Friday, January 17, 2014

Gambar bas ekspres terbalik dekat Taiping


Gambar bas ekspres terbalik dekat Taiping | Pemandu bas ekspres dan seorang penumpang, parah manakala lapan yang lain cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki, terbabas di Lebuh raya Utara Selatan, laluan ke utara di Taiping. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, bas ekspres yang membawa 23 penumpang itu dalam perjalanan dari Lumut ke Alor Setar, dan terbabas ke kiri jalan di Kilometer 217.5 pada pukul 1.50 tengah hari. "Kesemua mangsa kemalangan dibawa ke Hospital Taiping," katanya.

Beliau berkata, penumpang yang selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan telah berpindah ke bas lain untuk meneruskan perjalanan ke Alor Setar. Dua puluh anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Taiping dan sebuah dari Kuala Kangsar melakukan kerja menyelamat dan membersih kesan minyak di tempat kejadian, katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres itu cuba mengelak daripada terlanggar sebuah kereta, menyebabkan bas terbabas merempuh penghadang tepi lebuh raya sebelum terhumban ke dalam longkang. - Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!