Monday, September 30, 2013

Ketahui rahsia jodoh Adam AF dan Fiza Elite


Ketahui rahsia jodoh Adam AF dan Fiza Elite | TIDAK ramai lelaki boleh terima status ibu tunggal untuk dijadikan suri hidup. Tetapi tidak Adam," kata pelakon Fiza, 32, selepas rasmi bergelar isteri kepada Adam, 30, pagi Khamis lalu. Malah ibu kepada Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, terpikat pada kebaikan Adam yang tidak pernah menilai dirinya berdasarkan cerita masa silam yang pernah dilalui. Sementelah sudah berhijrah dan mencari pasangan hidup yang boleh menjadi pemimpin ke jalan Allah, Fiza memanjatkan kesyukuran apabila doanya bertemu jodoh termakbul. Bahkan Fiza menganggap Adam adalah imam terbaik kurniaan-Nya dan seharusnya dijaga hingga ke akhir hayat. "Penghijrahan hidup yang dibuat saya sebelum Ramadan lalu membuatkan hidup saya tenang. Dan rasa ketenangan itu bertambah-tambah selepas selesai majlis nikah dengan Adam.

"Saya percaya soal jodoh dan rezeki adalah dua perkara itu amat rahsia dan sukar dijangka. Perkahwinan ini adalah hadiah penghijrahan saya. "Sebab saya tak menyangka jodoh saya begitu mudah dengan Adam. Dua bulan kami berkawan rapat dan terus berkahwin. Berbanding kisah cinta saya dengan dua teman lelaki sebelum ini yang cukup sukar. "Perjalanan kehidupan kita sudah ditetapkan-Nya. Semakin dekat kita menghambakan diri kepada-Nya, semakin dipermudahkan urusan kehidupan kita," katanya. Fiza sebelum ini pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 2006 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Sementara itu Fiza dan Adam selamat dinikahkan kira-kira pukul 10.30 pagi oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakif dengan diwalikan bapa Fiza, Abdul Halim Abdul Aziz. Dalam majlis itu Fiza menerima sepersalinan lengkap barangan solat seperti telekung, al-Quran, cincin dan mas kahwin berjumlah RM300. Sengaja mengusik Fiza yang bertemu jodoh lebih dulu berbanding Ahmed Farriq yang dijangka berkahwin hujung tahun ini, wanita ini tersenyum sebelum berkata: "Dah jodoh. Nak buat macam macam mana". Menafikan dia menyasarkan tempoh tertentu untuk menamatkan zaman solonya selepas kegagalan perkahwinan pertama, Fiza menambah perkara itu bukan keutamaan sebaliknya mahu melihat anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang.

"Alhamdulillah hubungan saya dengan bekas suami dan bekas keluarga mentua baik. Sewaktu saya mengkhabarkan mereka tentang perkahwinan ini pun mereka dapat menerima dengan terbuka. "Saya juga bersyukur apabila Adam menerima baik kehadiran Ferra dan Feeya. Sebenarnya anak-anak amat menyenangi Adam pada kali pertama saya memperkenalkan pada mereka. "Anak-anak tanya bila Mummy nak bawa jumpa Abi (Adam), saya tak sangka mereka boleh menerima Adam sebegitu cepat. "Saya juga bersyukur apabila keluarga suami menerima status saya sebagai ibu kepada dua anak hasil pernikahan terdahulu. Itu yang menyentuh perasaan wanita saya," katanya penuh syukur. -Utusan





.

Gambar aksi ngeri meluncur di China


Gambar aksi ngeri meluncur di China | Penerjun udara Amerika Syarikat (AS), Jeb Corliss melakukan aksi ngeri terbaharu dengan meluncur melalui ruang sempit di Gunung Jianglang di pantai timur China, baru-baru ini. Terjunan itu dikategorikan sebagai berbahaya kerana ruang antara Gunung Jianglang di wilayah Zhejiang itu hanya sebesar enam meter. Corliss yang digelar The Flying Dagger memulakan terjunan berbahaya itu dengan melompat keluar dari sebuah helikopter dengan memakai pakaian bersayap berteknologi tinggi.

Dia kemudiannya terbang ke arah Gunung Jinglang yang mempunyai ketinggian 274 meter, sebelum memasuki ruang tersebut yang lebarnya berukuran 4.5 meter dan 18.2 meter, serta panjang, tiga padang bola. Corliss hanya mempunyai ruang seluas satu meter di kiri dan kanannya sebelum dia boleh melepaskan payung terjunnya ketika berada 91 meter dari atas tanah. Selepas berjaya melakukan terjunan itu, Corliss menulis dalam Facebooknya menyatakan cuaca ketika itu hanya membenarkan aksi selama satu jam dan dia perlu memastikan aksi tersebut sempurna.


''Saya berjaya membuka payung terjun dengan baik dan hanya memikirkan tempat pendaratan. ''Ia merupakan terjunan yang paling menuntut kemahiran teknikal dalam hidup saya, terutamanya semasa melalui ruang kecil itu sehingga mendarat,'' katanya. Ini bukannya aksi pertama Corliss melakukan aksi merbahaya menggunakan pakaian bersayap berteknologi tinggi. Pada 2011, dia pernah terjun dari sebuah helikopter pada ketinggian 1828 meter dan meluncur melalui pergunungan Tianmen di wilayah Hunan, China. - AGENSI





.

Gambar pemenang Miss World 2013, Ratu Cantik dari Filipina, Megan Young


Gambar pemenang Miss World 2013, Ratu Cantik dari Filipina, Megan Young | Ratu Cantik Filipina pada Sabtu dimahkotakan sebagai Miss World 2013 dalam pertandingan finale di Bali, Indonesia yang diperketatkan keselamatan berikutan bantahan penduduk Islam di negara itu sejak berminggu-minggu. Megan Young berjayakan menewaskan lebih 120 peserta yang lain dalam pertandingan itu di Bali, kawasan dengan majoriti penduduk beragama Hindu. Gadis berusia 23 tahun itu memakai gaun putih mutiara berjanji untuk menjadi "Miss World yang terbaik" di hadapan khalayak yang memberikan sokongan dalam majlis yang dipenuhi polis bersenjata dan persiapan meriam air.


Young, yang menuntut dalam pengajian media digital turut mengacara dalam program televisyen di Filipina menjamin bahawa "saya hanya menjadi diri saya sendiri dalam apa jua perkara yang saya lakukan, berkongsi apa yang saya tahu dan membimbang masyarakat". Penganjur menarik nafas lega apabila finale pertandingan ratu cantik yang diadakan sejak tiga minggu lalu berakhir dengan penganjuran yang lancar selepas melalui bantahan beribu-ribu orang di seluruh Indonesia sejak beberapa minggu lalu. - AFP





.

Tips petua panjang umur oleh Tun Dr Mahathir


Tips petua panjang umur oleh Tun Dr Mahathir | Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat. "Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja...jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. "Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya...tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program 'Walk-A-Mile' di Tasik Titiwangsa di sini.

Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan "kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini". "Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya)," kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin. Mereka termasuk isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Datuk Dr J.S Sambhi, presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle Alois Hofbauer. Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung. Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. - Bernama





.

Gambar majlis merisik pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan


Gambar majlis merisik pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan | Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad. Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. "Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. "Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya.


Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb. Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media.Terdahulu, Zain terkejut apabila timbulnya khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!