Friday, January 17, 2014

Cara pengarah muda Syamsul Yusof buat persediaan mendirikan rumah tangga


Cara pengarah muda Syamsul Yusof buat persediaan mendirikan rumah tangga | KHABARNYA, pengarah muda Syamsul Yusof memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, dalam usia 30 tahun, pengarah KL Gangster yang juga merupakan pemenang anugerah pengarah filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini sudah pun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur. Memetik laporan media tempatan hari ini, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, iaitu Datuk Yusof Haslam. Yusof Haslam yang pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menganggap ia urusan keluarga namun mengalah selepas difahamkan media sukar untuk mendapatkan komen Syamsul.

Yusof kemudian tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh anaknya itu sebelum melalui fasa baru kehidupan bergelar suami. "Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak," kata Yusof. Ujarnya lagi, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya. -SH




.

1 Penyokong CHELSEA:

Dyah Ayu Rahmawati on January 18, 2014 at 3:30 AM said...

coming here :) would like to link exchange with me?
come here http://tutorskita.blogspot.com/p/blog-page_8105.html
thanks

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!