Friday, November 29, 2013

Gambar pelakon Hugh Jackman menghidap kanser kulit



Gambar pelakon Hugh Jackman menghidap kanser kulit  | Mencegah lebih baik daripada mengubati. Itulah langkah yang diambil oleh aktor terkenal, Hugh Jackman yang telah menjalani rawatan kanser kulit selepas mendapati terdapat tanda yang mencurigakan di hidungnya. Akibat kulit yang kerap terdedah kepada matahari,


Jackman telah didiagnosis dengan sel basal carcinoma (BCC) yang menyebabkan kemusnahan kulit dan tisu di sekeliling kawasan yang dijangkiti. Walaupun tidak membawa maut, kerisauan yang disuarakan oleh isterinya, Deborra-Lee Furness menyebabkan Jackman melakukan pemeriksaan dari pakar perubatan. -AP




.

Cinta hilang hanya kerana sekotak rokok



Cinta hilang hanya kerana sekotak rokok | Seorang suami di Arab Saudi sanggup menceraikan isterinya yang baru dikahwini tiga bulan selepas menemui sekotak rokok di dalam beg tangan wanita itu. Gara-gara berang dengan penemuan itu, lelaki dari selatan Saudi di Jizan yang enggan identitinya didedahkan bertindak memfailkan perceraian dengan segera tanpa usul periksa.

Usaha wanita itu untuk meyakinkan suaminya bahawa rokok yang ditemui bukan miliknya juga dilaporkan tidak berjaya. Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, angka rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara tersebut menunjukkan kira-kira 600,000 wanita Saudi adalah perokok tegar. -AP




.

Khabar dan gambar terkini pelakon Cico Harahap


Khabar dan gambar terkini pelakon Cico Harahap | Meskipun agak lama pelakon Cico Harahap tidak muncul baik menerusi lakon layar mahupun drama-drama di kaca TV, namun beberapa bulan lalu nama anak kepada seniwati Uji Rashid ini hangat diperkata ramai ekoran tersebar beberapa keping gambar beliau yang memperlihatkan seolah-olah beliau sedang sakan berparti, di Pulau Perhentian. "Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam dan malam pula kami kerja di bar tersebut, kutip tin. "Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih-alih gambar tu tersebar dan keluar cerita sebegitu. Saya redha sajalah", jelas Cico ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran Jiwa, di Stadium Titiwangsa, semalam.

Tambah pemilik nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, ini biarpun timbul cerita negatif mengenai dirinya, sikit pun tidak memberikannya tekanan. Sebaliknya anak kepada seniwati popular 70-an, Uji Rashid bersykuur kerana masih menerima tawaran berlakon dan menyara keluarga. "Saya tak tertekan, tak sedih ataupun marah bila timbul cerita sebegini sebab satu masa dulu Uji Rashid punya cabaran lagi berpuluh kali ganda. Tapi dia masih tetap terus bertahan sebagai Uji Rashid sampai hari ini. Saya masih lagi boleh menyara keluarga saya, itu sudah cukup", ujarnya.Berkongsi mengenai kehidupan sekarang, kata Cico selama ketiadaannya beberapa bulan ini kerana tumpuannya pada kerjaya sebagai jurulatih selam di Pulau Perhentian. Hinggalah beliau ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Jiwa, arahan Khabir Bhatia.

"Selama ni saya di pulau. Saja nak cuba kerjaya lain. Lagipun pelakon baru sekarang ni dah ramai. Sekarang ni pun tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon dan saya terima. "Sebelum ni saya ada berlakon satu filem arahan Khabir. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon untuk drama ni. Saya suka karakter ini sebab ia satu karakter yang colourful. Saya jadi sahabat baik kepada Iskandar iaitu lakonan Remy Ishak", katanya sekaligus menyifatkan lakonannya terbarunya itu sebagai kemunculan semulanya. - MD





.

Apa dah jadi pada pelakon Azad Jasmin ni?



Apa dah jadi pada pelakon Azad Jasmin ni? | Gara-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin menerima 13 jahitan di buku lali kaki kanannya. Jahitan tersebut dek kerana kecederaan yang dialami akibat terjatuh ke dalam longkang, seminggu lalu. Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai serba guna di Puchong. "Saya pergi beli rokok. Entah macam mana, masa tengah berjalan nak ke kereta, saya terjatuh ke dalam longkang. Nasib baik ada sekumpulan orag India, mereka yang bantu saya. Kebetulan ada klinik dekat sebelah kedai yang saya beli rokok tu. Saya terima rawatan di klinik di situ.

"Masa doktor jahit kaki saya, saya tak diberi suntikan bius. Dan dalam pada doktor tu buat kerja dia, dia sempat lagi marah pada saya, "hah, inilah padahnya dan bahayanya rokok. Saya kena 13 jahitan", cerita Azad Jazmin sambil menahan tawa tatkala mengingat kembali insiden tersebut.Azad masih berjalan terhencut-hencut ditemui pada malam gala filem Kolumpo, bertempat di e@curve, malam kelmarin.


Sebulan Duduk Dengan Orang India 

Sementara itu, dalam filem Kolumpo, Azad membawakan watak utama sebagai Rahul, pemuda dari Mumbai India yang datang ke Malaysia kerana ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik. Namun setibanya dia di Kuala Lumpur, segalanya berubah. Dalam filem tersebut memerlukan Azad bertutur dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Demi menghidupkan karakter berkenaan, kata suami kepada pelakon Eira Syazira ini dia tinggal dan bergaul dengan orang India, selama sebulan. Sepanjang tempoh itu dia buka saja belajar bertutur dengan betul malah belajar dari segaka segi seperti cara makan dan cara berjalan "Ni pertama kali saya memengan watak utama. Saya perlu bertutur dalam bahasa Tamil.

Selama sebulan saya tinggal dengan sekumpulan orang India, di Sungai Pencala. Ada di kalangan mereka memang berasal dari negara India. Sepanjang tempoh tu saya belajar cara bercakap, cara makan, pergerakan badan", katanya. Kolumpo diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma. Filem yang bakal ditayangkan mulai 5 Disember ini, memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur. Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon. - mD




.

Adila Hussin McGhee - "Saya masih seorang Islam"


Adila Hussin McGhee - "Saya masih seorang Islam" | Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial. Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w. "Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya. Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat. Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond. Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian. "Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu. "Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC. Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan. "Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan. "Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya. "Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya. Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ. Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia. "Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain. "Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya. Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya. Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain. Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon. "Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila. - Bernama



P/S - Gambar sekadar hiasan



.

Lelaki yang serang pengarah hospital Taiping dengan parang ditemui mati tergantung di rumahnya


Lelaki yang serang pengarah hospital Taiping dengan parang ditemui mati tergantung di rumahnya | Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya. Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab. Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap. Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu. Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.

Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000. Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu. Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya. Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. -MStar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!