Tuesday, December 10, 2013

Gambar Lukisan bernilai RM94j yang hilang di Muzium Turki


Gambar Lukisan bernilai RM94j yang hilang di Muzium Turki  | Polis Turki melancarkan siasatan terhadap kehilangan lukisan dan artifak yang bernilai AS$30 juta (RM94 juta), semalam. Pasukan polis sedang memburu kira-kira 40 lukisan yang dilaporkan hilang di muzium negeri di sini selepas menemukan 30 karya seni dalam satu serbuan di Istanbul pada minggu lalu. Laporan akhbar menyatakan bahawa sebahagian besar karya seni tersebut dipercayai telah dijual kepada pengumpul seni, termasuk beberapa tokoh. - AFP




.

Kenapa 11.12.13 tarikh popular untuk berkahwin



Tarikh 11 Disember 2013 - 11.12.13 - kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012). Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu. Di Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan. Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar. Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12. Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran.

Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D'souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu. Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya. Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan. Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu. Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu.

Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang. Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13. Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg. -AGENSI




.

Inilah bakal isteri Safee Sali, Sasha


Inilah bakal isteri Safee Sali, Sasha | Desas-desus pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang dikaitkan dengan seorang wanita warga Indonesia akhirnya benar. Nama Mohd Safee terus menjadi bualan pengunjung media sosial yang akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pujaannya, Sasha. Perkara itu terbukti apabila beberapa keping gambar kad kahwinnya turut tersebar di media sosial. Mohd Safee, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012. Dalam perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata.




.

Pelakon hebat, Wan Maimunah bakal nikah lagi pada usia 60 tahun


Pelakon hebat, Wan Maimunah bakal nikah lagi pada usia 60 tahun | Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi. Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau. “Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah. “Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," katanya.

Wanita yang telah berlakon lebih daripada sepuluh buah filem antaranya Wanita Bertudung Hitam, Jimi Asmara, Soalnya Siapa dan KL Gangster ini bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas maghrib. Tambah Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal kembali berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu. “

"Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya. “Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya. Selain majlis pernikahan, pihak keluarga Wan Maimunah turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi ringkas di Pasir Gudang pada keesokan harinya. Utusan




.

Artis Tasha Shilla dikatakan tidak segan silu bercumbu dengan kekasih di khalayak ramai


Artis Tasha Shilla dikatakan tidak segan silu bercumbu dengan kekasih di khalayak ramai | Belum mengaku bercinta tetapi sudah timbul gossip mengatakan pasangan ini tidak segan silu bercumbu di khalayak ramai. Tasha Shilla dan teman tapi mesranya buat masa ini, Hans dikatakan melakukan perilaku kurang manis itu di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Memetik kenyataan di Utusan Malaysia, Tasha Shilla menafikan sekeras kerasnya yang beliau melakukan perkara tidak elok itu kerana ia tidak masuk akal untuk melakukannya di khalayak ramai lebih lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.

“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu” “Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar & akan memalukan diri saya dan keluarga,” jelas Tasha Shilla yang sekali lagi menegaskan yang hubungan beliau bersama jejaka bernama Hans itu hanya sekadar kawan. -MD




.

Penemuan bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa pakaian dan masih bertali pusat



Penemuan bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa pakaian dan masih bertali pusat | Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan cukup sifat di Lapangan Perdana 19 berhampiran kawasan rumah kedai baharu di Taman Lapangan Setia di sini, Isnin. Chong Lean Fatt yang ketika itu sedang bekerja di kawasan rumah kedai menemui bayi tanpa pakaian itu di satu lorong di kawasan berkenaan pada pukul 10.20 pagi Isnin. Chong berkata pada mulanya dia terdengar bunyi tangisan bayi namun selepas membuat pemeriksaan di kawasan itu dia tidak menemui bayi dan terus menyambung kerja.

"Tangisan bayi itu kemudiannya didengari seorang supervisor (penyelia) yang juga rakan saya. Kami memeriksa di kawasan belakang rumah kedai dan terkejut melihat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa berpakaian dan masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi. Dia kemudian menghubungi polis sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut. Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bayi itu tidak mengalami kecederaan dan kini dalam keadaan stabil. Ahmad Termizi berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan kira-kira tiga jam sebelum dia ditemui. -Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!