Saturday, September 7, 2013

Cerita pelik mengenai buah durian




Cerita pelik mengenai buah durian | Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik. Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas. Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney. "Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.

"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya. Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya. "Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau. Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian:

"Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas." Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia. "Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya. Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road. Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. - BERNAMA




 P/S -Muahaha




.

Aksi rogol antara pelakon Intan Ladyana dan Farid Kamil dalam filem Dampak



Aksi rogol antara pelakon Intan Ladyana dan Farid Kamil dalam filem Dampak | Jarang sekali melihat dia membawakan karakter seorang gadis yang seksi dan daring. Tetapi untuk filem Dampak, Intan Ladyana berani memikul tanggungjawab tersebut termasuklah dia sanggup dirogol oleh Farid Kamil. Mengakui sukar untuk melakonkan babak tersebut namun Intan menganggap ia sebagai cabaran. "Sebenarnya ia sepatutnya jadi babak rogol tapi Qyra (nama watak) ni dia rela dirogol oleh Giran sebab sebenarnya dalam diam dia ada hati pada Giran. Itu babak paling susah sekali. Sebab dia memerlukan mainan emosi dan dalam masa sama fizikal. "Apabila di beritahu saya perlu melakukan babak itu bersama Farid, saya ambil ia sebagai satu cabaran pada diri sendiri. Malah kalau tengok dalam cerita ni, saya juga seorang perokok. Pada sesiapa yang kenal saya, saya memnag tak suka asap rokok. Tapi dalam filem ni saya buat juga (merokok) dan anggap ia satu cabaran", kata Intan menceritakanserba sedikit tentang karakternya ketika di sidang media pra tonton filem tersebut di e@Curve, semalam.

Kata Intan dia juga sudah bersedia sekiranya babak itu menjadi bualan hangat ramai apabila filem tersebut ditayangkan di pawagam kelak. "Saya tiada masalah sekiranya babak tu jadi bualan sebab itu sebahagian daripada jalan cerita filem tu sendiri. Tapi apa yang dipaparkan tu buakannya real. Sementara Farid yang berada di sisi Intan yang turut diminta mengulas mengenai adegan tersebut berkata, "Babak tu memang sukar. Sebab pada saya, kalau nak suruh berpeluk-peluk tu senang sebab dah biasa dalam filem-filem sebelum ni. Tapi lakonan kali ini dalam keadaan Giran (wataknya) yang ketika itu mengalami kecederaan. Jadi saya perlu menghadkan pergerakan tubuh saya.

"Semasa babak tu dirakamkan, hanya kami berdua saja dalam bilik itu bersama empat kamera. Hanya sekali take, kira-kira dalam 20 minit babak itu dilakukan", tutur Farid. Dampak merupakan garapan sulung dari pengarah baru, Lai Yuk Long. Filem ini membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup. Turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish. Filem fiksyen yang sarat dengan adegan aksi dengan sentuhan ala novel grafik ini bakal ditayangkan mulai 19 September ini. -MD




.

Kenaikan Harga Minyak Bukan Alasan Naik Harga Rumah.. (apa kata menteri yang bertanggungjawab)


Kenaikan Harga Minyak Bukan Alasan Naik Harga Rumah.. (apa kata menteri yang bertanggungjawab) | Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pemaju untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pada asasnya harga rumah banyak bergantung kepada faktor permintaan pembeli dan bukannya bergantung kepada harga minyak sepenuhnya. "Pada saya harga rumah ni tak ada kaitan dengan harga minyak, jadi saya harap kementerian berkenaan akan memantau soal ini untuk memastikannya dalam keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut di sini, Jumaat.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia Datuk Seri Yam Kong Choy dalam sebuah portal semalam yang menyatakan tentang kemungkinan berlaku peningkatan 10 peratus terhadap harga rumah pada masa kini. Kenaikan itu disebabkan oleh langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter selain ketidakhadiran pekerja asing di tapak binaan, ekoran operasi bersepadu 6P mengesan pekerja asing tanpa izin yang dilancarkan oleh kerajaan Ahad lepas.

Sementara itu, Kamarul berkata SPNB tidak bercadang menaikkan harga rumah ekoran kenaikan harga minyak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. "Permintaan rumah tidak ada kaitan dengan kenaikan harga diesel, sebaliknya harga dalam sektor hartanah banyak bergantung kepada pemintaan daripada pembeli. "Berikutan langkah bank memperketatkan pinjaman perumahan baru-baru ini, jumlah pembeli yang berkelayakan juga semakin berkurang dan saya tidak menjangkakan pemaju sanggup menaikkan harga rumah dalam keadaan pada masa kini," katanya ketika mengulas perkara tersebut. -BERNAMA



P/S - Gambar sekadar hiasan..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!