Saturday, October 19, 2013

Video wanita pukul anak ditempat awam

 
Video wanita pukul anak ditempat awam | Seorang wanita di Taiwan bertindak memukul anaknya di tempat awam selepas remaja itu ponteng sekolah. Dalam satu video yang kini tersebar di Internet, pelajar perempuan itu dilihat melutut sambil dimarahi oleh ibunya dalam kejadian yang berlaku di bandar Pingtung. Wanita tersebut pada mulanya mengarahkan anak perempuannya itu menampar dirinya sendiri sebelum mengheret dan memukulnya menggunakan tali pinggang.


Beberapa individu yang lalu di kawasan itu cuba untuk membantu remaja tersebut, tetapi membatalkan hasrat mereka selepas melihat wanita itu terlalu marah. Insiden itu bagaimanapun akhirnya berhenti selepas pegawai polis tiba di tempat kejadian. Pelajar perempuan itu kemudiannya dihantar pulang oleh ayahnya dan pekerja kebajikan turut dihubungi bagi mengelak kejadian sama berulang. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu di tahan polis. - AGENSI




.

Inilah keburukan bermain Candy Crush Saga



Inilah keburukan bermain Candy Crush Saga | Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush. Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush. "Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain. "Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut. "Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.


"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya. Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar. Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki. Menurut pencipta permainan itu, King.com, wanita berusia 25 tahun hingga 55 tahun didapati menjadi pemain setia Candy Crush. - AGENSI




P/S - Muahaha, nasib baik tak ketagih sangat. Kalau sangkut dalam satu-satu level tu, memang terus tak serius main..




.

Gambar pasar raya terbesar hangus terbakar


Gambar pasar raya terbesar hangus terbakar | Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 11 jam untuk mengawal kebakaran di pasar raya SuperCheap di sini, menurut pihak berkuasa, semalam. Media tempatan Phuket Gazette melaporkan, Ketua Polis Phuket, Sermphan Sirikong memaklumkan, mereka tidak dapat menganggarkan jumlah kematian, namun ratusan mangsa dipercayai terperangkap ketika kejadian.

"Kami dimaklumkan terdapat 1,000 pekerja dan ratusan pengunjung di pasar raya itu ketika kebakaran berlaku, namun angka sebenar kematian hanya diketahui selepas anggota forensik melakukan pemeriksaan di premis terbabit," katanya. Menurutnya, seramai 500 anggota polis dikerah di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas. Difahamkan, api marak menyebabkan kebakaran itu merebak ke beberapa rumah dan lot kedai di kawasan berhampiran.-AP




.

Subhanallah... Sebelum ini, dia hina Rasulullah.. Kini, dia memeluk islam dan menunaikan haji


Subhanallah... Sebelum ini, dia hina Rasulullah.. Kini, dia memeluk islam dan menunaikan haji | Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. "Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam. Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. "Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. “Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia. "Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa. "Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja. "Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya. Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas. Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!