Saturday, September 14, 2013

Pentingnya memastikan pengambilan makanan 'bakteria baik'


Pentingnya memastikan pengambilan makanan 'bakteria baik' | Orang ramai yang mengalami masalah gelisah, autisme dan skizofrenia mungkin perlu makan lebih banyak bakteria 'baik' yang banyak terdapat dalam makanan seperti yogurt. Hal ini kerana, beberapa saintis berpendapat, terdapat kemungkinan kaitan antara mikrob atau organisma halus pada saluran penghadaman dengan gangguan seperti penyakit-penyakit tersebut. Mereka mula menyedari tentang kuasa bakteria usus yang sihat, terutamanya melihat orang dewasa mempunyai 2.2 kilogram bakteria dan berjuta organisma dalam saluran penghadaman mereka. Bakteria baik atau lebih dikenali sebagai Probiotic, biasanya ditemui dalam sebahagian makanan yang disimpan lama dengan mengandungi bakteria aktif seperti yogurt, yogurt soya atau makanan tambahan.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Nutritional Neuroscience oleh peneraju ujian untuk faktor nutrisi dalam penyakit kronik, The Great Plains Laboratory menunjukkan kadar HPHPA iaitu hasil sampingan kimia bakteria clostridia, lebih tinggi di dalam air kencing kanak-kanak yang mengalami masalah autisme. Mereka yang dirawat dengan antibiotik amat berkesan terhadap clostridia dengan menunjukkan penurunan gejala autisme.

Dr. James Greenblatt, seorang pakar psikiatri Boston merawat seorang remaja bernama Mary yang mempunyai masalah penyakit mental akibat kerisauan dan mempunyai gaya pemikiran dan tingkah-laku bersifat memaksa (OCD) dan pelbagai masalah penghadaman. Dia menggunakan probiotic berkuasa tinggi bagi menggalakkan bakteria baik diikuti dengan antibiotik, sekali gus membuatkan paras penyakitnya menurun. Selepas enam bulan, simptom yang dialami Mary mula menghilang dan selepas beberapa tahun ia sudah tidak ada lagi. Hari ini, selepas tiga tahun, Mary seorang pelajar sekolah tinggi tidak mempunyai tanda-tanda gangguan mental. - AGENSI




.

Sanggup hidup terasing kerana tidak mahu bergaul dengan masyarakat


Sanggup hidup terasing kerana tidak mahu bergaul dengan masyarakat | Seorang lelaki China yang tidak gemar bersosial, sanggup memilih untuk hidup bersendirian di dalam gua sejak 20 tahun lalu, semata-mata kerana dia tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Kehidupan yang dijalani Feng Mingshan, 54, bukanlah mudah kerana dia perlu memanjat setinggi 50 meter setiap hari di cerunan hampir 90 darjah untuk sampai ke pintu gua atau 'rumahnya' yang telah dipasang dengan tirai. Mingshan mula berpindah dari bandar Gaoba di barat laut wilayah Shaanxi pada 1993 kerana dia mahu hidup seorang diri. Kehidupan terasing yang dilaluinya kini, menjauhkan lelaki itu daripada sebarang kemodenan, malah dia juga dilihat selesa berbogel untuk mencari kayu api. Menurut adiknya, Feng Xueming, Mingshan mempunyai personaliti yang agak pelik dan dia tidak mahu bercakap dengan orang lain.


Menurut laporan media tempatan, lelaki gua itu turut membesarkan 'rumahnya' dan memahat cerunan bagi memudahkan dia memanjat. Laporan menyatakan bahawa Mingshan menemui gua itu semasa dia masih kanak-kanak. "Gua ini dahulunya kecil, tetapi saya memperbesarkannya kepada saiz sekarang hanya menggunakan sebatang tukul besi. "Saya juga membersihkan laluan sepanjang ke gua. Musim panas di sini juga agak sejuk,'' katanya sebagaimana dipetik The Mirror. Namun, ketika penduduk tempatan tertarik dengan keupayaannya memanjat cerunan itu, pihak berkuasa mahu memujuknya keluar dan menempatkannya di rumah penjagaan. - AGENSI





.

Makhluk misteri bertanduk di temui terdampar di pantai Villaricos


Makhluk misteri bertanduk di temui terdampar di pantai Villaricos | Satu bangkai makhluk laut misteri yang bertanduk dengan saiz empat meter panjang, ditemui terdampar di kawasan pantai Villaricos di sini, sekali gus mengejutkan penduduk sekitar bandar berkenaan. Menurut laporan Huffington Post, bangkai makhluk tanpa kepala berbadan panjang dan berwarna putih itu dijumpai seorang perenang. Ketika ditemui, ia sudah berbau busuk serta hampir mereput. Huffington Post melaporkan bahawa haiwan misteri itu mempunyai badan yang licin, dengan kepalanya terpisah daripada badan ketika dijumpai. Kajian sedang dijalankan untuk mengetahui apakah sebenarnya makhluk tersebut.

"Kami masih tidak tahu apakah benda itu, tetapi baunya sangat busuk kerana keseluruhan badannya sudah mereput. "Seorang perenang wanita menjumpai kepala haiwan itu dan kami membantu untuk mencari bahagian badannya,'' kata Penyelaras Perlindungan Awam, Maria Sanchez kepada Digital Spy. Disebabkan keadaan mahkluk misteri itu yang hampir mereput, Sanchez berkata, bangkai tersebut telah ditanam.

Beberapa pakar haiwan berkata, makhluk itu mungkin datang daripada spesis ikan yu atau ikan hering, bagaimanapun penyelidik masih mengkajinya. "Agak sukar untuk mengetahui apakah makhluk misteri itu, mungkin sejenis ikan gergasi. "Untuk mengetahui spesiesnya, kita boleh mengkaji tulang mahkluk tersebut, tetapi kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian saintifik agak mahal," kata jurucakap Program en Defensa de la Fauna Marina (PROMAR), Paco Toledano. - AGENSI




.

Gempar : Penyelia tapak lombong menemui artifak sejarah


Gempar : Penyelia tapak lombong menemui artifak sejarah | Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik. Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu. Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd. Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api. “Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi. Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty. Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan. “Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah. “Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya. -SH




.

Lihat reaksi nenek berusia 73 tahun yang tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu


Lihat reaksi nenek berusia 73 tahun yang tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu | Tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu bermain komputer, seorang nenek berusia 73 tahun nekad untuk mengikuti kelas komputer, bagi memastikan dirinya seiring perkembangan teknologi. Pesara guru, Khadijah Awang berkata, dia mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer setelah lama memendam rasa kerana mengakui, kemahiran komputer akan memudahkannya melakukan urusan kerja. Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Nerus dan bekas senator ini berkata, kemahiran komputer akan memudahkannya mencari sebarang maklumat di internet. “Saya langsung tidak tahu komputer, apatah lagi teknologi sekarang yang semakin canggih, sedangkan anak dan cucu sangat mahir menggunakannya. Jadi daripada saya terlalu bergantung kepada mereka, lebih baik jika saya mahir memanfaatkan teknologi.

“Zaman sekarang, budak-budak kecil pun tahu macam mana nak guna, kita pun kalau boleh nak belajar juga, apabila persatuan adakan kursus macam ini walaupun dua hari, saya cuba mengambil peluang ini,” kata nenek 35 cucu ini. Khadijah berkata demikian ketika mengikuti Kursus Celik IT Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Terengganu Siri I/2013 yang diadakan di Pusat ICT Negeri Terengganu, di sini. Bagi pesara polis, Mansor Endut, 70, pengalaman berada di hadapan komputer amat menggentarkannya. “Di rumah ada komputer, anak punya tapi pakcik tak berani sentuh takut rosak, maklum tak pernah guna. Pakcik tak tahu langsung nak guna komputer, dari dulu masa kerja sehinggalah pencen pada 1999, komputer tidak ada lagi (di rumah). “Sehingga sekarang pun, pakcik tak tahu macam mana hendak guna, hendak buka komputer pun tak tahu. Tapi sebab minat nak belajar, saya ikuti juga kelas ini,” katanya.

Seorang lagi pesara polis, Yusof Omar, 72, dan isteri, Rabiah Abdul Rahman, 65, dari Kampung Ladang Titian berkata, keputusan untuk menyertai kursus itu amat mengejutkan anak-anak, tetapi akhirnya mereka memberi sokongan sepenuhnya. “Sesiapa pun terkejut apabila di usia emas macam kami, masih nak belajar komputer, tetapi saya anggap bidang IT sangat penting pada zaman sekarang sehinggakan cucu berumur tiga tahun pun sudah pandai guna komputer. “Saya hairan macam mana budak kecil boleh belajar, sedangkan kita (warga emas) tidak tahu langsung, dan ini menguatkan lagi semangat saya dan isteri untuk mendalami ilmu IT,” katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Terengganu, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berharap, pesara kerajaan dapat menggunakan peluang yang disediakan itu sebaik mungkin. Kursus dua hari yang pertama kali diadakan kepada pesara kerajaan itu dihadiri hampir 30 orang ahlinya. -SH





.

Bayi setahun lapan bulan maut dihempap tv


Bayi setahun lapan bulan maut dihempap tv | Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan maut akibat dihempap sebuah televisyen di pusat asuhan di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 6.30 pagi ketika mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan dikatakan bermain-main di rak televisyen yang menempatkan sebuah televisyen bersaiz 29 inci. Bapa mangsa, Adlan Mustapha, 40, berkata, beliau percaya rak televisyen berkenaan berada pada kedudukan tidak stabil sehingga menyebabkan objek itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap anaknya. "Saya menghantar Rabiatul Adawiyah dan kakaknya berusia empat tahun sekitar pukul 6.20 pagi sebelum bergegas ke ibu kota untuk bekerja. "Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pengasuh pusat berkenaan, saya berpatah balik dan terus membawa anak ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan," kata kakitangan sebuah bank itu ketika dihubungi hari ini.

Menurut Adlan, anaknya disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan serius di kepala. Jenazah Rabiatul Adawiyah yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak petang ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang menimpa bayi berkenaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!