Wednesday, October 23, 2013

CALON MENANTU MAMA - AMIZA ANAZ




Seronok membaca novel ini, yang mengisahkan Puan Rafeah yang memiliki dua orang calon menantu buat anak bongsunya, Ikmal. Apa yang membuatkan Puan Rafeah pening, seorang calon pilihannya, dan seorang lagi merupakan pilihan Ikmal, kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri. Keduaya baik pada pandangan matanya. Terlanjur berjanji dengan Mak Su Endah untuk mengambil Cempaka menjadi calon pilihannya, rupa-rupanya Ikmal sudah memilih Alisa, yang pada mulanya hanyalah dianggap sebagai adik angkat.

Dalam dilema, rancangan diatur untuk membuat pilihan yang tepat dengan menguji mereka. Samaada Cempaka atau Alisa, arghh baginya kan lebih baik jika keduanya menjadi menantunya. Apabila Cempaka dan Alisa mengetahui mereka diuji, masing-masing cuba menarik diri. Alisa makan hati kerana sedar dia telah menjadi pilihan kedua mama Ikmal, dan Cempaka pula sedar dia bukanlah pilihan Ikmal. Keadaan Ikmal yang sangat kecewa dan tidak terurus membuatkan Puan Rafeah mengambil keputusan segera. Dalam hati, dia tahu siapa yang lebih layak menjadi menantunya. Apa yang pasti, ada hati yang akan terluka, dan semestinya ada hati yang gembira..

Siapakah pilihan Puan Rafeah? Dan apa yang akan terjadi dengan pilihan yang tidak terpilih?




Tajuk : Calon Menantu Mama
Penulis : Amiza Anaz
Halaman : 573 muka surat 
Harga : RM23/RM26




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel


Aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel | Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di sini, semalam. Media tempatan melaporkan, kempen itu berlangsung di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan. “Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin,” memetik laporan itu.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) turut mengharamkan 28 negara anggota menggunakan dana EU bagi projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin menurut Press TV. EU juga menambahkan tekanan apabila mensyaratkan semua kontrak dua hala antara negara anggota EU dan Tel Aviv perlu memasukan klausa bahawa Baitulmuqaddis, Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bukan milik Israel. -AP




.

Inilah teknologi terkini bagi mengatasi masalah jerebu


Inilah teknologi terkini bagi mengatasi masalah jerebu | Masalah jerebu di China bakal selesai tidak lama lagi apabila sebuah syarikat reka cipta, giat membangunkan teknologi vakum elektrik yang boleh membersihkan ruang udara yang tercemar. Pengasas syarikat Studio Roosegaarde dari Belanda, Daan Roosegaarde berkata, beliau bekerjasama dengan beberapa saintis di Universiti Delft untuk membangunkan teknologi itu yang akan ditempatkan di sebuah taman baharu di Beijing. Roosegaarde berkata, tempoh untuk membangunkan prototaip vakum tersebut akan mengambil masa setahun setengah sebelum dapat digunakan.

"Alat itu yang dikenali sebagai 'techno-poetry' menggunakan gabungan gelung penyedut tembaga dan teknik elektrostatik untuk menarik habuk ke bawah tanah, sekali gus membersihkan ruang udara seluas 60 meter persegi. "Habuk yang disedut oleh gelung penyedut akan masuk ke dalam tanah tanpa melepaskan bahan toksik berbahaya kepada orang awam," katanya. Pembangunan teknologi tersebut diumumkan ekoran masalah jerebu yang teruk yang melanda beberapa bandar raya di negara ini termasuk Beijing, sehingga pihak berkuasa Beijing terpaksa mengeluarkan amaran kepada kanak-kanak dan golongan tua agar tidak keluar rumah.

Krisis pencemaran udara menjadi masalah utama di ibu negara China dan beberapa wilayah lain sejak beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan sekolah dan pejabat kerajaan terpaksa ditutup serta membahayakan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan. Selain vakum tersebut, Roosegaarde turut dilapor membangunkan lantai tarian yang boleh menjana elektrik dan lebuh raya pintar yang menghasilkan cahaya sendiri. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci tentang kedua-dua teknologi terbabit. - AGENSI




.

Dia menjadi kanak-kanak pertama di United Kingdom (UK) yang memakai kaki palsu robotik


Dia menjadi kanak-kanak pertama di United Kingdom (UK) yang memakai kaki palsu robotik | Seorang budak lelaki di sini yang kehilangan sebelah kakinya akibat barah tulang, kini menjadi kanak-kanak pertama di United Kingdom (UK) yang memakai kaki palsu robotik. Kaki kiri Eddy Parry, 5, terpaksa dipotong pada Mei lalu ekoran terdapat tumor besar. Sehubungan itu, ibu bapa Parry meminta pakar bedah yang memotong kaki anaknya mereka kaki palsu robotik yang berfungsi sama seperti kaki sebenar. Pada mulanya, cadangan itu dianggap mustahil oleh pakar bedah yang merawat Parry kerana tidak ada kanak-kanak yang menggunakan kaki palsu robotik.

 Bapanya, Jon Parry berkata, dia mahu melihat anaknya berjalan seperti kanak-kanak yang lain, dengan menggunakan kaki palsu yang berfungsi sama seperti kaki sebenar. "Kebanyakan kaki palsu yang ada di pasaran tidak boleh dibengkokkan seperti kaki sebenar dan keadaan itu sebenarnya menyukarkan pergerakan,'' katanya.

Setelah diteliti semua aspek, akhirnya pakar bedah bersetuju memasang kaki palsu robotik pada Parry. Satu rangka besi ditanam pada peha Parry bagi menggantikan tulang kaki yang dipotong, sebelum kaki palsu robotik tersebut dipasang. Selepas kaki palsu itu dipasang, Parry dapat berjalan dan berlari seperti kanak-kanak lain. Parry pernah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 45 sesi, termasuk 26 kali pemindahan darah sejak disahkan menghidap barah tulang pada Ogos tahun lalu. - AGENSI





.

Kisah sedih di hari perkahwinan



Kisah sedih di hari perkahwinan | Hasrat seorang ibu untuk melihat tiga anak gadisnya melangsungkan perkahwinan secara serentak tercapai sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser payu dara. Becky Swales, 43, menghembuskan nafas terakhir sejurus tiga anaknya selesai upacara perkahwinan di sebuah gereja di Snellville, Geogia, Amerika Syarikat. Menurut Kaylie, dia bersama kakaknya Jodie dan Sarah sanggup meminta derma dari jiran tetangga untuk melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.


“Hari perkahwinan adalah detik paling manis dalam kehidupan tetapi ia pahit bagi kami sekeluarga. Namun, kami puas apabila dapat menggembirakan ibu walaupun pada saat akhir,” katanya dipetik ABC News. Kisah sedih keluarga itu mendapat liputan meluas media di AS sebagai inspirasi kepada pesakit kanser di negara itu. -AP




.

Kisah Allahyarham Noreen Noor sebelum meninggal dunia



Kisah Allahyarham Noreen Noor sebelum meninggal dunia | Pelakon, penyanyi popular era 1980-an, Noreen Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang, jantung “Ibu pandu kereta ke hospital kira-kira jam 10 pagi. Saya tidak sangka ibu mampu memandu dalam keadaan dirinya yang sakit,” kata Daniel Baharuddin, 22, anak penyanyi dan pelakon, Allahyarham Noreen Noor yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, kira-kira jam 5.50 pagi semalam. Daniel berkata, ketika diserang sakit, ibunya hanya ditemani adik angkat, Diyana Tihani Abdullah, 11, di rumah. “Saya tidak berada di rumah ketika kejadian. Ibu pandu sendiri kereta ke hospital. Saya hanya mendapat tahu apabila dihubungi pihak hospital pada sebelah petang.

“Ibu kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 12 tengah malam kelmarin kerana difahamkan keadaan kesihatannya bertambah teruk,” katanya yang ditemui selepas upacara pengebumian Allahyarham Noreen di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, dekat Jasin, semalam. Daniel yang bersedih dengan pemergian ibu tercinta tanpa disangka, memberitahu sempat menjaga Allahyarham sepanjang malam. “Saya berada di hospital sepanjang malam sehingga ibu menghembuskan nafas terakhir," katanya. Allahyarham Noreen atau nama sebenarnya, Noraini Mohd Nor, 54 meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, kira-kira 5.50 pagi semalam.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulai, Serkam, pada jam 1.40 tengah hari semalam. Antara rakan artis yang hadir pada majlis pengebumian Allahyarham ialah komposer Eddie Hamid, Norshila Amin, Siti Fairuz dan Azizul Khamis.


Ambil berat keluarga, suka bantu orang susah 

Abang sulung Allahyarham, Rosli, 56, berkata, pemergian Allahyarham amat dirasai kerana dia sering mengambil berat masalah keluarga, terutama ketika ibu bapa mereka sakit, beberapa tahun lalu. "Saya mendapat tahu mengenai kematian Noreen jam 6 pagi tadi (semalam). Sejurus itu, saya memutuskan untuk mengebumikan jenazah di Kampung Pulai selepas solat zohor. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah adik saya," katanya.

Seorang penduduk Kampung Pulai, Ibrahim Jebah, 66, berkata, Allahyarham seorang yang periang, suka bergurau dan gemar membantu orang susah. "Sepanjang hidupnya, Allahyarham banyak membantu orang kampung yang miskin dan sakit. Setiap kali pulang ke kampung, ada saja duit ditinggalkan kepada saya untuk diagihkan kepada golongan berkenaan. “Kami terhutang budi dengan Allahyarham. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya. -BH




.

Gambar remaja perempuan dibunuh kejam, ditemui di Jalan Kebun Nenas


Gambar remaja perempuan dibunuh kejam, ditemui di Jalan Kebun Nenas | Seorang gadis berusia 15 tahun yang hilang sejak semalam ditemui dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dimuatkan dalam sebuah beg di kawasan semak di Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa di Klang malam ini. Mangsa, Ng Yuk Tim dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya setelah suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut. Mayat gadis itu ditemui pukul 8.30 malam ini selepas suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak pukul 11 pagi semalam dan dipercayai dibunuh petang semalam. "Mayat remaja itu ditemui lengkap berpakaian dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di tepi jalan kawasan semak.

Terdapat kesan kecederaan di kepala dan tangan, polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat itu malam ini. Sementara itu, Presiden Komuniti Kepolisan, Kuan Chee Heng memberitahu, ibu remaja terbabit meminta bantuan mencari anaknya itu hari ini selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam sebaik sahaja keluar bersama teman lelakinya. Beliau berkata, teman lelaki mangsa mendakwa dia telah menghantar mangsa ke sebuah stesen LRT selepas berjumpa mangsa dan melalui maklumat tersebut, mereka cuba mencari mangsa di sekitar kawasan itu.


"Pencarian tersebut gagal sehingga saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada suspek selepas ternampak tanda gigitan pada tangan suspek," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini malam ini. Menurut Chee Heng, selepas didesak suspek yang berusia 23 tahun itu mengaku membunuh mangsa selepas cuba merogol remaja terbabit di Kampung Cempaka, Sungai Way sebelum mayatnya dicampak di Klang. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 bagi membantu siasatan. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!