Thursday, December 5, 2013

Misteri penemuan 64 mayat dalam 35 kubur besar



Misteri penemuan 64 mayat dalam 35 kubur besar | Sebanyak 64 mayat dipercayai milik mangsa keganasan didalangi sindiket dadah ditemui dalam 35 kubur besar di Jalisco, menurut pihak berkuasa, semalam. Menurut laporan AFP, jurucakap polis memberitahu kebanyakan mayat dipercayai telah diseksa dengan kejam sebelum dibunuh. Difahamkan, penemuan menggemparkan itu dibuat hasil soal siasat ke atas seorang suspek dan 20 anggota keselamatan yang disyaki terlibat dengan kehilangan dua anggota polis persekutuan pada 3 November lalu. -AP




.

Lelaki melecur rumah dibakar abang ipar di Tawau


Lelaki melecur rumah dibakar abang ipar di Tawau | Disebabkan masalah rumah tangga, seorang lelaki nekad membakar rumah keluarga isterinya di Taman Semarak, di sini hari ini menyebabkan adik iparnya parah akibat melecur. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun, melecur hampir 80 peratus. "Mangsa cuba menghalang suspek yang berusia 52 tahun daripada membakar rumah mereka kerana marah dengan isterinya yang dikatakan enggan berbaik semula.

"Ketika cuba menghalang, mangsa tergelincir dan pada masa itu juga suspek menyalakan api sehingga menyebabkan mangsa turut terbakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata sebelum kejadian itu suspek mengambil dua tong berisi petrol dari keretanya dan menyimbah minyak itu ke rumah keluarga mangsa. Mangsa yang melihat tindakan suspek itu, cuba menghalang, namun tergelincir dan terbakar.

Awang Besar berkata bapa mangsa yang berusia 61 tahun turut mengalami kecederaan melecur di kaki akibat terkena api ketika cuba membantu anaknya. "Siasatan awal mendapati suspek yang sedang dalam proses perceraian dengan isterinya berusia 40 tahun, pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dengan isterinya," katanya. Mangsa kini dirawat di Hospital Besar Tawau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. - Bernama




.

Misteri Penemuan 80 Reptilia Yang Disumbat Di Apartment Satu Bilik



Misteri Penemuan 80 Reptilia Yang Disumbat Di Apartment Satu Bilik  | Cicak dan ular berbisa dengan ukuran sepanjang sehingga tiga meter (sembilan kaki) adalah antara 80 reptilia yang ditemui oleh polis disumbat dalam sebuah pangsapuri satu bilik di Jepun, kata seorang pegawai, Selasa. Pegawai berkenaan telah menerima panggilan terburu-buru daripada jiran yang melihat ular besar menyusur di sepanjang dinding di luar apartmen yang terletak di bandar barat Osaka. Apabila polis menyerbu apartmen berkenaan, mereka menemui puluhan ekor ular, termasuk ular Boa sepanjang tiga meter dan juga beberapa ekor cicak. Semuanya disimpan di dalam bekas dalam sebuah bilik berukuran 10 meter persegi (108 kaki persegi).

Pegawai merampas 25 daripada haiwan yang disimpan tanpa permit, kata pegawai itu. Pemilik, yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, tidak ditangkap tetapi kes itu telah dihantar ke pejabat pendakwa raya 'kerana dia disyaki telah melanggar undang-undang mengenai kebajikan dan pengurusan haiwan', kata polis. "Lelaki itu memberitahu kami dia menyimpan haiwan-haiwan itu sebagai haiwan kesayangan dan memberi tikus beku sebagai makanan. Kami sedang menyiasat di mana dia memperolehi reptilia ini," kata pegawai polis. -AP




.

Raja terima ugutan culik anak perempuannya


Raja terima ugutan culik anak perempuannya | Raja Belgium, Philippe menerima ugutan culik anak perempuannya, Puteri Elisabeth, di sini semalam. Akhbar La Derniere melaporkan, Philippe menerima ugutan tersebut menerusi satu surat tidak bernama yang dialamatkan kepadanya, selain disertakan dengan lambang neo-Nazi. "Saya akan menculik Elisabeth dan ini bukan satu gurauan," jelas isi kandungan surat tersebut. Sehubungan itu, pasukan polis dikerah mengawal keselamatan di istana serta di kawasan sekolah Elisabeth. Puteri berusia 12 tahun itu merupakan anak sulung Philippe dan isterinya, Ratu Mathilde. - DPA



.

Tahukah anda? Sejuta Rakyat Syria Kekurangan Makanan - Palang Merah


Tahukah anda? Sejuta Rakyat Syria Kekurangan Makanan - Palang Merah  | Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Syria mengalami kekurangan makanan dengan konflik dalam negara dan masalah di pintu masuk menghalang kemasukan bahan bantuan luar, kata agensi Palang Merah pada Selasa. "Satu anggaran yang konservatif menunjukkan sejuta rakyat tanpa makanan," kata Ketua Pengurusan Krisis di Palang Merah Antarabangsa (IFRC), Simon Eccleshall.

 Anggota tempatan IFRC, Palang Merah Arab Syia (SARC) adalah badan utama yang memainkan peranan dalam operasi bantuan ke Syria dengan dua pertiga daripada 21 juta penduduk yang terbabit dalam peperang di Syria memerlukan makanan.

 Namun anggota bantuan terpaksa bertarung nyawa dengan 32 daripada 3,000 sukarelawan SARC terbunuh. "SARC hanya boleh memasuki kira-kira 85 peratus wilayah Syria," katanya. Katanya, pihaknya hanya mampu menyalurkan bantuan makanan kepada separuh daripada enam juta rakyat Syria yang meninggalkan rumah kerana perang yang menjadi pelarian dalam negara. - AFP




.

Gempar : Jurulatih bola ditahan kerana kes dadah



Gempar : Jurulatih bola ditahan kerana kes dadah | Kegiatan 10 suspek termasuk seorang jurulatih bola sepak remaja memproses dadah heroin terbongkar, setelah polis menyerbu sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya yang dijadikan makmal mini melakukan aktiviti tersebut. Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, polis merampas 37 kilogram (kg) heroin berperisa pandan yang sudah siap serta sedang dimasak dianggarkan bernilai RM1.38 juta. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, ketika pihaknya menyerbu premis terletak agak terpencil itu, terdapat lima suspek lelaki sedang sibuk memproses termasuk menggoreng dadah berkenaan. Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis setinggan itu menemui 37kg dadah terbabit dan pelbagai peralatan menghasilkan bahan terlarang itu antaranya alat penimbang, kuali, ketuhar, penapis, besen dan kertas aluminium.

"Kita juga menemui pelbagai bahan antaranya sodium, klorofom, eno, kafein, perisa pandan serta esen vanila digabungkan menjadi ramuan untuk menghasilkan dadah heroin. "Siasatan menunjukkan dadah tersebut dihasilkan menggunakan kaedah iaitu menggoreng dalam kuali serta dimasak dalam ketuhar," katanya pada sidang akhbar, semalam. Mohd Shukri berkata, hasil soal siasat ke atas lima suspek terbabit membawa kepada beberapa siri serbuan di sekitar Puchong, Cheras dan Sentul pada Jumaat lalu. "Kita berjaya tahan empat lelaki serta seorang wanita yang juga ahli kumpulan sindiket terbabit," katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan tersebut, polis turut menyita wang tunai, barang kes serta kenderaan bernilai lebih RM500, 000. Beliau berkata, siasatan menunjukkan kumpulan sindiket terbabit aktif memproses dadah heroin sejak tiga bulan lalu untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang. Katanya, semakan mendapati lima daripada suspek termasuk jurulatih berusia 45 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. Mohd Shukri berkata, suspek ditahan turut mempunyai pekerjaan lain iaitu sebagai pencuci kereta, penjual besi buruk dan penternak kambing. Katanya, semua suspek termasuk dua warga India berusia antara 22 hingga 50 tahun itu direman seminggu sehingga esok. -SH




.

Gempar : Penemuan mayat bayi di kawasan takungan sampah


Gempar : Penemuan mayat bayi di kawasan takungan sampah | Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan takungan sampah Pengkalan Sungai Udang, di sini pukul 9 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat mangsa ditemui bogel tanpa pakaian dengan kesan pecah di kepala oleh seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Katanya, mayat bayi yang dipercayai baru lahir itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat. "Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi. - Utusan



P/S - Gambar sekadar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!