Monday, October 14, 2013

Luahan hati pelakon Almy Nadia mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Fizz Fairuz



Luahan hati pelakon Almy Nadia mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Fizz Fairuz | Pelakon Almy Nadia mengakui sudah memaafkan bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon, Fizz Fairuz dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan mereka. Jelas Almy, 27, dia bertindak sedemikian kerana yakin Fizz kini sudah banyak berubah berbanding sebelumnya dan tidak salah baginya untuk memaafkan individu yang sedia untuk berubah. "Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia.

"Tentang hubungan antara kami kini, saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya seorang wanita dan biarlah ia menjadi rahsia buat waktu ini. "Apa yang boleh saya harapkan adalah masyarakat khususnya peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik sama ada buat saya dan juga Fizz," jelasnya. Sebelum ini, Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang. - Utusan




.

Maklumat penting menjelang raya aidiladha


Maklumat penting menjelang raya aidiladha | Hujan diramal berlaku di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor pada pagi Aidiladha esok. Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia Isnin, cuaca di Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula diramal mendung manakala negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak tiada hujan pada sebelah pagi. Pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Hujan pula diramal di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Sabah pada sebelah petang, manakala cuaca mendung di Labuan. Pada sebelah malam, Johor, Labuan, Sabah, Sarawak, Terengganu dijangka mengalami hujan, sementara cuaca mendung di Kedah dan Pulau Pinang manakala cuaca di Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Selangor diramal baik pada sebelah malam.-Bernama




.

Kenali Kharlzada Kasrat Rai yang tabah dan merupakan pemegang Rekod Dunia


Kenali Kharlzada Kasrat Rai yang tabah dan merupakan pemegang Rekod Dunia | Jika kebanyakan jemaah menggunakan kapal terbang, belayar atau memandu untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah, berbeza pula dengan seorang jemaah dari Pakistan. Kharlzada Kasrat Rai sebaliknya memilih untuk berjalan kaki dari kampung halamannya di Karachi untuk ke Mekah. Lelaki berusia 37 tahun itu berjalan kaki sejauh 6,387 kilometer melalui Iran, Iraq dan Jordan. Kharzalda memulakan perjalannya pada 7 Jun lepas dan tiba di Mekah pada 1 Oktober lalu.

Ketibaannya disambut meriah oleh kerajaan Arab Saudi yang menyifatkan usahanya itu sebagai luar biasa. Kharzalda menyatakan bahawa tujuannya berjalan kaki ke Mekah adalah untuk menyampaikan mesej keamanan kepada dunia, selain mengutuk kegiatan keganasan. Kharzalda merupakan pemegang Rekod Dunia bagi Berjalan Kaki untuk Keamanan sebanyak dua kali. Pada 2007, dia berjalan kaki sejauh 1,999 kilometer selama 85 hari antara Khyber dan Karachi, sekali gus memecah rekod dunia buat kali pertama.

Pada 2009 pula, lelaki itu berjalan kaki sejauh 327 kilometer dari Lahore ke Islamabad dalam tempoh 14 hari dan 222 kilometer dari Islamabad ke sebuah perkampungan di Pakistan iaitu Chakuti dalam masa sembilan hari. Kharzalda berjaya memecahkan rekod dunianya buat kali kedua apabila mengulangi berjalan kaki dari Khyber ke Karachi pada 2011 dengan jarak yang lebih jauh iaitu 2,287 kilometer dalam masa 72 hari. - AGENSI





.

Kesan bunyi bising pesawat terhadap manusia



Kesan bunyi bising pesawat terhadap manusia | Mereka yang tinggal berhampiran kawasan lapangan terbang dan terdedah kepada bunyi bising pesawat dipercayai berisiko lima kali ganda lebih tinggi meninggal dunia akibat strok dan penyakit jantung. Sainstis di Imperial College London dan King College London menjalan kajian ke atas 3.6 juta penduduk yang tinggal berhampiran Heathrow di barat London mendapati, bunyi bising mampu meningkatkan tindak balas hormon dan tekanan darah selain mengganggu tidur.

Kajian itu dilakukan di 12 daerah di London dan sembilan daerah di luar London dengan kekerapan bunyi pesawat melebihi 50 desibel. Ketua penyelidik, Dr Anna Hansell berkata, kawasan dengan tahap bunyi bising pesawat yang tinggi boleh mengancam nyawa antara 10 hingga 20 peratus berbanding kawasan kurang bunyi bising. "Punca sakit teruk disebabkan terdedah kepada bunyi bising masih belum dapat dibuktikan, namun amat munasabah ia mampu menyumbang kepada peningkatan tekanan darah yang seterusnya menyebabkan strok," katanya pada laporan Daily Mail. -AP




.

Cantiknya Raja Azmi dihari pernikahannya dengan Mohd Eddie Ghazali



Cantiknya Raja Azmi dihari pernikahannya dengan Mohd Eddie Ghazali | Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad. Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam. Pengantin perempuan diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim. Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rombongan lelaki turut membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.


Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli. Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas akad nikah dengan Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi. Pasangan ini terdahulu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di kediaman wanita tersebut di Ukay Perdana, Ampang. Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar walaupun berasa gementar. "Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.


"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19. Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek. Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012. Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!