Monday, December 30, 2013

Siapa sangka...



Siapa sangka... | Seorang paderi, Jamie McLeod tidak menyangka lukisan yang dibelinya di sebuah kedai antik di Cheshire pada harga 400 pound (RM2,165), sebenarnya boleh mencecah sehingga 400,000 pound (RM2.2 juta) selepas dikenal pasti merupakan karya pelukis terkenal, Anthony Van Dyck. Perkara itu didedahkan pengacara rancangan televisyen Antiques Roadshow, Fiona Bruce selepas McLeod membawa lukisan itu ke Newstead Abbey Nottinghamshire, untuk dinilai. Bruce yang baru-baru ini menghasilkan program televisyen tentang Van Dyck berpendapat, lukisan tersebut mungkin adalah karya asli pelukis itu dan menunjukkan lukisan terbabit kepada pakar penilai, Dr. Christopher Brown.

Brown mengesahkan karya itu dilukis oleh Van Dyck yang merupakan pelukis mahkamah untuk King Charles I dan ia dianggap karya terhebat pada abad ke-17. Ini kerana lukisan yang memaparkan potret seorang majistret di Brussels itu dipercayai sebagai persediaan untuk menghasilkan lukisan yang lebih besar pada tahun 1634.

Bagaimanapun, lukisan utamanya dikatakan telah musnah pada tahun 1695, namun lukisan potret itu terselamat dan ditemukan di Nantwich, Cheshire. McLeod berkata, dia membeli lukisan potret itu kerana tertarik dengan bingkai gambarnya yang berwarna emas. "Perkara ini jarang berlaku dan kemahiran yang ditunjukkan Van Dyck dalam lukisan berkenaan sangat mengagumkan," katanya. Lukisan tersebut akan dijual oleh McLeod bagi menampung perbelanjaan membaik pulih loceng gerejanya. - AGENSI




.

11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Mulai 1 Jan - PM



11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Mulai 1 Jan - PM | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi. Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya. Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama





.

Lebih seribu mayat mangsa Taufan Haiyan masih belum ditanam


Lebih seribu mayat mangsa Taufan Haiyan masih belum ditanam | Lebih daripada seribu mayat mangsa kejadian Taufan Haiyan masih lagi tidak ditanam sehingga semalam, selepas tujuh minggu kejadian yang disifatkan sebagai `ribut paling dasyat’ pernah melanda negara ini berlaku. Kira-kira 1,400 mayat yang dibungkus dengan plastik terbaring di atas padang berlumpur sambil dihinggapi lalat di San Isidro, perkampungan pertanian yang terletak di pinggir bandar Tacloban.

"Bau busuk yang terhasil daripada mayat tersebut menganggu kehidupan, sehingga memaksa kami menggunakan topeng muka ketika mahu tidur,’’ kata seorang penduduk tempatan, Maritess Pedrosa. Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan, angka korban Taufan Haiyan setakat ini berjumlah 6,111 orang dengan 1,779 orang lagi masih hilang. - AFP



.

SHA & SHAH - SHA IBRAHIM




SHA & SHAH - SHA IBRAHIM | Siapa sangka 2 sahabat karib dari kecil, mula bertukar gelaran menjadi suami isteri. Walaupun hanya dengan alasan, Shah yang mengelak dikahwini dengan wanita lain, dan lebih memilih sahabatnya Sha sebagai isteri, Sha akur dengan jodoh itu. Sha dengan sikap yang sabar dan sering mempercayai Shah yang terkenal dengan sikapnya yang suka mendampingi wanita. Setiap gosip ditangani dengan bijak oleh Sha, tahulah, Shah kan orang terkenal.. Dan Sha sahaja yang benar-benar mengenali dirinya. Diatas kualiti mempersona dan menakjubkan Sha itulah, membuatkan Shah sangat menyayangi Sha. Hubungan persahabatan yang tetap diteruskan selepas berkahwin, menjadikan Shah mula melihat Sha sebagai seorang yang sentiasa dia perlukan. Sentiasa ada bersamanya. Dan sentiasa melengkapi kekurangannya.

Nampaknya, perasaan cinta antara mereka sudah lama bermula dan subur dalam hati masing-masing. Dan apabila ianya terluah, kehidupan rumahtangga mereka menjadi sangat bahagia. Siapa sangka Sha yang kasar akan berubah semanja itu?? Dan siapa sangka Shah mula tidak berminat dengan sikap negatifnya. Namun nampaknya ada yang iri dan dengki dengan kebahagiaan mereka. Nyawa Sha dalam bahaya disebabkan Atilia yang berniat jahat merampas Shah darinya. Dapatkah nyawa Sha diselamatkan??

Dah lama nak memiliki novel ni, alhamdulillah lulu berjaya memilikinya dalam 1Book Expo di PWTC baru-baru ni. Selamat membaca..  Lagi penulisan hebat daripada penulis, Sha Ibrahim :)



Tajuk Sha & Shah
Penulis : Sha IBrahim
Halaman : 761 muka surat
Harga : RM26/RM29





.

Ibu guna anak perempuan enam tahun untuk rompak kedai emas



Ibu guna anak perempuan enam tahun untuk rompak kedai emas | Taktik seorang wanita yang menggunakan anak perempuan berusia enam tahun untuk merompak sebuah kedai emas di sini, berhasil apabila mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah lebih 500,000 riyal (RM487,000). Ketika kejadian, wanita berkenaan yang memakai burka dan seorang lagi rakannya dikatakan cuba berbual dengan seorang jurujual di kedai itu bagi mengalihkan perhatiannya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, kanak-kanak itu yang menggalas sebuah beg berwarna-warni menyelinap masuk ke bawah kaunter bayaran untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas.


Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu kembali semula kepada ibunya yang masih berbual dengan jurujual berkenaan. Rakaman itu juga menunjukkan kanak-kanak berkenaan membawa sesuatu yang berikat, dipercayai wang tunai dan memasukkan wang tersebut ke dalam beg tangan ibunya. Selepas berhasil mendapatkan wang, ketiga-tiga suspek terus meninggalkan kedai itu dan jurujual berkenaan langsung tidak menyedari bahawa kedainya telah dirompak. Sehingga kini polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian rompakan itu. - AGENSI




.

Michael Schumacher (juara Formula Satu 7 kali) koma selepas terjatuh bermain ski di pergunungan Perancis


Michael Schumacher (juara Formula Satu 7 kali) koma selepas terjatuh bermain ski di pergunungan Perancis | Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal hari ini. Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1 dan berasal dari Jerman, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembesahan neuro. “Keadaannya kini kritikal," kata Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan. Schumacher dikatakan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu. - AFP
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!