Wednesday, December 25, 2013

Demi meneruskan kelangsungan hidup..


Demi meneruskan kelangsungan hidup.. | PERGOLAKAN yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa. Kanak-kanak dan remaja jelas menjadi mangsa akibat kerakusan manusia berebut kuasa sehingga ekonomi negara itu lumpuh dan bekalan makanan amat sukar diperolehi. Dalam sebuah paparan video di YouTube, seorang remaja ini dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak. Bila diselidiki rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup.

Kes sebegini semakin banyak telah dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan. Pembaca boleh menyelami sendiri kesedihan remaja ini menerusi paparan YouTube yang berjudul RescueSyria-Makan kotak untuk hidup. Video yang berdurasi selama 49 saat ini turut dikongsi oleh Sham Kamikaze di laman Facebooknya sebagai tanda prihatin terhadap mangsa perang di Syria. -AP




.

SENARAI 30 PENGURUS BOLASEPAK DENGAN GAJI TERTINGGI DI DUNIA


SENARAI 30 PENGURUS BOLASEPAK DENGAN GAJI TERTINGGI DI DUNIA | DIA telah memenangi dua medal Piala Eropah bersama-sama Barcelona dan bukan itu sahaja malah turut membawa pulang tiga kejuaraan La Liga, dua Piala del Rey dan kini mengendalikan juara bertahan Piala Eropah Bayern Munich. Maka tidak hairanlah apabila Pep Guardiola kini menerima gaji yang paling tinggi di dunia di kalangan para pengurus bolasepak iaitu sebanyak £14.8 juta setahun.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah Pengurus West Ham, Sam Allardyce menduduki ranking ke-13 apabila rekod rasmi menunjukkan yang dia menerima £2.95 juta setahun iaitu lebih tinggi daripada Roberto Mancini (Galatasaray, £2.92 juta) dan Rafa Benitez (Napoli, £2.92 juta). Ranking yang dikeluarkan oleh Sporting Intelligence itu menunjukkan daripada senarai 30 pengurus yang menerima gaji yang tertinggi di dunia, lapan berkhidmat dengan kelab bolasepak England, lima di Itali, empat di Sepanyol, tiga di Jerman dan dua di Rusia.

SENARAI 30 PENGURUS BOLASEPAK DENGAN GAJI TERTINGGI DI DUNIA:

1 Pep Guardiola, Bayern Munich, £14.8 juta 


2 Jose Mourinho, Chelsea, £8.37 juta 
3 Marcelo Lippi, Guangzhou, £8.34 juta 
4 Arsene Wenger, Arsenal, £6.89 juta 
5 Fabio Capello, Skuad Kebangsaan Rusia, £6.51 juta 
6 Carlo Ancelotti, Real Madrid, £6.26 juta 


7 David Moyes, Man United, £4.92 juta 
8 Tata Martino, Barcelona, £4.5 juta 
9 Jurgen Klopp, Borussia Dortmund, £3.59 juta 
10 Manuel Pellegrini, Man City, £3.47 juta 
11 Jorge Jesus, Benfica, £3.34 juta 
12 Brendan Rodgers, Liverpool, £3.25 juta 
13 Sam Allardyce, West Ham, £2.95 juta 
14 Roy Hodgson, Skuad Kebangsaan England, £2.95 juta


15 Roberto Mancini, Galatasaray, £2.92 juta 
16 Rafa Benitez, Napoli, £2.92 juta 
17 Luciano Spaletti, Zenit St Petersburg, £2.75 juta 
18 Claudio Ranieri, Monaco, £2.5 juta 
19 Laurent Blanc, PSG, £2.5 juta 
20 Antonio Conte, Juventus, £2.5 juta 
21 Cesare Prandelli, Skuad Kebangsaan Itali, £2.5 juta 
22 Massimiliano Allegri, AC Milan, £2.34 juta 


23 Felipe Scolari, Skuad Kebangsaan Brazil, £2.3 juta 
24 Ottmar Hitzfeld, Skuad Kebangsaan Switzerland, £2.17 juta 
25 Mircea Lucescu, Shakhtar, £2.14 juta 
26 Diego Simeone, Atletico Madrid, £2.09 juta 
27 Harry Redknapp, QPR, £2.09 juta 
28 Joachim Low, Skuad Kebangsaan Jerman, £2.09 juta 
29 Walter Mazzarri, Inter Milan, £2 juta 


30 Vecente del Bosque, Skuad Kebangsaan Sepanyol, £1.96 juta 

Yang paling menarik bagaimana pun ialah pengurus juara Piala Dunia Sepanyol Vecente del Bosque, hanya menduduki senarai ke-30 dengan menerima gaji sebanyak £1.96 juta sahaja. Di England, Jose Mourinho, yang menduduki tempat kedua sebagai pengurus dengan bayaran paling tinggi di dunia menerima sekitar £8.34 juta setahun daripada Chelsea. Harry Redknapp, pengurus QPR iaitu kelab yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, Tan Sri Tony Fernades dan kini berada di liga kedua Inggeris turut tersenarai di kalangan pengurus yang menerima ganjaran tertinggi di dunia dengan £2.09 juta setahun.

Redknapp menerima gaji sama banyak dengan Pengurus Jerman, Joachim Low malah lebih tinggi daripada pengurus juara dunia, Vicente del Bosque (£1.96 juta). Satu-satunya pengurus kelab di luar Eropah yang termasuk di dalam senarai ini ialah kelab Liga China, Guangzhou dengan pengurus mereka Marcelo Lippi menerima £8.34 juta setahun.





.

Bayi meninggal selepas mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B


Bayi meninggal selepas mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B | Bilangan bayi yang meninggal selepas mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B telah meningkat kepada lapan orang, lapor agensi berita Xinhua. Seorang bayi baru lahir meninggal di hospital pada Isnin lalu di daerah Sinchuan selepas diberikan suntikan vaksin pada tengah hari, Ahad lalu. Pakar kesihatan China sedang meneliti kes bayi-bayi tersebut yang meninggal selepas menerima vaksin daripada program imunisasi kerajaan.

Penyiasat telah dihantar ke syarikat yang menghasilkan vaksin tersebut. Empat bayi dilaporkan meninggal di selatan daerah Guandong, walaupun salah seorang daripadanya dikatakan meninggal kerana radang paru-paru, lapor agensi berita Associated Press (AP). Sementara itu, Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan melaporkan, dua bayi di daerah Hunan dan seorang lagi dari Sinchuan turut meninggal dengan cara yang sama. Seorang lagi bayi di Meishan City meninggal pada Isnin selepas menerima suntikan vaksin daripada syarikat yang berbeza kurang 24 jam, lapor Xinhua. -AP




.

Khabarnya Fizo Omar tumbang 10 ekor lembu sempena resepsinya



Khabarnya Fizo Omar tumbang 10 ekor lembu sempena resepsinya | Pelakon Fizo Omar akan tumbangkan 10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada 28 Disember ini. Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang. "Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul. "Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang," katanya.

 Untuk resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar sudah bersetuju untuk mengadakannya pada 25 Januari depan di sebuah hotel terkenal. Dalam pada itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah baru-baru ini memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil. Bagaimanapun tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang berfikiran, mereka bakal menimang cahaya mata. "Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja. "Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!