Wednesday, December 4, 2013

Mari lihat anak lelaki Steve Irwin yang kini berusia 10 tahun


Mari lihat anak lelaki Steve Irwin yang kini berusia 10 tahun | Anak kepada bintang Crocodile Hunter Steve Irwin, Robert Irwin meneruskan legasi ayahnya untuk menjadi wira hidupan liar apabila dia buat pertama kalinya memberi makan kepada buaya air masin di Zoo Australia, semalam. Peristiwa bersejarah bersempena majlis sambutan hari lahir Robert ke-10 itu menunjukkan keberaniannya berhadapan dengan reptilia tersebut yang turut disaksikan kakaknya, Bindi Irwin, 15; ibunya, Terri Irwin, 49, serta rakan-rakannya. Robert yang dibantu penjaga zoo berjaya mendekati buaya berkenaan untuk memberi makan ikan segar sebelum disambut dengan sorakan daripada penonton.


Robert dan Bindi kini mengikut jejak langkah Steve selepas kematiannya tujuh tahun lalu akibat disengat ikan pari ketika penggambaran rancangan televisyen di kawasan terumbu karang terkenal Australia. Terdahulu, ayahnya pernah mencetuskan kontroversi apabila dirakam memegang Robert yang ketika itu masih bayi dengan sebelah tangan sambil memberi makan kepada buaya pada Januari 2004. Keluarga Irwin meneruskan usaha Steve untuk memelihara hidupan liar, antaranya menerusi penerbitan buku bersiri Wildlife Adventures oleh Bindi semasa berumur 12 tahun. - AGENSI





.

Rakaman Kemalangan Kereta Paul Walker


Rakaman Kemalangan Kereta Paul Walker | Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan membabitkan bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet. Daily Mail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran yang dengan begitu pantas. Rakaman CCTV juga merakamkan asap hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang filem itu berasama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat. Kenderaan yang dinaiki mereka dikatakan melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan ia meletup. Rakaman YouTube mengenai kejadian itu boleh dikuti menerusi http://www.youtube.com/watch?v=O-v3M5Cdafc.





.

Keadaan dan gambar terkini Bandar Kuantan


Keadaan dan gambar terkini Bandar Kuantan | Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini. Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini. Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan). Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus. Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.


 Para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini. Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. -Bernama





.

Erma Fatima bayar wang tuntutan Rabecca Nur Al-Islam RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen


Erma Fatima bayar wang tuntutan Rabecca Nur Al-Islam RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen | Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima telah menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen. Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran. "Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya. Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.


Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah. Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya. Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013. Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012. -Mstar





.

Tolonglah berhenti ambil gambar saya!


Tolonglah berhenti ambil gambar saya! | Kate Moss memberi amaran supaya orang ramai tidak sesuka hati mengambil gambar model terkenal itu jika mereka melihat atau terserempak dengannya di mana-mana. Kate ternyata rimas dengan kerenah orang ramai yang tidak menghormati privasinya terutama dengan kewujudan pelbagai jenis media sosial seperti Instagram. “Jika saya sedang makan di restoran sekalipun ada saja orang datang mahu mengambil gambar saya walaupun saya agak keberatan untuk berbuat demikian.

“Tolonglah! Keadaan kini seolah-olah tiada sempadan langsung,” katanya ketika ditemui di Anugerah Fesyen Britain di London semalam. Dalam majlis berkenaan Kate turut diberi penghargaan bagi mengiktiraf pembabitannya selama 25 tahun dalam industri berkenaan. - Agensi




.

Misteri kehilangan pakaian dalam seorang remaja terjawab


Misteri kehilangan pakaian dalam seorang remaja terjawab | Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri. Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu. “Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!