnya.

Menurut Darling, dia berbuat demikian selepas banyak kali menemui kegagalan dalam percintaan dan membuat keputusan untuk menggunakan cara yang ekstrem bagi mencari jodohnya. "Dengan cara ini, saya mendapat banyak reaksi positif daripada ramai orang yang fikir cara ini kelakar tetapi saya sebenarnya serius. "Saya mahu pergi ke muzium dan konsert, namun tidak mempunyai wang. "Jadi saya perlu berkahwin dengan wanita kaya untuk menjaga saya," ujarnya. Darling sering membawa papan tandanya itu ke kawasan mewah seperti Wall Street, Columbus Circle dan Times Square dengan harapan dapat menemui wanita yang kaya.

"Peluang di Wall Street lebih cerah dan mungkin saya akan bertemu dengan wanita yang berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif yang mahu menjadi isteri saya," katanya. Sebelum ini, lelaki tersebut pernah mencuba nasib mencari pasangan dalam laman web mencari jodoh, namun usahanya itu tidak berjaya. "Saya selalu mendapat banyak panggilan daripada wanita yang hanya mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan kad hijau yang membolehkan mereka tinggal di negara ini. "Namun saya tidak akan mengalah dan menunggu sehingga saya berjaya menemui jodoh saya," katanya. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!