Friday, December 13, 2013

Itulah hukuman buat Israel


Itulah hukuman buat Israel | Pembekal minuman air terbesar Belanda, Vitens mahu memutuskan hubungan dengan syarikat bekalan air Israel, Mekorot. Kelmarin, jurucakap Vitens memaklumkan mereka tidak lagi akan menjalinkan kerjasama dengan Israel pada masa hadapan. "Kami membuat keputusan ini sebagai 'hukuman' kepada Israel kerana tidak memberikan akses kepada penduduk Palestin untuk mendapatkan air bersih dipetik dalam Press TV. "Selain itu, tindakan ini juga ada kaitan dengan kedegilan Tel Aviv yang meneruskan projek penempatan haram Yahudi mereka walaupun ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa," jelas wakil syarikat tersebut lagi. -AP



.

Benarkah Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu?


Benarkah  Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu?  | SEJAK 20 tahun lalu, tapak terbiar Highland Tower dikatakan merakamkan beberapa kisah seram, dengan ada pihak yang mendakwa mereka merasai sendiri kewujudan aktviti paranormal di sana. Tempat itu juga dikatakan menjadi lokasi pilihan penjejak aktiviti paranormal amatur dan mereka yang berminat dengan kisah disebalik runtuhan kondominium mewah berkenaan. Carian di Internet mendapati terdapat ratusan rakaman video dan gambar yang dimuat naik oleh penjejak aktiviti paranormal yang memaparkan pengalaman mereka berada di dua blok Higland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.

Ada yang menggunakan peralatan canggih seperti perakaa parabola, kamera penglihatan malam, termometer inframerah serta medan meter elektromagnet untuk merekodkan 'pengembaraan' mereka. Pengguna Internet turut merekodkan pengalaman ekspedisi lewat malam mereka di dua blok berkenaan dan memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan blog. Kisah seram mengenai Highland Tower turut dipaparkan di beberapa laman web paranormal seperti, HungZai.com, ghostsmsia.blogspot.com dan The Paranormal Life (adamvai.blogspot.com) oleh pencari hantu, Adam Vai.

Menurut laman web, theshadowlands.net ramai yang mendakwa tempat berkenaan berhantu dan pelbagai suara menyeramkan boleh didengar pada waktu malam. Cerita berkenaan telah mendorong rakaman filem, Higland Tower, karya arahan Pierre Andre. Tempat berkenaan didakwa sebagai lokasi paling menyeramkan di negara ini, bersama-sama beberapa tempat lain seperti Penjara Pudu, Bukit Tunku di Kuala Lumpur, Istana Kellie di Perak serta Lebuh Raya Karak di Pahang.




.

Penulis blog terkenal dihadapkan ke mahkamah


Penulis blog terkenal dihadapkan ke mahkamah | Aktivis Mesir dan penulis blog terkenal, Alaa Abdel Fattah akan dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam demonstrasi haram selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 2011. Alaa dan 24 lagi aktivis pro-demokrasi yang didakwa menganjurkan demonstrasi haram dan bertindak agresif terhadap polis akan diwakili bapanya, Ahmed Seif yang merupakan seorang peguam.

"Pihak pendakwaan memaklumkan kepada kami bahawa Alaa dan 24 yang lain telah dirujuk kepada mahkamah, namun tarikh perbicaraan mereka masih belum diputuskan," kata Seif. Kelmarin, tiga aktivis sekular terkenal Mesir dihadapkan ke mahkamah berikutan penguatkuasaa undang-undang baharu berhubung pembabitan dengan penganjuran demonstrasi haram. - AFP




.

MISS & MRS - LYN DAYANA




MISS & MRS - LYN DAYANA | Dannial dan Dahlia disatukan oleh keluarga pada usia semuda 19 tahun. Mereka yang masih menuntut berpisah kerana berlainan kolej. Walaupun pada zahirnya mereka belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, namun mereka akur meneruskan hubungan itu. Dahlia yang jauh di Sabah, tetap menjalinkan hubungan cinta dengan Paied. Dahlia rasa serba salah antara cinta dengan Paied atau kedudukannya yang kini sudah menjadi isteri orang.

Bagi Dannial pula, walaupun dia memberi ruang dan waktu untuk Dahlia menerima hubungan mereka, sejujurnya, dia sangat terganggu dengan hubungan antara Dahlia dan Paied. Apatah lagi Dahlia sering saja sukar dihubungi. Bagaimana caranya untuk dia meraih cinta isteri sendiri jika wujudnya lelaki lain diantara mereka?

Membaca novel ini mengingatkan lulu ketika membaca cerpen-cerpen di akhbar ketika alam remaja. Penulisan yang sempoi oleh penulis membuatkan novel ini agak berbeza dengan novel lain. Malah cerita tidak berat dan agak mudah untuk difahami. Menarik, memang menarik! Syabas penulis..



Tajuk : Miss & Mrs
Penulis : Lyn Dayana
Halaman : 427 muka surat
Harga : RM19/RM22




.

Khabar terkini bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6, Hairina Abd Halim (Mama Rina)



Khabar terkini bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6, Hairina Abd Halim (Mama Rina) | Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF-6) Hairina Abd Halim mengakui berasa terkilan apabila tidak lagi mendapat undangan nyanyian sejak setahun lalu. Hairina atau lebih mesra dengan sapaan Mama Rina, 50, berkata, akibat keadaan itu dia terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu melunaskan ansuran bulanan. "Sekarang ini jika ada apa-apa undangan saya akan menaiki bas dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur kerana tidak lagi mempunyai kereta. "Undangan nyanyian juga tidak serancak dahulu malah sejak setahun lalu saya tidak lagi menerima sebarang tawaran nyanyian," katanya. Mama Rina ditemui selepas majlis memperkenalkan enam peserta akhir pertandingan Bintang Nostalgia di Angkasapuri di sini, Rabu. Acara itu bakal berlangsung pada 16 Disember ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri pukul 9 malam.

Ia bakal disiarkan menerusi TV1.Mama Rina merupakan seorang ibu tunggal dan peserta paling tua menyertai AF-6 pada tahun 2008 ketika usia 45 tahun. Dalam perkembangan sama, nenek kepada dua orang cucu ini berkata, istilah berputus asa tidak pernah wujud dalam dirinya biarpun karier nyanyiannya semakin malap. Jelasnya, bidang nyanyian sudah sebati dalam dirinya dan akan terus berusaha selagi diterima peminat. "Hampir tiga puluh tahun saya menyanyi dan ia tidak akan dilupakan begitu sahaja. "Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tetapi saya tidak akan berputus asa selagi ada peminat," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penyertaannya dalam pertandingan Bintang Nostalgia 2013, Mama Rina menjelaskan dia mahu menggunakan platform tersebut untuk memperkenalkan kembali namanya. Bagaimanapun katanya, lagu-lagu nostalgia yang menjadi pertaruhan menerusi pertandingan itu turut menarik minatnya untuk mencuba. "Sebelum ini saya sudah membawakan pelbagai genre lagu seperti rock, balada dan tradisional tetapi lagu-lagu nostalgia belum pernah saya cuba.

"Selain ingin memperkenalkan kembali nama dalam bidang nyanyian saya mahu mencabar diri dengan muzik-muzik nostalgia," katanya. Bagaimanapun kata Mama Rina, dia tidak mengharapkan gelaran juara namun bersyukur jika ia menjadi miliknya. Juara pertandingan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM13,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diberikan RM9,000 dan RM7,000. Manakala sagu hati akan menerima wang tunai bernilai RM3,000. -Mstar




.

Ayu Raudhah hamil empat bulan anak kedua


Ayu Raudhah hamil empat bulan anak kedua | Pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 29, memberitahu dia sedang hamil empat bulan anak kedua. Tidak mengalami sebarang alahan, menurut Ayu yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, anak kedua mereka dijangka lahir pada Mei tahun hadapan. Ayu yang melahirkan anak pertama, Muhammad Aisy Qaiser pada Mac lalu tidak dapat menyembunyikan harapannya untuk mendapatkan anak perempuan. "Kalau boleh mahu perempuan, setakat ini saya memang tidak alami sebarang alahan. "Sebenarnya kami tidak merancang untuk mendapat anak kedua seawal ini, semuanya rezeki," katanya. Pasangan ini bernikah pada 2011 dan Ayu sebelum ini pernah mengalami keguguran. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!