Friday, September 20, 2013

Lihat daifnya kehidupan pewaris Maharaja terakhir Empayar Mughal di India


Lihat daifnya kehidupan pewaris Maharaja terakhir Empayar Mughal di India | Seorang wanita yang juga pewaris kepada Maharaja terakhir Empayar Mughal, Bahadur Shah Zafar, kini menjalani kehidupan serba daif, jauh berbeza dengan kemewahan yang pernah dikecapi ahli keluarganya di dalam istana suatu masa dahulu. Nasib Sultana Begum, 60, berubah selepas kematian suaminya, Putera Mirza Bedar Bukht iaitu cicit kepada Bahadur Shah pada tahun 1980. Sejak itu, Sultana terpaksa tinggal di sebuah pondok kecil dua bilik di Howrah, sebuah kawasan setinggan di Kolkata, di mana dia berkongsi dapur dengan jirannya selain membasuh kain di jalanan dengan menggunakan air daripada paip awam. Di pondok itu, wanita tersebut tinggal bersama seorang anak perempuannya yang belum berkahwin. Lima lagi anaknya, terdiri daripada empat perempuan dan seorang lelaki telah berkahwin, namun mereka turut hidup serba kekurangan.

Jelas Sultana, dia kini bergantung hidup dengan pencen bulanan sebanyak 6,000 rupee (RM300) bagi menyara diri, enam orang anak dan cucu-cucunya. "Setakat ini, kami masih mampu hidup, tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana," katanya. Walaupun menghabiskan kebanyakan masanya dengan menjalankan perniagaan kedai minuman dan menjahit pakaian wanita, Sultana bersyukur kerana masih ada pihak yang datang membantu. "Suami saya, Allahyarham Mirza Bedar pernah memberitahu saya bahawa kami datang dari keluarga diraja yang sangat dihormati dan tidak pernah meminta-minta untuk meneruskan kehidupan,'' katanya lagi. Maharaja Bahadur Shah diangkat sebagai pemerintah Empayar Mughal pada 1837 dan di antara monumen yang memperlihatkan kegemilangan dinasti itu ialah Taj Mahal, Istana Merah dan Kubu Agra. - AGENSI





.

Ada apa dengan lelaki yang bernama John Doyle ini?



Ada apa dengan lelaki yang bernama John Doyle ini? | Seorang lelaki kecewa selepas gagal mengatasi rekod mata buntang ketika penilaian rekod Buku Guiness di Jepun. John Doyle, 30, berkata, optometris tidak membawa peralatan cukup untuk mengukur matanya yang dipercayai mencecah 14 milimeter dipetik laporan Sunday Ekspress. Bagaimanapun, ketika ini, beliau berhadapan dengan masalah baru di mana kebuntangan matanya tidak terkawal dan kini sedang menjalani rawatan di pusat pakar mata di Amerika Syarikat.-AP



.

Terkejut, buaya sepanjang 2.4 meter di bawah katil



Terkejut, buaya sepanjang 2.4 meter di bawah katil | Bekas pemain kriket Zimbabwe, Guy Whittall, 40, terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang 2.4 meter dengan berat 150 kilogram berada di bawah katil selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya. Whittall berkata, tetamu tidak diundang itu dipercayai berada di situ lebih lapan jam. "Selepas bangun daripada tidur, saya duduk di tepi katil sambil menjuntaikan kaki yang hanya beberapa inci dari muka buaya itu. Saya langsung tidak perasan kehadirannya.

"Buaya memang pandai mendiamkan diri ketika bersembunyi. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka adalah pembunuh utama di dalam air," katanya dipetik Mail Online Menurutnya, buaya yang datang dari Sungai Turgwe hanya beberapa kilometer dari rumahnya itu sering berkeliaran di dalam semak terutamanya ketika hujan dan musim sejuk. Selepas berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan semula di empangan Chigwidi di Humani. -Agensi




.

Gambar Beyonce hampir jatuh pentas di Sao Paolo, Brazil


Gambar Beyonce hampir jatuh pentas di Sao Paolo, Brazil | Sebelum ini, pelakon The Golden Compass, Nicole Kidman menjadi mangsa perlanggaran paparazi yang obses untuk mendapatkan gambarnya, kali ini giliran Beyonce Knowles pula. Namun, bukan oleh paparazi, sebaliknya oleh peminat lelaki yang menonton konsertnya di Sao Paolo, Brazil pada malam Ahad lalu. Dalam kejadian itu, Beyonce yang ligat membuat persembahan tiba-tiba ditarik oleh peminat lelaki yang tidak berbaju itu sehingga hampir jatuh dari pentas.

Ia terjadi apabila penyanyi itu merendahkan tubuhnya sekali gus berada terlalu hampir pada peminat yang berada di bawah. Namun, tindakan pantas beberapa pengawal keselamatan berjaya menarik Beyonce untuk kembali semula ke pentas berkenaan. Cukup profesional sekali apabila penyanyi ini meneruskan nyanyiannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum itu. “Tidak mengapa, tidak mengapa,” katanya sambil merujuk kepada peminat lelaki yang obses itu. -AP




.

Kontroversi terkini BAM : Jurulatih Badminton, Rashid Sidek sah letak jawatan


Kontroversi terkini BAM : Jurulatih Badminton, Rashid Sidek sah letak jawatan | JURULATIH badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini. Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Beliau disahkan menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh. Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM, Tan Aik Mong.

Kenny turut mengesahkan peletakan jawatan Rashid kepada sebuah stesen televisyen. Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan beberapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM. Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media tergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat. Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera. Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010. -SH





.

Video kontroversi 2 kakitangan Jabatan Kesihatan yang didakwa meminta sogokan selepas memasukkan jentik-jentik disebuah bengkel



Video kontroversi 2 kakitangan Jabatan Kesihatan yang didakwa meminta sogokan selepas memasukkan jentik-jentik bengkel | Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit. Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu. Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.


Kerap ganti air 

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali. “Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam. Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.

Muat naik di YouTube Rakaman dimuat naik di laman YouTube dengan tajuk Malaysia True Ugly Health Officials factory for mosquitoes in check caught in CCTV, menunjukkan seorang wanita memakai jaket memasukkan sesuatu ke dalam tangki air di bengkel itu sebelum dia dan rakan lelakinya membuat pemeriksaan. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai. “Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya.-BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!