Thursday, January 16, 2014

Cristiano Ronaldo dedah rahsia


Cristiano Ronaldo dedah rahsia | Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengakui yang dia pernah terfikir mengenai Manchester United pada musim panas lalu. Ronaldo, 28, berkata, situasi tersebut berlaku selepas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand cuba 'memujuknya' untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya itu. Penyerang Portugal itu yang baru dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2013 (Ballon d'Or) buat kali kedua selepas 2008 dikaitkan dengan kepulangan ke Old Trafford selepas berhijrah ke Madrid pada 2009. Selepas merangkul anugerah tersebut, Ronaldo mengakui yang United sentiasa kekal dalam hatinya.

"Benar, Ferdinand ada bertanyakan kepada saya. Dia adalah sahabat baik saya dan kami banyak menghabiskan masa bersama ketika saya berada di United. "Malah, Ferdinand adalah jiran saya ketika saya menetap di Manchester. "Dia merupakan seorang pemain yang hebat dan cuba mengubah fikiran saya. Saya pernah terfikir mengenai United. Mereka masih berada dalam hati saya. "Itulah kelab yang saya beraksi selama enam tahun dan saya amat menyintai United. Saya ada ramai sahabat di sana dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka," kata Ronaldo.

Ronaldo berjaya menewaskan pencabar terdekat, Lionel Messi dan Franck Ribery dalam perebutan anugerah Pemain Terbaik Dunia 2013. Ronaldo telah menjaringkan 66 gol sepanjang 56 perlawanan bersama Real dan skuad kebangsaan tahun lalu termasuk hatrik ketika membantu Portugal layak ke pentas Piala Dunia 2014. Portugal menewaskan Sweden 4-2 secara agregat pada aksi playoff. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!